Amno yang ketandusan Isu

Hampir setahun PRU12 berlalu tetapi sehingga kini belum nampak lagi usaha pembangunan dan janji-janji pilihanraya oleh pemimpin BN akan dilaksanakan, yang ada cuma meniru idea Pakatan Rakyat.

Mereka sebenarnya bukan tau buat kerja hanya sekadar meminta ketua-ketua jabatan atau agensi kerajaan mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan, sekiranya sesuai dengan pemikiran mereka akan diteruskan, jika cadangan itu berjaya dari segi politik dan ekonomi maka pegawai yang memberi cadangan tadi mendapat habuan dan kenaikan pangkat.

Apa yang dapat disaksikan kini kerajaan Amno/BN hanya sedang berusaha untuk menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dengan menimbulkan berbagai isu, sedangkan usaha dan tanggungjawab sebenar kerajaan adalah membangunkan negara dan negeri supaya rakyat dapat hidup aman, selesa dan ceria.

Sampai bila kerajaan Amno/BN nak cari salah orang lain, terutama yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, adakah sehingga menjelang PRU 13?, sedangkan salah sendiri lagi banyak yang rakyat boleh nampak atau mereka sengaja membangkitkan isu untuk menutup kelemahan, kesilapan dan kesalahan sendiri.

Dimulai dengan isu babi di Selangor kemudian di Kedah sedangkan isu babi telah lama diperkatakan di Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ada yang sanggup menggantung kepala babi di pagar rumah

Isu budak tabika di Perak, Selangor dan terbaru di Pulau Pinang mendapat liputan meluas dari media, begitu juga kisah lembu di Selangor dan dakwaan exco Kedah mempunyai isteri yang tidak sah, episod melompat parti dari BN ke PKR dan dari PKR kepada BN juga hangat diperkatakan yang membuatkan ada diantara pimpinan parti tersungkur dan ada yang tidak dapat melelapkan mata ekoran mainan dan perlawanan dalam episod yang baru bermula.

Semuanya ini dilihat sebagai langkan Amno untuk mengembalikan kedudukan dan kegemilangannya setelah tercalar ekoran kekalahan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Ingatlah bukan Amno sahaja yang merancang untuk menjatuhkan PR, Pakatan Rakyat juga merancang untuk mempertahankan diri dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

Comments :

0 ulasan to “Amno yang ketandusan Isu”

Post a Comment