Amno Perlu Berubah

Kehilangan 5 buah negeri dan satu wilayah dari kekuasaan BN yang bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12, memberi isyarat kepada Amno dan BN supaya bersedia untuk berubah.

Kedegilan dan kesombongan meliputi pemimpin Amno dari mendengar dan mengambil tahu masaalah rakyat yang menyebabkan Amno ditolak.

Janji pembangunan menjadi agenda utama apabila menjelang pilihanraya, namun apabila BN diberi mandat untuk mewakili rakyat setempat, wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat (YB) tiada lagi dikawasan, telah berpindah tinggal ditempat lain yang jauh dari kawasan sendiri semuanya akibat berbohong, tidak boleh menepati janji, rasa bersalah kepada pengundi tidak pernah ujud, cuma sesekali balik ke kawasan untuk cuba menyelesaikan masaalah, masaalah tidak selesai namun janji baru pula ditabur.

Mereka menjanjikan pembangunan, mereka jugalah yang membatalkan pembangunan, mereka menjanjikan pemberian hak milik tanah namun mereka jugalah yang tidak menepati, mereka juga menjanjikan penginapan yang selesa tapi tidak berusaha kearah itu, mereka berjanji kehidupan yang selesa dan ekonomi yang baik, namun harga barangan sentiasa meningkat.

Kecanggihan teknologi yang dimiliki kini tidak lagi boleh menyekat pemikiran dan pengetahuan rakyat tentang pemerintahan, antara tugas kerajaan yang memerintah semestinya melakukan pembangunan untuk kesenangan dan kebajikan untuk rakyat, menjamin keselamatan, memberi pendidikan , kesihatan , serta perkara-perkara asas yang lain kepada rakyat,

Oleh itu pemikiran lama pemimpin Amno/BN yang sering menawarkan pembangunan perlu segera ditukar supaya sesuatu yang baru dapat dirasakan oleh rakyat yang dahagakan perubahan. Janganlah mengharapkan rakyat akan melupakan kesalahan , kealpaan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin Amno/BN itu hanya sementara, penolakan ini akan diluahkan dalam pilihanraya umum sebagai menghukum pemimpin yang suka berjanji dan tidak mahu menunaikan janji.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Amno perlu bersedia untuk menjadi pembangkang disemua negeri jika amalan dan pemikiran lalu tidak diubah segera.

Comments :

0 ulasan to “Amno Perlu Berubah”

Post a Comment