Amno Memilih Persengketaan

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan pakatan
pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara selepas mendapati mereka tiada lagi jalan untuk merampas semula kerajaan negeri.

Katanya, orang ramai akan terus bersimpati dan sanggup melanggar undang-undang kononnya untuk memberi sokongan kepada mereka.

Puak Amno/BN meminta Pakatan Rakyat khususnya dan rakyat umum amnya menghormati
undang-undang tetapi mereka sendiri yang melangari undang-undang apabila sanggup merampas kuasa dari tangan Pakatan Rakyat di Perak dan sanggup pula menghadap dan menasihati Sultan tanpa kehadiran MB yang sah pada masa itu dengan meminta supaya Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan.

Simpati dari orang ramai inilah yang ditakuti oleh Amno/BN, takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya akibat dari sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri dan negara yang mereka sendiri gubal, takut kerana terlalu lama berbohong dan menipu rakyat dengan janji-janji pembangunan palsu, takut dihukum oleh rakyat akibat mementingkan kemewahan diri sendiri.

Rakyat Perak perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat masih menguasai kerusi undangan negeri dengan 28 kerusi, manakala BN juga yang masih menguasai 28 kerusi DUN, namun tujuh daripada anggota DUNnya digantung dari menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, manakala 3 kerusi yang melompat parti pula telah awal-awal lagi diistiharkan haram dan dilarang dari menghadiri sidang DUN oleh speaker.

Semuanya bermula dengan pelangaran peraturan oleh SPR yang tidak menerima dan mempertikaikan surat perletakan dan pengosongan kerusi DUN yang dikemukakan oleh speaker.

Oleh itu Amno/BN perlu kembali menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang
sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negeri Perak dengan membubarkan DUN
bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan pilihan mereka serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap amalan demokrasi dalam negara.

Ini menunjukkan Amno/BNlah yang memilih untuk menimbulkan huru hara dan keadaan tidak menentu di Perak ekoran tidak mahu menerima kekalahan mereka serta tidak boleh mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.

Comments :

0 ulasan to “Amno Memilih Persengketaan”

Post a Comment