Amno berebut nak jadi calon PRK Bukit Gantang

Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman sedia memikul tanggungjawab menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang juga pensyarah di Kolej Islam Perak berkata, pucuk pimpinan parti perlu memilihnya kerana sebahagian besar 19,000 ahli dari 102 cawangan Umno bahagian Bukit Gantang menyokongnya, ini berdasarkan kepada kemenangan beliau dalam pemilihan Timbalan Ketua Bahagian.

Kenyataan ini dibuat ekoran hasrat beliau untuk menjadi calon tidak mendapat sokongan Ketua Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda Amno Bahagian Bukit Gantang.

Sungguh menghairankan bagaimana seorang yang menjadi pensyarah di Kolej Islam, yang boleh dianggap faham Islam meminta-minta jawatan, tidakkah beliau terjumpa hadis yang melarang sasaorang itu dari meminta jawatan?, atau kerana ingin mendapatkan jawatan, ilmu agama yang dipelajari ditolak tepi, perjuangan untuk dapat menjadi calon diutamakan.

Ketua Bahagian Amno Bukit Gantang secara terbuka memberi sokongan kepada Kamaruddin Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Amno Bahagian menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil yang dijadualkan pada 7 april nanti.

Kekecohan kini berlaku akibat perselisihan antara dua pihak, satu pihak yang terdiri dari Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dalam menentukan calon,bagaimana pun harapan disandarkan kepada MB Dr Zambry yang telah mengeluarkan kenyataan supaya calon dipilih dari kalangan masyarakat tempatan.

Apakah perselisihan ini tidak akan berlarutan atau berhenti begitu saja, atau akan adakah pulau memulau diantara dua kumpulan itu nanti setelah menjelang pilihanraya, apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Comments :

0 ulasan to “Amno berebut nak jadi calon PRK Bukit Gantang”

Post a Comment