Sah Isa Calon PRK Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad sah sebagai calon BN pilihan raya kecil Bagan Pinang, pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin petang tadi, penamaan calon akan diadakan pada 3 okt dan pembuangan undi akan dijalankan pada 11 okt 2009.

Tan Sri merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang dan bekas Naib Presiden Umno yang digugurkan akibat politik wang.

Walaupun terdapat beberapa pihak cuba untuk menyekat kemaraan Tan Sri Isa untuk menjadi calon, namun semuanya menjadi sia-sia hasil desakan dan sokongan padu pemuda Umno Bahagian yang berkehendakkan Isa samad dipilih sebagai calon pilihan raya kecil ini dan terbukti usaha mereka berjaya.

Apakah pilihanraya kecil Bagan Pinang ini akan menjadi satu sejarah baru politik tanah air, sama-samalah kita tunggu.

Percaturan Yang Belum Pasti

BANGI 13 Sept. - Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali. Utusan

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenainya.

Ulasan kedua-dua pimpinan tertinggi Umno ini berikutan cadangan yang telah dikemukakan oleh Umno Bahagian Teluk Kemang terhadap ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Nampaknya peluang Tan Sri Isa Abdul Samad untuk menjadi calon semakin malap walaupun telah menjadi MB selama 22 tahun dan mempunayai jasa yang besar kepada rakyat Negeri Sembilan namun masih tidak boleh memenangi hati pimpinan yang berada di Kuala Lumpur.

Apakah Hishamuddin merasakan Isa Samad tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat lalu meletakkan syarat tidak semestinya penyandang jawatan dalam Umno Bahagian, manakala Muhyidin pula meminta supaya lebih banyak nama dihantar untuk dibuat pilihan, seolah olah mereka tidak lagi mempercayai Isa samad, mungkin juga telah mempunyai calon lain pilihan mereka yang masih dirahsiakan dari pengetahuan Umno bahagian Telok Kemang.

Dari apa yang dapat difahami, nampaknya Isa samad hanya popular dikalangan orang Umno saja, patut pun beliau boleh menang jawatan Ketua Bahagian Umno dan boleh menang jawatan Naib Presiden Umno suatu ketika dulu dan kemudiannya dibatalkan itu cerita lain.

Akibat dari popularnya Isa samad dalam Umno yang membuatkan Muhyidin dan Hishamuddin kecut perut untuk menerimanya sebagai calon PRK Bagan Pinang, kerana dibimbangi populariti mereka akan merosot.

PRK Bagan Pinang 11 Oktober

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Oktober.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Tan Sri Aziz Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.


Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.


Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Umno Parti Islam Hadhari

SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini. Utusan

Kalau nak lebih tepat Datuk najib kena sebut Umno adalah parti Islam Hadari yang sebenar, kerana amalan Islam Hadari semua boleh, boleh bersalam lelaki perempuan, boleh berlaga pipi lelaki perempuan, tak pakai tudung pun tak mengapa malah jika terpaksa boleh pula melacur kata menteri ummul hadari.

Berapa banyak pula lesen judi, kedai arak dan pusat disko yang telah diluluskan oleh kerajaan BN yang diterajui parti Umno Islam Hadhari jadi dimakah bezanya dengan parti bukan Islam?
Semuanya menjadi amalan atau dengan kata lain dijadikan akidah kepada Umno parti Islam hadhari .

Umno sepatutnya memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah kepada Negara Malaysia, samada dari sudut Ibadat, Munaqahat, Muamalat dan tidak memisahkan soal pentadbiran dan perundangan dengan agama.

Peristiharan Umno sebagai parti Islam adalah kesinambungan kepada peristiharan Malaysia sebagai Negara Islam yang telah dibuat oleh PM sebelum ini untuk mengabui mata rakyat terutama menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Bersiap Hadapi PRK dikawasan Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohd Noor, dilaporkan telah meninggal dunia di Seremban.

Selepas Terangganu kini telah menular kepada Negeri Sembilan yang merupakan kali kedua bagi negeri yang dikuasai oleh UBN menerima ujian pilihanraya kecil.

Mungkin kali ini kita boleh menilai dengan sebenarnya sejauh mana sokongan yang akan diterima oleh Pakatan Rakyat kerana Dun demikian milik UBN dan Negeri juga dikuasai oleh UBN yang selama ini puak UBN menyifatkan kawasan yang ditandingi adalah kubu kuat pembangkang, oleh itu inilah peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan prestasi dan sokongan rakyat sekali gus memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Dalam PRU12 yang lalu, Azman Mohd Noor (dari UBN ) menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman meraih 6430 undi manakala Ramli meraih 4097 undi.

Bersiap sedialah untuk Pilihan Raya Kecil selepas SPR memutuskan kekosongan kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelak.

Hadiah Untuk Rakyat

Kenaikan harga minyak mulai 1 sept tidak banyak diperkatakan seolah-olah rakyat Malaysia merestui kenaikan harga minyak sebanyak 0.25 sen seliter.

Tiada rungutan dari rakyat hasil dari kebijaksanaan kerajaan mencipta kaedah kenaikan harga minyak kali ini dengan menyebut pertukaran jenama minyak “Ron92 kepada Ron95 dan Ron97
Kalau dulu kenaikan harga minyak disambut dengan slogan "Protes Turun" mungkin kali ini protes turunkan harga minyak dapat digerakkan kembali oleh mereka-mereka yang berkenaan kerana kesan dari kenaikan harga minyak akan merebak kepada kenaikan harga barang-barang yang lain.

Hakikat sebenar harga minyak dinaikkan, minyak jenama Ron 95 dijual dengan harga RM1.80 dan Ron 97 dijual dengan harga RM2.05 seliter yang akan meniggalkan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Mungkin inilah yang dinamakan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, mana tidaknya , sebarang kenaikan harga rakyat perlu didahulukan untuk menampung kenaikan bagi pihak kerajaan, oleh itu pencapaian dan prestasi kerajaan tetap satbil dan tetap diberi perhatian supaya tidak merosot.

Kenaikan ini bolehlah dianggapkan sebagai hadiah buat rakyat Malaysia sempena Ramadhan dan Idulfitri yang bakal menjelang.