BN Kempunan

Berita TV3 malam ni telah mengumumkan perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa hilang sejak beberapa hari lalu, surat perletakan jawatan telah disampaikan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Perak dikediamannya petang tadi, sementara itu speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi dalam masa terdekat.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Pak Lah sebelum itu mengharapkan mereka menyertai BN, namun harapan itu tidak menjadi kenyataan apabila kedua-duanya melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan dan pemilihan.

Tindakan mereka ini tidak lain kerana tekanan yang dihadapi berikutan isu rasuah melibatkan kelulusan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Kini satu lagi pilihanraya kecil bakal berlaku bagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat setelah diuji di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pilihanraya kecil ini juga merupakan tempat menguji pengarah pilihanraya BN yang baru yang bakal diketuai oleh Timbalan Presiden Amno setelah Najib mengambil alih kuasa sebagai PM, juga sebagai tempat menilai sejauh mana penerimaan rakyat terhadap BN dibawah Dato Najib dan timbalannya.

Comments :

0 ulasan to “BN Kempunan”

Post a Comment