Tiada Pilihanraya Kecil DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi telah memutuskan dua kerusi ADUN Perak yang didakwa kosong masih lagi kekal disandang oleh wakil rakyat PKR yang diwakili oleh Mohd Osman bagi DUN Changkat Jering dan Jamaludin Osman DUN Behrang.

Oleh itu tiada pilihanraya kecil (PRK) bagi DUN Behrang dan Changkat Jering sebagaimana yang dijangkakan.

Semalam Jamaludin dan Mohd Osman menafikan sekeras-kerasnya yang mereka telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan turut menafikan penyerahan surat perletakan jawatan kepada speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jamaluddin dan Mohd Osman semalam turut menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa selepas bercuti sakit dan cuti hujung minggu.

Kekalutan ini berlaku ekoran berita kehilangan mereka berdua selama beberapa hari dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 januari yang lalu, juga dikatakan mereka berura-ura untuk meninggalkan PKR dan Pakatan Pakyat.

Comments :

0 ulasan to “Tiada Pilihanraya Kecil DUN Behrang dan Changkat Jering”

Post a Comment