Dr Zambry dan 6 ADUN Perak digantung

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan, manakala enam lagi ADUN turut digantung selama 12 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu semalam berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco Selasa lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak Sivakumar selepas selesai bersidang, perkembangan terbaru ini memberikan Perak satu lagi krisis politik selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan secara haram oleh BN.

Siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Kini satu lagi episod terbaru politik Negeri Perak yang terpaksa dihadapi oleh BN yang mungkin tidak terfikir sebelum ini oleh mereka apabila Speaker menjalankan kuasa yang ada padanya dengan menyekat kehadiran 7 ADUN dari menghadiri sidang

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN, BN tinggal 24 kerusi termasuk tiga wakil bebas yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker DUN Perak, manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi yang akan memberi majoriti kepada Pakatan Rakyat dalam sidang DUN akan datang.

Mungkin akan ada satu lagi saman di Mahkamah Tinggi oleh Dr Zambry bagi pihak BN bagi membuktikan kesahihan atau membatalkan keputusan yang diambil oleh speaker DUN Perak bersama ahli Jawatankuasanya.

Dalam masa menunggu keputusan Mahkamah yang dibawa oleh Ir Nizar dan mungkin Dr Zamby, yang menjadi mangsa kepada permainan politik sekarang adalah rakyat bawahan, pelabur juga akan lari ke negeri lain, pembangunan tidak dapat dijalankan, kebajikan rakyat tidak dapat diurus dengan sempurna.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang sengaja direka oleh BN melainkan Dr Zamby menyembah mengadap memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya kepentingan rakyat dan negeri diambil kira.

Comments :

0 ulasan to “Dr Zambry dan 6 ADUN Perak digantung”

Post a Comment