Kemenangan Sivakumar Membuka Harapan Baru

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim yang terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri

Seorang Speaker bukanlah merupakan pegawai kerajaan negeri oleh itu beliau bebas melantik peguam pilihannya.

Tindakan pihak tertentu untuk memaksa Sivakumar menerima pakai penasihat undang-undang negeri bagi mewakili beliau telah dapat diketepikan dan ini merupakan satu lagi kemenangan berharga buat Sivakumar selaku speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam menjalankan tugas.

Keputusan panel tiga hakim itu menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh Sivakumar adalah tepat dan betul, termasuklah tindakannya memanggil sidang DUN yang akhirnya bersidang dibawah pokok.

Kemenangan ini juga dapat memberi harapan baru kepada kembalinya kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dirampas oleh Amno dan kuncu-kuncunya.

Comments :

0 ulasan to “Kemenangan Sivakumar Membuka Harapan Baru”

Post a Comment