Sokongan Ahli Amno Kepada Pemimpin Mereka Hanya Kosmetik

Semua orang sudah tahu Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan menantu Perdana Menteri Khairi Jamaludin terlibat dengan politik wang ( rasuah ) dalam menghadapi pemilih jawatan tertinggi di dalam Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan akan berlangsung dari 24hb mac hingga 28hb mac ini.

Mereka dikatakan mempunyai pengaruh dan penyokong yang kuat untuk mengangkat mereka menduduki takhta utama dalam Amno tetapi malangnya anggapan dan sangkaan yang dijaja selama ini semuanya meleset, pengaruh dan sokongan kepada mereka hanya datang dari hasil sogokan wang kepada pihak-pihak tertentu untuk menyokong mereka, sekiranya tiada wang nescaya tidak ada sokongan bagi membolehkan mereka ini mendapatkan sejumlah pencalunan yang mencukupi untuk bertanding.

Mungkin kerana itu pemilihan Amno terpaksa ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan bakal pemimpin Amno yang akan menawarkan diri mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada perwakilan yang dikenal pasti supaya menyokong atau mengundi mereka dalam pemilihan Amno.

Walau apa pun syabas diucapkan kepada jawatankuasa disiplin Amno yang bertindak menyiasat atas dakwaan salah laku politik wang ( rasuah ) dan mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman walaupun nampak kesalahan seakan sama antara Khairi dan Mohd Ali tetapi hukuman yang diterima berbeza.

Bagi ahli Amno mereka menganggapkan Mohd Ali dan Khairi bukan melakukan jenayah rasuah tetapi hanya salah laku kod etika, ada pula setengah ahli Amno yang mengangap tindakan yang dikenakan kepada Mohd Ali adalah sebgagai sengaja dibuat bagi memudahkan laluan Muhyidin Yasin yang menjadi orang pilihan Najib.

Begitulah nasib orang bawahan Amno yang tak sedar-sedar mereka ditipu dan dipesongkan pemikiran mereka sehingga sanggup bermati-matian mempertahankan pemimpin mereka, janji ada fulus semua lulus.


Comments :

0 ulasan to “Sokongan Ahli Amno Kepada Pemimpin Mereka Hanya Kosmetik”

Post a Comment