Jom Sertai PAS

Amno yang dikatakan memperjuangkan bangsa, agama dan negara hanyalah retorik semata ekoran keahlian Amno kini bukan lagi didokongi sepenuhnya oleh orang melayu setelah keahliannya dibuka kepada bumiputra. Susah nak percaya kata-kata pemimpin Amno kerana ramai ahlinya masih belum beragama, malah ada yang beragama kristian.

Oleh kerana itu mereka mempertikaikannya malah menolak hukum hudud yang dikemukakan oleh PAS dengan alasan itu hudud PAS sedangkan Amno tidak pernah dan tidak bercadang untuk mengubal hukum hudud Amno, malah sehingga kini Amno belum membuat pendirian tentang hudud.

Gambaran buruk yang diberikan kepada penganut Amno, MCA dan MIC tentang hudud telah menunjukkan sikap sebenar pimpinan Amno terhadap agama yang mereka anuti, lebih buruk lagi apabila ada usaha untuk menyaman kerajaan Kelantan sekiranya melaksanakan hudud.

Amno telah merendahkan martabat agama apabila meletakkan mata pelajaran agama setaraf dengan lukisan, pelajar ingin menduduki peperiksaan SPM boleh membuat pilihan samaada ingin mengambil agama Islam atau lukisan.

Amno yang dikatakan parti melayu sebenarnya telah berubah kepada parti bumiputra atau lebih tepat dikatakan amnoputra, slogan membela bangsa hanyalah suatu pembohongan apabila menteri pelajaran satu ketika dulu telah menghapuskan tulisan jawi, mengapa tulisan cina dan India tidak dihapuskan.

Kini mereka sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahasa Melayu pula apabila melaksanakan dasar PPSMI walaupun mendapat bantahan, kesannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, sebagaimana penghapusan tulisan jawi,berapa ramai orang melayu yang tak boleh membaca jawi dan terkuburnya akhbar utusan melayu kerana tiada pembaca.

Perjuangan Amno mementingkan kuasa dan kedudukan bagi mendapat kemewahan, sebelum keputusan pilihanraya diumum mereka telah dijanjikan dengan jawatan Menteri Besar dan Menteri kabinet, isu pembangunan dijaja untuk menarik perhatian pengundi, peruntukan pembangunan diumum, janji ditabur apabila menjelang pilihanraya, setelah pilihanraya berlalu janji tinggal janji, peruntukan pembangunan pula masih lagi dalam kajian, pengundi pula bagai menunggu buah yang belum tentu gugur.

Sikap orang melayu yang mudah percaya dengan janji, walaupun seringkali tertipu, pemimpin mereka pula bersenang dengan kemewahan yang diperolehi hasil penipuan, membina rumah selayak istana, sedang rakyat dihimpit kesusahan.

Kini semuanya telah berlalu, janji pembangunan telah dianggap biasa, sungguh malang bagi Amno yang tidak ambil iktibar pengalaman lalu, tidak sanggup berubah, tidak mahu menerima teguran, pandangan orang bawahan dianggap tak bernas dan tida nilai.

Oleh itu berubahlah dengan meninggalkan Amno, pimpinan Amno pernah berkata "pergi tidak akan mengurang dan masuk tidak akan menambah", tidak rugi menyokong PAS, tiada labanya menyokong Amno, insya Allah dengan menyokong dan mendokong perjuangan PAS akan mendapat lebih kebaikan.

Comments :

0 ulasan to “Jom Sertai PAS”

Post a Comment