Siapa sebenarnya yang berkuasa

V. Arumugam Adun Bukit Selambau telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun yang memberi ruang kepada berlakunya pilihanraya kecil , masaalahnya adakah SPR akan menerima perletakan jawatan yang dibuat oleh V.Arumugam ini sebagai mana yang dilakukan kepada Adun Changkat Jering dan Behrang di Perak. Apa pun kita tunggu keputusannya nanti.

Walau apa pun keadaan dan situasi, peluang menjadi pemimpin telah terbuka, begitulah juga dengan peluang memilih pemimpin, terserah kepada mereka yang layak berbuat demikian, oleh itu pilihlah pemimpin yang benar-benar beramanah, bermaruah dan bertanggung jawab untuk menjadi pemimpin yang akan menjaga kebajikan rakyat.

Rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin apabila tiba pilihanraya umum atau pilihanraya kecil secara bebas dan telus, tetapi apa yang terjadi kini pemimpin yang diberi kuasa oleh rakyat mengugut dan menekan rakyat yang membuatkan rakyat takut kepada pemimpin yang mereka pilih.

Sesetengah pemimpin yang diberi kemenangan oleh rakyat telah mula pindah jauh dari rakyat yang memilih mereka dan berkira-kira untuk mendapat kemewahan dan kesenangan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin sudah dilupakan bersama-sama janji manis semasa pilihanraya.

Oleh itu kita perlu sedar siapa sebenarnya yang berkuasa di negara kita, rakyat yang mengundi untuk menaikkan pemimpin yang kemudiannya digelar “Yang Berhormat” atau pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang akan tamat tempoh bila tiba masa.

Jadi usah dirisaukan kerana pilihanraya tetap akan diadakan bila tiba masa, pemimpin boleh ditukar sebagai memberi pengajaran kepada pemimpin yang leka, pemimpin yang baru diberi peluang menjalankan amanah serta tanggung jawab, andaikata pemimpin yang baru juga tidak memenuhi hasrat pengundi mereka boleh ditukar bila tiba masanya.

Comments :

0 ulasan to “Siapa sebenarnya yang berkuasa”

Post a Comment