Sebagaimana yang diketahui umum, penamaan calon telah disempurnakan pagi tadi dimana calon parti-parti dan calon-calon bebas yang bertanding menggunakan lambang bagi memperkenalkan diri masing-masing didalam kertas undi
Dibawah ini adalah lambang-lambang yang digunakan oleh calon-calon yang akan bertanding di DUN Bukit Selambau pada 7 april nanti
S Manikumar dari PKR mengguna lambang parti sendiri
Dato S Ganesan dari parti MIC tetapi guna lambang Dacing
R. Loganathan (lambang kelapa sawit)
Tan Hock Huat (kunci)
Radzi Md Lazim (kerusi)
Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau)
Abdul Rahim Abu (jam loceng)
L. Sarala (basikal)
A. Jayagopal (payung)
S. Moganakumar (buku)
Khamis Awang (ayam jantan)
Husaini Yaacob (bas)
M. Vanesan (ikan)
Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon)
T.Chandrarajan (kapal terbang)
Lambang Calon Pilihanraya Kecil Bukit Selambau
budu ruun, 3.29.200915 calon satu jawatan
budu ruun,
Nampaknya pilihanraya kecil kini sudah menjadi macam main-main pula, apakah mereka mempunyai penyokong yang mencukupi untuk membolehkan mereka mendapatkan kembali deposit yang telah mereka bayar, walau apa pun mereka dibenarkan selagi mana tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan.
Mungkin juga kerana kemenangan V Arumugam sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum lalu yang membuatkan ramai tertarik untuk menjadi calon bebas kali ini.
Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat dimana S Manikumar dari PKR telah dicalonkan bagi mewakili PR dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, telah ditentang oleh musuh tradisi dari BN dengan calonnya Datuk S Ganesan.
Manakala calon-calon bebas yang ingin mencuba nasib pula terdiri dari L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.
Kehadiran begitu ramai calon boleh membuatkan pengundi-pengundi menjadi pening untuk memilih dan membuatkan masa yang akan diambil oleh pengundi berada dipetak mengundi menjadi lebih panjang dari biasa untuk memastikan siapakah calon pilihan mereka.
Bagi penyokong PR jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh pihak lawan, bersama-samalah kita mengundi calon PKR yang diwakili S Manikumar.
PAS ditentang oleh BN dan Bebas
budu ruun,
YAB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang telah dicabar oleh calon dari BN, Ismail Sapian dan calon bebas, Kamarul yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pengumuman calon telah dibuat oleh pegawai pengurus piliranraya P059 Bukit Gantang Dato Mahmud Marsidi setelah tempoh masa bantahan tamat jam 11.00 pagi tadi.
YAB Dato Seri Mohamad Nizar menyerahkan borang pencalonan jam 9.00 pagi dan diikuti oleh calon BN jam 9.15 pagi, manakala calon bebas adalah yang terakhir menyerahkan borang pencalonan.
Apakah Amno Akan Berubah
budu ruun, 3.26.2009Najib memenangi jawatan Presiden Amno tanpa bertanding setelah tempoh pencalonan berakhir dan hari ini perwakilan Amno dari seluruh negara akan menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Khairi, Shahrizat dan Rosnah bukanlah sehebat mana pun, Cuma digembar gemburkan dan diceritakan sebagai orang yang hebat dan berpengaruh dikalangan mereka, kalau betul mereka ni hebat dan berpengaruh buat apa susah-susah berkempen mempromosikan diri dengan melantik pengurus dan pegawai khas untuk berkempen malah sanggup menawarkan ganjaran kepada perwakilan untuk memilih mereka sebagai pemimpin.
Apakah kemenangan mereka ini boleh bertahan lama lantaran kemenangan mereka bukannya datang dari sokongan sebenar perwakilan, tetapi ada benda yang dijanjikan disebalik kemenangan yang mereka perolehi.
Bagi mereka yang menang cabaran berat sedang menanti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dan disinilah yang akan menjadi ujian sebenar kepada kepimpinan mereka yang baru dipilih.
Mampukah kepimpinan Amno yang baru ini memenangi hati rakyat di ketiga-tiga pilihanraya kecil itu nanti?
