BN Mabuk Kuasa

Amno tidak mabuk kuasa sehingga sanggup bertindak merampas atau memonopoli kerusi yang diagihkan kepada parti-parti komponen untuk dipertandingkan dalam pilihanraya, Amno juga tidak menuntut kerusi itu walaupun menyedari hakikat kawasan berkenaan mempunyai pengundi majoriti orang melayu, kata Datuk Najib.

Tambahnya lagi tiada desakan ambil kerusi Bukit Selambau, namun perkara yang lebih utama sekarang ialah kuasa, tiada gunanya kalau tuntut kerusi kalau BN tiada kuasa.

Menurut Datuk Najib, soal kerusi juga bukan keutamaan memandangkan BN kini perlu mendapat keyakinan rakyat bagi membolehkan kerajaan terus mengekalkan kuasa dengan stabil.

Amno yang menjadi kuda tunggangan MIC terpaksa akur dengan kehendak MIC yang tidak ingin melepaskan kerusi Bukit Selambau walaupun MIC sedar mereka kalah dalam pilihanraya umum lalu dan kini terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan pengundi.

Najib terpaksa bercakap sedemikian lantaran beliau sendiri sedar sokongan terhadap MIC dibawah pimpinan Samy Vellu telah hilang pengaruh dan sokongan dari masyarakat India, kemungkinan dari itu yang menyebabkan Samy Vellu tidak hadir majlis pengumuman calon DUN Bukit Selambau walaupun calonnya dari parti MIC.

Amno tidak mabuk kuasa tetapi merampas kuasa di Perak dengan cara yang cukup keji dan tidak bermaruah seolah-olah merampas kapalterbang yang sedang dalam penerbangan.

Amno juga telah hilang pertimbangan, asalkan BN menang, slogan memperjuangkan bangsa, agama dan negara diketepikan malah langsung tidak disebut oleh Najib semasa pengumuman calon DUN Bukit Selambau kerana keutamaan beliau adalah mendapatkan kuasa.

Bagaimana amno boleh terus berkuasa sekiranya kerusi DUN atau Parlimen telah dikuasai oleh parti komponen mereka yang lain, melainkan amno hanya terpaksa menjadi tunggangan dan pak turut kepada MIC, MCA dan Gerakan.

Comments :

0 ulasan to “BN Mabuk Kuasa”

Post a Comment