15 calon satu jawatan

Dikatakan buat pertama kali dalam sejarah apabila 15 orang mengemukakan kertas pencalonan untuk mencuba nasib sebagai calon PRK Bukit Selambau bagi merebut hati-hati pengundi untuk memilih mereka menjadi Yang Berhormat.

Nampaknya pilihanraya kecil kini sudah menjadi macam main-main pula, apakah mereka mempunyai penyokong yang mencukupi untuk membolehkan mereka mendapatkan kembali deposit yang telah mereka bayar, walau apa pun mereka dibenarkan selagi mana tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan.

Mungkin juga kerana kemenangan V Arumugam sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum lalu yang membuatkan ramai tertarik untuk menjadi calon bebas kali ini.

Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat dimana S Manikumar dari PKR telah dicalonkan bagi mewakili PR dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, telah ditentang oleh musuh tradisi dari BN dengan calonnya Datuk S Ganesan.

Manakala calon-calon bebas yang ingin mencuba nasib pula terdiri dari L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Kehadiran begitu ramai calon boleh membuatkan pengundi-pengundi menjadi pening untuk memilih dan membuatkan masa yang akan diambil oleh pengundi berada dipetak mengundi menjadi lebih panjang dari biasa untuk memastikan siapakah calon pilihan mereka.

Bagi penyokong PR jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh pihak lawan, bersama-samalah kita mengundi calon PKR yang diwakili S Manikumar.

Comments :

0 ulasan to “15 calon satu jawatan”

Post a Comment