Apakah Amno akan berubah apabila berlakunya perubahan dikesemua pucuk pimpinan dalam Amno atau sekadar sebuah kereta yang bertukar pemandu sahaja sedangkan haluan dan arah tuju masih sama, cuma yang berbeza cara dan corak pemanduan saja, kalau pemandu dulu memandu dengan cermat dan perlahan mungkin pemandu baru kini tidak sabar ingin memandu dengan laju dan apakah keselamatan penumpang telah diambil kira.
Harakah dan Suara Keadilan digantung
budu ruun, 3.24.2009Sekatan ini mungkin bertujuan menghalang penyebaran berita yang betul dan tepat yang tidak disiarkan oleh mana-mana sumber berita kepunyaan Amno/BN dengan harapan rakyat tidak memperolehi maklumat yang akhirnya mereka boleh menang ketiga-tiga pilihanraya kecil nanti.
Kalaulah betul begitu niat mereka, nescaya perkiraan mereka salah sama sekali kerana rakyat yang ingin mengetahui perkembangan terkini akan beralih kepada internet yang banyak menyiarkan pelbagai berita yang cepat, tepat dan terkini lagi sensasi.
Janganlah apabila tersepit dan terperangkap dengan permainan mereka sendiri maka tindakan kekerasan diambil tanpa mengemukakan hujah atau penjelasan diatas tindakan yang diambil yang menyebabkan kerajaan dianggap sebagai zalim kepada rakyat.
Mungkinkah ini permulaan tindakan Najib untuk menghapuskan amalan demokrasi dengan menyekat akhbar dan ceramah Pakatan Rakyat, tindakan yang diambil Najib kini dilihat sebagai satu persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahadir disaat-saat kejatuhan beliau dulu.
Apakah ini petanda awal kejatuhan kerajaan pempinan Amno/BN apabila Najib memilih untuk mengambil cara dan corak pemerintahan terakhir Dr Mahadir, sama-sama kita tunggu kesudahan dan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh Najib sebelum kesimpulan dapat dibuat.
YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Calon Bukit Gantang
budu ruun,
Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping di hadapan ribuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang ingin bersama untuk memberi isyarat kepada Amno/BN bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan.
Nampaknya laluan BN agak sukar ekoran perebutan dan lobi melobi untuk menjadi calon yang akhirnya calon yang kalah dalm pemilihan Amno terpilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, ditambah pula calon Pakatan Rakyat yang cukup popular dan dikenali oleh semua rakyat Bukit Gantang khasnya dan Perak amnya membuatkan Amno/BN tak senang duduk.
Taktik lama Amno/BN diguna lagi dengan menarik permit Harakah dan Suara Keadilan dalam usaha menyekat maklumat kepada pengundi dan rakyat keseluruhannya. Mereka ingat dengan menyekat Harakah dan Suara Keadilan malah ceramah juga tidak dibenarkan, rakyat akan menyokong mereka, sebenarnya mereka silap, rakyat bertambah meluat dan mula beralih kepada sumber alternative melalui internet yang menyiarkan berita terkini lagi sensasi.
Akhirnya kepada anak-anak Perak yang mengundi di Bukit Gantang yang berada di perantauan, baliklah menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin yang kita perlukan dalam mendaulahkan ISLAM.
Sokongan Ahli Amno Kepada Pemimpin Mereka Hanya Kosmetik
budu ruun, 3.23.2009Mereka dikatakan mempunyai pengaruh dan penyokong yang kuat untuk mengangkat mereka menduduki takhta utama dalam Amno tetapi malangnya anggapan dan sangkaan yang dijaja selama ini semuanya meleset, pengaruh dan sokongan kepada mereka hanya datang dari hasil sogokan wang kepada pihak-pihak tertentu untuk menyokong mereka, sekiranya tiada wang nescaya tidak ada sokongan bagi membolehkan mereka ini mendapatkan sejumlah pencalunan yang mencukupi untuk bertanding.
Mungkin kerana itu pemilihan Amno terpaksa ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan bakal pemimpin Amno yang akan menawarkan diri mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada perwakilan yang dikenal pasti supaya menyokong atau mengundi mereka dalam pemilihan Amno.
Walau apa pun syabas diucapkan kepada jawatankuasa disiplin Amno yang bertindak menyiasat atas dakwaan salah laku politik wang ( rasuah ) dan mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman walaupun nampak kesalahan seakan sama antara Khairi dan Mohd Ali tetapi hukuman yang diterima berbeza.
