Tidak Sabar Amno Punca Kecelaruan

Keadaan kelam kabut dan semakin celaru, begitulah keadaan yang berlaku di Perak setelah kerajaan yang sah dirampas oleh mereka yang tamakkan kuasa, ibarat perebutan untuk pemandu dilakukan semasa kenderaan sedang berjalan dengan kelajuan maksima, penumpang yang dulu selesa kini terpaksa berpaut tempat mana yang boleh bagi mengimbangi keadaan, kenderaan itu kini sedang menuju kelembah, kebenteng atau dapat berjalan lurus kembali tidak dapat diketahui.

Tindakan yang dilakukan baik dari kumpulan Amno mau pun PR semuanya mendapat bantahan dari dua pihak yang bertentangan, mahkamah menjadi tempat rujuk yang belum diketahui kejujurannya.

Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tempat mengubal undang-undang sepatutnya ia institusi tertinggi negara dan negeri mengatasi Mahkamah.

Situasi di Perak telah terbalik, Mahkamah lebih tinggi dari DUN, sedangkan DUN menggubal undang2 utk dilaksanakan oleh mahkamah atau penguatkuasa.

Speaker adalah jawatan paling tinggi dlm DUN. Setiausaha DUN perlu patuhi arahan Speaker, tetapi di Perak, Setiausaha DUN lebih tinggi dari Speaker, Setiausaha DUN boleh mengeluarkan arahan persidangan tidak sah, arahan menutup pintu pagar utama Dewan Undangan Negeri juga dikeluarkan tanpa penama dan tandatangan.

Speaker yang ingin menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatasnya terpaksa bersidang bawah pokok, satu sejarah moden telah terukir.

Kini siapa sebenarnya yang berkuasa di Perak? MB dan Exco, Speaker, Setiausaha DUN atau Mahkamah, bagaimana pula dengan imbuhan dan elaun yang akan diterima oleh MB dan Exco dari Pakatan Rakyat dan Amno yang masing-masing mengaku masih berkuasa.

Semuanya berlaku akibat tidak sabar, rakus dan dicampur dengan sedikit kejahatan pimpinan Amno yang membuatkan Perak kucar kacir.

Comments :

0 ulasan to “Tidak Sabar Amno Punca Kecelaruan”

Post a Comment