PAS Penyambung Perjuangan Ambia’

Tidak ada sebab mengapa pengundi Kuala Terengganu tidak mengundi PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 jan 09.

Membangun bersama Islam dibawah kepimpinan ulamak yang diketuai oleh Mursidul Am Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang merupakan dua tokoh penting gerakan Islam yang menyambung perjuangan para ambia’ di negara kita Malaysia yang tercinta.

Kedua-dua tokoh besar gerakan Islam ini dibantu oleh saf kepimpinan lain bagi menguatkan dan mengukuhkan ikatan dalam usaha meletak dasar dan memacu perjalanan gerakan Islam di Malaysia, yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) yang akan membawa pembangunan dan kemajuan mengikut panduan yang terkandung dalam Islam.

Banyak calon yang berkelayakan untuk mewakili PAS bagi menyambung perjalanan gerakan Islam khususnya dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang memaksa Presiden memohon petunjuk dengan menunaikan solat Istikharah, begitulah cara bagi pimpinan gerakan Islam untuk mendapat pilihan yang terbaik dan akhirnya keputusan mencalonkan Abul Wahid Endut merupakan pilihan tepat. Ketokohannya tidak dapat ditandingi oleh calon BN yang tidak mesra rakyat.

PAS bukanlah sebagaimana Amno yang sering bertelagah apabila menjelang pemilihan jawatan parti mereka. Najib sebagai Timbalan Presiden Amno dilihat sebagai mendesak Presiden Amno supaya diadakan plan peralihan kuasa kepadanya seolah-olah tidak sabar untuk menduduki kerusi nombor satu, kerana semua sudah sedia maklum dalam Amno jawatan merupakan tiket kepada kesenangan seseorang, lagi besar jawatan lagi banyak kemewahan yang akan mereka perolehi.

Pak Lah mungkin sudah tidak penting lagi kepada kepimpinan Amno dan sebahagian penyokong Pak Lah mula beralih arah kepada Najib dalam usaha membodek untuk mendapat sokongan serta restu bagi mendapat kesenangan hasil pemberian projek .

Banyak ramalan yang dibuat , PAS tidak ada sebab lagi untuk kalah dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu, memandangkan perasaan marah penyokong Amno kepada Wan Farid yang juga dilihat sebagai seorang yang sombong dan tidak pandai bergaul dengan masyarakat , Pak Lah sendiri pernah menafikan kesombongan Wan Farid tetapi rata-rata pengundi Kuala Terengganu, baik dari kalangan Amno mahu pun PAS bercakap mengenainya.

Mantan perdana menteri juga turut mengulas keputusan meletakkan Wan Farid sebagai calon adalah tidak tepat.

Amno yang yang dikatakan memperjuangkan bangsa, agama dan negara hanyalah retorik semata ekoran keahlian Amno kini bukan lagi didokongi sepenuhnya oleh orang melayu setelah keahliannya dibuka kepada bumiputra. Ramai ahli Amno yang masih belum beragama, malah ada yang beragama kristian.

Oleh itu tiada sebab bagi pengundi Kuala Terengganu untuk memilih BN yang diwakili oleh Amno ekoran kegagalan bagi membela bangsa , agama dan negara.

Comments :

0 ulasan to “PAS Penyambung Perjuangan Ambia’”

Post a Comment