Bagi ahli Amno mereka menganggapkan Mohd Ali dan Khairi bukan melakukan jenayah rasuah tetapi hanya salah laku kod etika, ada pula setengah ahli Amno yang mengangap tindakan yang dikenakan kepada Mohd Ali adalah sebgagai sengaja dibuat bagi memudahkan laluan Muhyidin Yasin yang menjadi orang pilihan Najib.
Begitulah nasib orang bawahan Amno yang tak sedar-sedar mereka ditipu dan dipesongkan pemikiran mereka sehingga sanggup bermati-matian mempertahankan pemimpin mereka, janji ada fulus semua lulus.
Terbongkarnya Keburukan dan Kelakuan Amno
budu ruun, 3.22.2009Kalau kes YB Ely dan YB Fairus puak Amno cukup pantas mencabar supaya mereka mengosongkan kerusi DUN masing-masing tetapi mengapa puak Amno diam membisu untuk meminta Ali Rustam meletak jawatan dan mengosongkan kerusi yang disandang bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan, nampaknya mereka hanya nampak disebelah pihak saja sedangkan bila puak mereka semuanya betul dan tidak bersalah.
Seharusnya rakyat merasa kesal dan bersalah yang amat sangat kerana telah salah membuat pilihan dalam PRU12 yang lalu apabila mereka memilih untuk mengundi BN yang hanya menabur janji-janji kosong semata-mata untuk menyedapkan telinga dan memancing undi sedangkan tindakan untuk merealisasikan janji mereka sehingga kini belum dilihat.
Rakyat juga sepatutnya merasa kesal dan bersalah apabila memilih dan mengundi BN dimana pemimpinnya hanya tahu mengguna sumber kewangan untuk mengejar pangkat dan kedudukan, sepatutnya kewangan itu digunakan untuk membantu rakyat, memulihkan ekonomi dan melaksanakan agenda pembangunan sebagaimana yang dijanjikan.
Bila puak Amno dan BN menang pilihanraya dan memerintah negeri dan negara mereka hanya sibuk memfaraitkan harta dan kekayaan negara untuk kesenangan sendiri, sedangkan rakyat hidup menderita dibawah paras kemiskinan tetapi bagi pemimpin Amno mereka lebih pentingkan untuk menabur fitnah dan mencarai jalan untuk menyekat kemaraan pakatan rakyat sehingga sanggup merampas kerajaan yang didirikan hasil pemilihan dan undian rakyat dengan membelakangkan perlembagaan, dalam masa yang sama mereka bercakap tentang rukun negara.
Amno bagai cacing kepanasan bila kehilangan kuasa, kerana itu mereka tidak akan mengiktiraf negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat samalah sebagaimana Mahmood Abas dari parti Fatah tidak mengiktiraf kemenangan Hamas di Palestin, dan inilah sikap dan pendirian sebenar pemimpin Amno dan BN terhadap pakatan rakyat, tetapi mereka bercakap soal demokrasi, rupanya demokrasi berlaku bila mereka menang, bila kalah demokrasi terus hilang dalam pertimbangan mereka, maka mulalah nak mengamuk, menyiasat, menuduh dan menangkap pemimpin untuk melumpuhkan pakatan rakyat.
BN Mabuk Kuasa
budu ruun, 3.15.2009Tambahnya lagi tiada desakan ambil kerusi Bukit Selambau, namun perkara yang lebih utama sekarang ialah kuasa, tiada gunanya kalau tuntut kerusi kalau BN tiada kuasa.
Menurut Datuk Najib, soal kerusi juga bukan keutamaan memandangkan BN kini perlu mendapat keyakinan rakyat bagi membolehkan kerajaan terus mengekalkan kuasa dengan stabil.
Amno yang menjadi kuda tunggangan MIC terpaksa akur dengan kehendak MIC yang tidak ingin melepaskan kerusi Bukit Selambau walaupun MIC sedar mereka kalah dalam pilihanraya umum lalu dan kini terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan pengundi.
Najib terpaksa bercakap sedemikian lantaran beliau sendiri sedar sokongan terhadap MIC dibawah pimpinan Samy Vellu telah hilang pengaruh dan sokongan dari masyarakat India, kemungkinan dari itu yang menyebabkan Samy Vellu tidak hadir majlis pengumuman calon DUN Bukit Selambau walaupun calonnya dari parti MIC.
