Tiga Kali Bentang Bajet Dalam Tempoh Tujuh Bulan

Bajet 2009 telah dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 29 Ogos 2008 yang bernilai sebanyak RM207.9 bilion.

Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.Peruntukan pengurusan RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

Namun pada 4 Nov 2008 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang baru memegang jawatan Menteri Kewangan sekali lagi membentang pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah 7 bilion bagi dengan harapan mengukuhkan lagi daya tahan negara dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.

Tidak cukup dengan dua pembentangan itu, sekali lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah membentang bajet mini di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009 yang bernilai RM60 bilion.

Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai). Sejumlah RM60 bilion itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun sehingga 2010.

Mungkin akan adakah lagi bajet ke empat yang akan dibentangkan pada bulan jun kelak, mengambil kira sehingga kini sudah tiga kali bajet dibentang dalam tempoh 7 bulan sebelum tiba masa pembentangan bajet sebenar yang lazim diadakan pada bulan September bagi setiap tahun.

Comments :

0 ulasan to “Tiga Kali Bentang Bajet Dalam Tempoh Tujuh Bulan”

Post a Comment