Rakyat Perlu Bayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Setelah slogan 1Malaysia diperkenalkan dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan telah timbul pelbagai cadangan untuk mendahulukan rakyat didalam semua bidang.

Semalam rang undang-undang “Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)” diperkenalkan dan telah dibentang oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagi menggantikan “Cukai Jualan dan Perkihidmatan (SST) dalam usaha kerajaan mendahulukan rakyat membayar hasil barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang dipakai dalam usaha kerajaan mengekalkan pencapaian hasil mereka supaya jangan berkurang .

Walaupun tempoh pelaksanaannya akan berkuatkuasa 2011 tetapi kerajaan 1Malaysia telah mengambil peluang diatas kebodohan dan ketidak pekaan rakyat berkenaan kutipan cukai oleh kerajaan yang dikutip melalui sayarikat-syarikat yang akan ditentukan, walaupun beberapa barangan diberi pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam, namum adakah rakyat hanya makan barangan keperluan itu sahaja, bagaimana pula dengan keperluan yang lain.

Kenaikan harga minyak suatu ketika dulu membuatkan barang melambung , namun untuk turun tidak sama sekali, kini subsidi minyak ditarik balik dengan pelbagai alasan terutama bagi menyekat kenderaan negara jiran mengisi minyak bersubsidi di 1malaysia serta mencegah penyeludupan bahan api tersebut, penarikansubsidi beras juga dijangka akan membebankan rakyat, mungkin sekarang tiada siapa yang akan merasa kerana belum sampai tempoh pelaksanaan sebenar.

Penyeludupan disempadan bukan perkara baru, tetapi inilah komitmen kerajaan untuk membendung kegiatan diluar undang-undang, mungkin boleh diperketatkan lagi kawalan sempadan supaya jangan sampai bolos bukan hanya mengambil kesempatan untuk menaikan harga atau memansuhkan subsidi.

Pelaksanaan GST dan pemansuhan subsidi dilihat sebagai usaha kerajaan untuk menekan rakyat terutama bagi mereka yang berpendapan rendah, cukuplah sekadar yang sedia ada jangan ditambah lagi dengan pelbagai akta dan peraturan baru yang menyusahkan dan membebankan rakyat.

Bila BN tersepit

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyifatkan pembangkang diketuai Anwar mengamalkan politik samseng mempergunakan Bajet 2010 bagi menggulingkan kerajaan. (BH online)

Sewaktu mengulas isu Bajet 2010 yang diluluskan dengan majoriti tiga undi iaitu 66 menyokong daripada BN dan 63 menolak daripada pembangkang.

Sepatutnya Setiausaha Agung Umno kena keluarkan pekeliling kepada semua ahli parlimen UBN supaya tidak meninggalkan sidang dewan dan bukan sekadar hanya pandai menuduh Pakatan Rakyat dengan tuduhan liar, cermin diri sendiri dulu, janganlah semua kesalahan nak diletakkan kepada orang lain.

Apabila Pakatan Rakyat mengguna peruntukan yang sedia ada dikata samseng dan cuba menggulingkan kerajaan sedangkan wakil kerajaan sendiri yang sengaja tidak mahu berada didalam dewan dan tidak mengambil berat tentang belanjawan, mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji dan elaun dibayar, ambillah iktibar dari ADUN Kota Seputeh.

Sepatutnya mereka ( ahli YB UBN) faham situasi dewan rakyat sekarang yang tidak mencapai angka dua pertiga, yang tidak membolehkan mereka duduk senang lenang, tetapi memerlukan lebih komitmen kepada mereka untuk lebih tekun dan bekerja keras menyaingi ahli YB dari Pakatan Rakyat yang sentiasa komited dengan amanah yang dipertanggung jawabkan oleh rakyat.

Betullah apa yang dikata “apabila amanah tidak diberikan kepada yang hak tunggulah akan kehancurannya” oleh itu tunaikanlah amanah sebagaimana pengajaran yang telah ditunjukkan oleh banyak pemimpin agung Islam dalam melaksanakan amanah.

Arak ke tu?

Najib minum arak secara terbuka? Peluru untuk pembangkang.

Lihat gambar diatas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar diatas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.

SUMBER ASAL

Salam Idul Adha

Selamat menyambut Idul Adha kepada semua pejuang-pejuang Islam yang sanggup mengambil risiko untuk menegakkan agama Islam khasnya di Malaysia.

Pejuang yang ingin menegak, mendaulatkan dan mengamalkan Islam menghadapi kesusahan dan terdapat halangan-halangan dari dalam dan luar, orang yang berkuliah dan ceramah agama disekat dan ditangkap, tetapi bagi mengamalkan islam pada namanya sahaja tidak menjadi halanagan, guna nama Islam, tidak memakai tutup kepala, dan berseluar pendek serta pakai baju menampakkan pusat tidak pula dihalang.