Amno tidak mabuk kuasa tetapi merampas kuasa di Perak dengan cara yang cukup keji dan tidak bermaruah seolah-olah merampas kapalterbang yang sedang dalam penerbangan.
Amno juga telah hilang pertimbangan, asalkan BN menang, slogan memperjuangkan bangsa, agama dan negara diketepikan malah langsung tidak disebut oleh Najib semasa pengumuman calon DUN Bukit Selambau kerana keutamaan beliau adalah mendapatkan kuasa.
Bagaimana amno boleh terus berkuasa sekiranya kerusi DUN atau Parlimen telah dikuasai oleh parti komponen mereka yang lain, melainkan amno hanya terpaksa menjadi tunggangan dan pak turut kepada MIC, MCA dan Gerakan.
BN Umum Calon Pilihanraya Kecil
budu ruun, 3.14.2009Ismai Saffian 49 bekas Ketua Penerangan Amno yang juga Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dicalonkan di Bukit Gantang.
Datuk S Ganesan pula merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah yang juga merupakan bekas Adun Lunas pula dicalonkan sebagai calon DUN Bukit Selambau Kedah, manakala Malcolm Mussen ak Lamoh dari parti PRS mewakili BN sebagai calon DUN Batang Ai.
Pencalonan Ismail dan S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, manakala Malcolm Mussen pula diumum oleh Ketua Menteri Sarawak selaku pengerusi BN Sarawak.
Seperti juga pilihanraya kecil Kuala Terengganu, BN mengambil langkah mengumumkan calon lebih awal bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang mungkin berlaku ekoran terdapat beberapa calon yang menawarkan diri sebagai calon juga kekalutan yang masih belum pulih selepas pemilihan jawatan diperingkat Cawangan dan bahagian.
Dalam pilihanraya kecil kali ini sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri tidak lagi percaya kepada dasar pembangunan yang sering dibawa setiap kali pilihanyara berlaku dengan mengumumkan tidak ada lagi pembangunan dan peruntukan segera.
Semasa pilihanraya pun rakyat tidak dapat menikmati pembangunan apatah lagi selepas pilihanraya.
Kemenangan Sivakumar Membuka Harapan Baru
budu ruun, 3.13.2009Panel tiga hakim yang terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Maarop memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri
Seorang Speaker bukanlah merupakan pegawai kerajaan negeri oleh itu beliau bebas melantik peguam pilihannya.
Tindakan pihak tertentu untuk memaksa Sivakumar menerima pakai penasihat undang-undang negeri bagi mewakili beliau telah dapat diketepikan dan ini merupakan satu lagi kemenangan berharga buat Sivakumar selaku speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam menjalankan tugas.
Keputusan panel tiga hakim itu menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh Sivakumar adalah tepat dan betul, termasuklah tindakannya memanggil sidang DUN yang akhirnya bersidang dibawah pokok.
Kemenangan ini juga dapat memberi harapan baru kepada kembalinya kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dirampas oleh Amno dan kuncu-kuncunya.
Tiga Kali Bentang Bajet Dalam Tempoh Tujuh Bulan
budu ruun, 3.11.2009Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.Peruntukan pengurusan RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
Namun pada 4 Nov 2008 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang baru memegang jawatan Menteri Kewangan sekali lagi membentang pakej rangsangan ekonomi yang berjumlah 7 bilion bagi dengan harapan mengukuhkan lagi daya tahan negara dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar.
Tidak cukup dengan dua pembentangan itu, sekali lagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang juga Menteri Kewangan telah membentang bajet mini di Dewan Rakyat pada 10 Mac 2009 yang bernilai RM60 bilion.
Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai). Sejumlah RM60 bilion itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun sehingga 2010.
Mungkin akan adakah lagi bajet ke empat yang akan dibentangkan pada bulan jun kelak, mengambil kira sehingga kini sudah tiga kali bajet dibentang dalam tempoh 7 bulan sebelum tiba masa pembentangan bajet sebenar yang lazim diadakan pada bulan September bagi setiap tahun.
Amno Memilih Persengketaan
budu ruun, 3.07.2009pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara selepas mendapati mereka tiada lagi jalan untuk merampas semula kerajaan negeri.
