BN Umum Calon Pilihanraya Kecil

Biarpun penamaan calon bagi pilihanraya kecil telah ditetapkan pada 29 mac, namun Barisan Nasional hari ini mengumumkan nama calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang,Perak, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Dewan Undangan Negeri Batang Ai Sarawak. Dua minggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh SPR.

Ismai Saffian 49 bekas Ketua Penerangan Amno yang juga Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dicalonkan di Bukit Gantang.

Datuk S Ganesan pula merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah yang juga merupakan bekas Adun Lunas pula dicalonkan sebagai calon DUN Bukit Selambau Kedah, manakala Malcolm Mussen ak Lamoh dari parti PRS mewakili BN sebagai calon DUN Batang Ai.
Pencalonan Ismail dan S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, manakala Malcolm Mussen pula diumum oleh Ketua Menteri Sarawak selaku pengerusi BN Sarawak.

Seperti juga pilihanraya kecil Kuala Terengganu, BN mengambil langkah mengumumkan calon lebih awal bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang mungkin berlaku ekoran terdapat beberapa calon yang menawarkan diri sebagai calon juga kekalutan yang masih belum pulih selepas pemilihan jawatan diperingkat Cawangan dan bahagian.

Dalam pilihanraya kecil kali ini sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri tidak lagi percaya kepada dasar pembangunan yang sering dibawa setiap kali pilihanyara berlaku dengan mengumumkan tidak ada lagi pembangunan dan peruntukan segera.

Semasa pilihanraya pun rakyat tidak dapat menikmati pembangunan apatah lagi selepas pilihanraya.

Comments :

0 ulasan to “BN Umum Calon Pilihanraya Kecil”

Post a Comment