Rasuah Pilihan Raya Kecil Terengganu

Melihat pada situasi semasa Umno bakal mengalami laluan sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen P.36 Kuala Terengganu. Malah Wan Ahmad Farid dilihat sedang merayu supaya diberi peluang kepadanya menjadi wakil rakyat walaupun tempoh berkempen bermula selepas penamaan calon.

Dalam masa yang sama beliau juga menawarkan diri untuk menyambung perkhidmatan Datuk Razali Ismail (nampak sangat gila pangkat) dan bersedia menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat bagi membuat rayuan pakaian sekolah kepada Menteri Besar, lebih baik jangan bertanding kalau sekadar nak rayu untuk dapatkan baju sekolah, tidak jadi wakil rakyat pun boleh buat rayuan.

Beliau juga bersedia meleskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 5 jan 09 kerana menerima amanah parti, nampak sangat ketidak sediaan beliau untuk menjadi calon dan melepaskan jawatan senator serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang menjanjikan kemewahan.

Kini rasuah pembangunan telah mula ditabur, bermula dengan pengistiharan dewan cina yang bernilai RM6.1juta, kini peruntukan 5.8 juta pula diumum oleh MB tetapi akan dilaksana selepas pilihanraya kecil Kuala Terengganu, ia juga dilihat sebagai ugutan kepada rakyat, kerana jika amno kalah tiada pembangunan akan dijalankan, dijangkana siri rasuah pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan ditabur lagi selepas penamaan calon.

Gelap matakah nanti orang Kuala Terengganu dengan curahan wang ehsan, rasuah pembangunan bernilai jutaan ringgit dan segala macam bentuk bantuan yang akan ditabur dan dilabur sebagai persembahan sepanjang tempoh berkempen.

Apapun janji pilihanraya yang ditawarkan ini terpulang kepada kebijaksanaan pengundi, harus di ingat kuasa undi adalah hak rakyat dan perlu diguna secara bijaksana.

Comments :

0 ulasan to “Rasuah Pilihan Raya Kecil Terengganu”

Post a Comment