Katanya, orang ramai akan terus bersimpati dan sanggup melanggar undang-undang kononnya untuk memberi sokongan kepada mereka.
Puak Amno/BN meminta Pakatan Rakyat khususnya dan rakyat umum amnya menghormati
undang-undang tetapi mereka sendiri yang melangari undang-undang apabila sanggup merampas kuasa dari tangan Pakatan Rakyat di Perak dan sanggup pula menghadap dan menasihati Sultan tanpa kehadiran MB yang sah pada masa itu dengan meminta supaya Dewan Undangan Negeri tidak dibubarkan.
Simpati dari orang ramai inilah yang ditakuti oleh Amno/BN, takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya akibat dari sikap biadap dan kurang ajar mereka terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri dan negara yang mereka sendiri gubal, takut kerana terlalu lama berbohong dan menipu rakyat dengan janji-janji pembangunan palsu, takut dihukum oleh rakyat akibat mementingkan kemewahan diri sendiri.
Rakyat Perak perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat masih menguasai kerusi undangan negeri dengan 28 kerusi, manakala BN juga yang masih menguasai 28 kerusi DUN, namun tujuh daripada anggota DUNnya digantung dari menghadiri sidang DUN oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, manakala 3 kerusi yang melompat parti pula telah awal-awal lagi diistiharkan haram dan dilarang dari menghadiri sidang DUN oleh speaker.
Semuanya bermula dengan pelangaran peraturan oleh SPR yang tidak menerima dan mempertikaikan surat perletakan dan pengosongan kerusi DUN yang dikemukakan oleh speaker.
Oleh itu Amno/BN perlu kembali menghormati dan mematuhi peraturan dan undang-undang
sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negeri Perak dengan membubarkan DUN
bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan pilihan mereka serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap amalan demokrasi dalam negara.
Ini menunjukkan Amno/BNlah yang memilih untuk menimbulkan huru hara dan keadaan tidak menentu di Perak ekoran tidak mahu menerima kekalahan mereka serta tidak boleh mengiktiraf kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu.
Mengapa Perlu Istihar Darurat?
budu ruun, 3.05.2009Mungkin beliau mengambil peristiwa di Kelantan dulu, dimana darurat di isytiharkan, MAGERAN ambil alih kerajaan, selepas pilihan raya diadakan BN menang, itu dulu, cerita lama, sekarang zaman dah berubah dengan dunia tanpa sempadan, maklumat dihujung jari, zaman bakar tayar, bakar kereta, pecah cermin kedai,rosakkan harta awan telah berlalu.
Mengapa perlu diistiharkan darurat?, sedangkan rakyat Perak dapat hidup aman, tiada pergaduhan dan persengketaan, jauh sekali persengketaan antara kaum, cuma yang bermasaalah hanya Amno kerana tidak dapat merampas kuasa sepenuhnya dari Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat rampas Exco dan boleh melantik MB tetapi mereka tidak dapat merampas jawatan speaker dan mereka masih belum boleh melucutkan jawatan MB yang disandang oleh Nizar.
Angkara tidak dapat menawan keseluruhan inilah yang membuatkan Amno / BN berada didalam keadaan serba salah, nak adakan sidang DUN speaker masih dari puak Pakatan Rakyat, nak buat keputusan dan arahan, mahkamah masih belum buat keputusan siapa MB yang sah, jadi apa jua tindakan yang dibuat akan diseret ke mahkamah untuk mendapat kepastian, inilah yang membuatkan Amno resah dan gelisah.
Cadangan kurang cerdik Brahim Ali akan menghancurkan dan merosakkan ekonomi Perak, seolah-olah menghalau pelabur dan boleh merosakkan imej negeri dan negara, bukankah membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya akan dapat mengembalikan maruah kerajaan dan memuaskan hati rakyat keseluruhannya?.
Oleh itu berfikirlah secara waras, cari dimana punca kejadian, betulkah tindakan SPR yang menolak surat perletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang dulu, sekiranya SPR menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan cermat serta tidak berpihak kepada mana-mana parti atau pemimpin nescaya semua kekalutan kini tidak akan berlaku di Negeri Perak, pilihan raya kecil Changkat Jering dan Behrang dapat diadakan supaya rakyat dapat menentukannya, mungkin kini kerajaan yang sah lagi halal berada ditangan parti yang memenangi pilihan raya kecil Changkat Jering dan Behrang.