Oleh itu sempena menyambut perayaan Idul Adha yang memerlukan kepada pengorbanan, marilah bersama-sama memperkatakan apa yang hak semuga kebenaran ditunjukan oleh Allah.

Sekali lagi saya mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Royalti

Hasil petrolium dijadikan wang ehsan yang diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), inilah yang sedang hangat diperkatakan sekarang untuk negeri kelantan, dulu Terengganu, kini Terengganu mendapat semula hasil Royalti setelah puak-puak dia memerintah Terengganu.

Penyerahan wang kepada JPP tidak boleh disebut sebagai wang ehsan melainkan boleh dinamakan sebagai peruntukan tahunan biasa kerajaan pusat kepada JPP, kerana JPP adalah sebuah Jabatan dibawah kerajaan persekutuan yang sepatutnya dibantu, diselenggara dan ditanggung oleh kerajaan persekutuan.

Kalau nak dinamakan Royalti atau wang ehsan atau apa nama sekali pun tak mengapa tetapi ianya mesti diserah kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri yang buat perjanjian dengan petronas bukannya JPP. Sesuatu yang pelik lagi ganjil berlaku apabila orang lain yang buat perjanjian dan orang yang tiada kena mengena pula yang menerima habuan.

Pemimpin Umno Yang Suka Berbohong

Pemimpin Umno sedikit pun tidak merasa malu atau segan kepada diri sendiri setiap kali mereka menipu rakyat, menipu penyokong mereka sendiri dan menipu ahli parti mereka sendiri dengan mengatakan Malaysia Negara Islam, Umno Parti Islam dan perjuangan Umno berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Mungkin mereka menganggap diri mereka sudah standing dengan ulama-ulama tersohor zaman dulu atau sudah standing dengan ulama yang mengamalkan ajaran Islam sekarang tanpa memikirkan keperluan atau perkara-perkara yang perlu dipenuhi untuk mengistiharkan Negara Islam.

Rakyat seharusnya sedar dengan permainan pimpinan Umno yang mengguna agama untuk mencapai tujuan politik mereka, ini terbukti apabila Umno atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memperjuangkan kebangsaan dan melayu, yang mana melayu telah ditetapkan sebagai beragama Islam, tetapi dalam Pertubuhan Melayu ini terdapat orang asli, khadazan yang kebanyakannya masih belum memeluk Islam,

Kalau dalam parti yang mereka kuasai sepenuhnya, semua cakap pemimpin mereka diterima bulat-bulat, tanpa bahas ( yes Sir ) pun masih belum boleh dilakukan perubahan untuk mengislamkan ahlinya, masakan mereka boleh mengislamkan negara Malaysia.

Rakyat juga harus sedar bahawa pemimpin Umno hanya mengutamakan pembangunan dunia, mungkin kecintaan mereka kepada pembangunan akhirat berada ditahap minimum,ini boleh dilihat apabila mereka menarik balik peruntukan kepada sekolah agama rakyat, menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Malah pemimpin Umno mempersendakan dan mempermainkan hukum hudud dengan kata mereka “kalau nak makan sup tangan pilah ke Kelantan”, “Boleh melacur sekiranya terpaksa”

Dimanakah kedudukan sistem Muamalat, Munakahat, Ibadah dan Jinayah yang menjadikan kesyumulan Islam?

Sekarang siapa yang tidak inginkan Islam atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah walaupun telah lima puluh tahun merdeka.

Jangan Pisahkan Politik dan Agama

Mengundi BN yang berlambangkan dacing samalah juga dengan mengundi Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, SAPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS.

Melayu yang mengaku Islam yang mengundi BN bermakna telah memisahkan politik dan agama ( Politik suku dan Agama suku ).

Kerana Umno mengamalkan semangat kebangsaan dan memperjuangkan kebangsaan bersesuaian dengan namanya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".

Bagi yang mengaku Islam tinggalkanlah Umno yang sangat tidak berkehendak kepada perjuangan Islam sebenar.

Berubahlah Sementara Masa Masih Ada

Rakyat yang berada dalam kesempitan hidup akibat kegawatan ekonomi dan keselamatan yang tidak terjamin telah memilih untuk melihat perubahan, beberapa buah negeri telah dapat kita kuasai setelah mereka berpuas hati dengan janji yang telah dikemukakan semasa kempen.

Bagi kita yang berhadapan dengan rakyat banyak mendengar rintihan mengenai ketidak prihatinnya wakil rakyat kita kepada rakyat yang diwakilinya, kalau dulu kita mencemuh YB BN yang tidak tinggal dikawasan sendiri tetapi nampaknya YB kita juga tidak jauh bezanya walaupun tinggal dikawasan sendiri tetapi kurang berdampingan dengan pengundi yang diwakili, jangan hanya apabila dekat dengan pilihanraya baru nak turun jumpa rakyat.

