Kenaikan Elaun Guru KAFA

Tahniah kepada guru-guru KAFA di Wilayah Persekutuan kerana telah diumumkan kenaikan elaun 100 peratus dari RM500 menjadi RM1,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, usaha ini seharusnya dipuji kerana ia dilihat sebagai mengiktiraf pengorbanan guru-guru KAFA mendidik anak bangsa dekat kepada Islam.

Peningkatan jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan yang menyebabkan beliau memberi pertimbangan kenaikan elaun tersebut hanyalah retorik semata-mata bagi menutup kelemahan.

Isunya kenapa menunggu kenaikan kutipan zakat untuk mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA sedangkan untuk urusan lain kerajaan tidak pula memikirkannya, adakah untuk memberi imbuhan kepada orang berjuang kejalan Allah terpaksa menunggu pemberian zakat atau sumbangan orang ramai.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan pengumuman itu hanyalah sekadar mengikut pengumuman yang telah dibuat oleh kebanyakan negeri dibawah pakatan rakyat atau sebagai menutup malu atau kelemahan kerajaan persekutuan kepada kerajaan pakatan rakyat yang mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA tanpa menunggu kenaikan kutipan zakat.

Pengumuman ini juga boleh dianggap sebagai meniru PAS sebagaimana pelaksanaan cuti dua hari seminggu, pembinaan rumah tiga bilik, cuti bersalin, sistem pajak gadai Islam dan lain-lain lagi yang dilaksanakan di Kelantan.

Perjuangan yang mementingkan diri dan bangsa yang membawa kepada peninggalan perkara utama untuk menaikkan syiar Islam. Begitulah kejadiannya sekiranya perjuangan tidak menjurus kepada Islam.

Comments :

0 ulasan to “Kenaikan Elaun Guru KAFA”

Post a Comment