Tidak Sabar Amno Punca Kecelaruan
budu ruun, 3.04.2009Tindakan yang dilakukan baik dari kumpulan Amno mau pun PR semuanya mendapat bantahan dari dua pihak yang bertentangan, mahkamah menjadi tempat rujuk yang belum diketahui kejujurannya.
Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri tempat mengubal undang-undang sepatutnya ia institusi tertinggi negara dan negeri mengatasi Mahkamah.
Situasi di Perak telah terbalik, Mahkamah lebih tinggi dari DUN, sedangkan DUN menggubal undang2 utk dilaksanakan oleh mahkamah atau penguatkuasa.
Speaker adalah jawatan paling tinggi dlm DUN. Setiausaha DUN perlu patuhi arahan Speaker, tetapi di Perak, Setiausaha DUN lebih tinggi dari Speaker, Setiausaha DUN boleh mengeluarkan arahan persidangan tidak sah, arahan menutup pintu pagar utama Dewan Undangan Negeri juga dikeluarkan tanpa penama dan tandatangan.
Speaker yang ingin menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan keatasnya terpaksa bersidang bawah pokok, satu sejarah moden telah terukir.
Kini siapa sebenarnya yang berkuasa di Perak? MB dan Exco, Speaker, Setiausaha DUN atau Mahkamah, bagaimana pula dengan imbuhan dan elaun yang akan diterima oleh MB dan Exco dari Pakatan Rakyat dan Amno yang masing-masing mengaku masih berkuasa.
Semuanya berlaku akibat tidak sabar, rakus dan dicampur dengan sedikit kejahatan pimpinan Amno yang membuatkan Perak kucar kacir.
Tindakan Speaker Tamparan Hebat Kepada Amno
budu ruun, 3.02.2009Bermula dari tindakan SPR menolak surat arahan speaker Perak bagi mengosongkan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang, Najib yang mengambil kesempatan keatas situasi yang berlaku secara terburu-buru merampas kuasa dari Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan haram Amno/BN tanpa membuat penelitian dan kajian kesan yang bakal diterima.
Najib yang menganggap MB yang berkuasa di negeri, sebenarnya beliau terlupa kuasa yang ada pada speaker. Tindakan speaker menggantung MB dan Exco dan terbaru memanggil sidang tergempar DUN , memberi tamparan hebat kepada Amno/BN.
Kini macam-macam yang cuba dilakukan oleh Amno/BN Perak untuk mengagalkan sidang DUN, termasuk penggunaan pejabat setiausaha kerajaan Negeri bahagian pengurusan bagi mengeluarkan notis penutupan pintu utama Bangunan Perak Darul Riduan yang menempatkan dewan persidangan Dun Perak kecuali kakitangan yang bertugas .
Tak berhenti disitu, menteri besar haram Perak berusaha untuk mendapatkan injuksi mahkamah untuk menggagalkan sidang tergempar yang dijadualkan esok 3 mac. Zambry serta pengikutnya yang menerima nasihat Najib tidak mampu menghadapi kuasa speaker sehingga mempergunakan Polis dan setiausaha DUN serta ingin mendapat nasihat perundangan dari luar negara.
Siapa sebenarnya yang mempunyai kuasa, speaker atau setiausaha DUN?, siapa yang terdesak, PR atau BN?, kata cukup majoriti, kenapa takut kepada sidang DUN?, semuanya ini membuktikan BN Perak sedang mengalami tekanan perasaan akibat perlangaran peraturan, undang-undang dan pelembagaan yang sememangnya diketahui oleh mereka.
Segalanya diperalatkan demi mencapai hasrat dan cita-cita jahat mereka, namun berapa lama mereka boleh bertahan untuk mengelak dari mengadakan sidang DUN?, atau adakah sekali lagi puak Amno/BN akan melangari tempoh sidang DUN yang akan berakhir April nanti?
Seandainya Amno/BN betul-betul berani, berdepanlah dengan PR secara berdepan, kembalikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan masa depan negeri Perak, usahlah berselindung disebalik ketiak Sultan, jadilah jantan sebenar yang berani bertarung digelanggang.