Tindakan Speaker Tamparan Hebat Kepada Amno

Bermula dari tindakan SPR menolak surat arahan speaker Perak bagi mengosongkan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Najib yang mengambil kesempatan keatas situasi yang berlaku secara terburu-buru merampas kuasa dari Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan haram Amno/BN tanpa membuat penelitian dan kajian kesan yang bakal diterima.

Najib yang menganggap MB yang berkuasa di negeri, sebenarnya beliau terlupa kuasa yang ada pada speaker. Tindakan speaker menggantung MB dan Exco dan terbaru memanggil sidang tergempar DUN , memberi tamparan hebat kepada Amno/BN.

Kini macam-macam yang cuba dilakukan oleh Amno/BN Perak untuk mengagalkan sidang DUN, termasuk penggunaan pejabat setiausaha kerajaan Negeri bahagian pengurusan bagi mengeluarkan notis penutupan pintu utama Bangunan Perak Darul Riduan yang menempatkan dewan persidangan Dun Perak kecuali kakitangan yang bertugas .

Tak berhenti disitu, menteri besar haram Perak berusaha untuk mendapatkan injuksi mahkamah untuk menggagalkan sidang tergempar yang dijadualkan esok 3 mac. Zambry serta pengikutnya yang menerima nasihat Najib tidak mampu menghadapi kuasa speaker sehingga mempergunakan Polis dan setiausaha DUN serta ingin mendapat nasihat perundangan dari luar negara.

Siapa sebenarnya yang mempunyai kuasa, speaker atau setiausaha DUN?, siapa yang terdesak, PR atau BN?, kata cukup majoriti, kenapa takut kepada sidang DUN?, semuanya ini membuktikan BN Perak sedang mengalami tekanan perasaan akibat perlangaran peraturan, undang-undang dan pelembagaan yang sememangnya diketahui oleh mereka.

Segalanya diperalatkan demi mencapai hasrat dan cita-cita jahat mereka, namun berapa lama mereka boleh bertahan untuk mengelak dari mengadakan sidang DUN?, atau adakah sekali lagi puak Amno/BN akan melangari tempoh sidang DUN yang akan berakhir April nanti?

Seandainya Amno/BN betul-betul berani, berdepanlah dengan PR secara berdepan, kembalikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan masa depan negeri Perak, usahlah berselindung disebalik ketiak Sultan, jadilah jantan sebenar yang berani bertarung digelanggang.

Comments :

0 ulasan to “Tindakan Speaker Tamparan Hebat Kepada Amno”

Post a Comment