Sikap pentingkan diri perlu dibuang kerana mereka yang menjadi YB bukan dinilai kepada individu tetapi dinilai kepada parti yang diwakili oleh itu perlunya mereka yang bergelar YB khasnya dan pimpinan parti disemua peringkat supaya turun kebawah untuk berkhidmat kepada rakyat atau dengan kata lain menjadi orang suruhan kepada rakyat.

Selaras dengan tema Negara Berkebajikan sepatutnya agenda membela rakyat didahulukan tanpa mengira kaum dan agama mereka agar ucapan atau kata-kata yang menyamakan antara Unmo dan Pakatan Rakyat dapat dihapuskan dari bersarang diminda rakyat.

Sementara masih ada masa, ayuhlah sahabat! Terimalah hakikat yang Umno sudah kedepan dengan selogan 1 Malaysia.

Jadilah ahli atau pimpinan yang kurang bercakap dan banyakkan bekerja, tinggalkan sikap suka menghentam sesama sendiri dan suka mencari kesalahan orang lain, berubahlah semasa peluang dan masa masiah ada terutama kepada pimpinan diperingkat cawangan dan kawasan.

Tahniah Buat Jentera Pilihan Raya PAS

Tahniah buat semua jentera pilihanraya kecil Pas Bagan Pinang yang telah bertungkus lumus menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Usaha ikhtiar penentu takdir.

Kekalahan pilihan raya bukan bererti kalah dalam menyebarkan syiar Islam, pejuang tiada erti putus asa, bermuram durja, menang dan kalah perkara biasa, malah telah 12 kali pilihan raya umum kita lalui, malah pejuang tetap istiqamah dalam menjalankan kerja, tiada habuan lumayan, tiada janji kesenangan, kerana agama tetap diteruskan, semuga mendapat keredhaan Ilahi.

Peluang PAS Cerah

PAS kini dilihat mampu untuk membuat kejutan dalam usaha menumbangkan Umno /BN didalam kubu kuat Umno yang dipimpin oleh seorang yang pernah digugurkan dari perti mereka sendiri.

Dengan meletakkan harapan kepada undi pos sebagai tali hayat dan populariti Isa samad, Umno/BN begitu yakin akan kemenangan berpihak kepada mereka, namun hakikatnya pengundi melayu adalah penentu kepada kemenangan.

Pengundi pos mewakili 32% dari jumlah pengundi melayu yang mewakili 63% keseluruhan jumlah pengundi , manakala pengundi Cina dan India juga mewakili 32% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang, baki pengundi melayu yang perlu diberi perhatian adalah sebanyak 31% sebagai penentu kemenangan kepada pakatan rakyat, bermakna kedudukan kini seimbang.

Oleh kerana itulah Umno/BN cukup rasa tertekan, ditambah pula dengan saranan PM yang ingin melihat supaya Bagan Pinang tidak jatuh kepada pakatan rakyat tanpa mengira jumlah majoriti.

Bermula dari situlah SPR mula membuat peraturan sendiri, bahan kempen selain dari Pas tidak boleh dipasang, aduan senarai berganda tidak dihiraukan dan akhirnya mengguna senarai nama pengundi lain dari yang telah dibekalkan kepada calon.

Petugas Umno pula mula berani melakukan apa saja yang tindakan yang difikirkan perlu untuk menghalang kemaraan kempen Pakatan Rakyat seolah-olah telah ada perancangan rapi, kalau betul mereka menguasai keadaan nescaya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian.

Sama-samalah kita tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya, sekiranya pengundi melayu memihak kepada Pakatan Rakyat nescaya Umno/BN menuju kejatuhan di zon selatan.

Undi Pakatan Bererti Memilih Kesenangan

Akibat dari rasa tertekan dengan isu yang dimainkan oleh pakatan rakyat di Bagan Pinang juga tekanan sebagai pengarah pilihan raya membuatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mengalih perhatian masyarakat kepada negeri Kelantan dengan mendakwa kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas.

Mungkin TPM tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak pembangunan pesat di Bandar Kota Bharu, kalau sesiapa yang pernah pergi ke Kelantan boleh membezakan Kelantan dahulu dengan sekarang, lihatlah sepanjang jalan terdapat rumah-rumah banglo yang banyak sehingga ada yang membinanya dalam sawah padi, akibat kekurangan tanah tapak rumah, Lapangan terbang sulatan Ismail diperbesarkan, orang miskin tak naik kapal terbang, ini semua menunjukkan negeri Kelantan yang kaya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun.

Kelantan termasuk juga salah sebuah negeri dalam Malaysia, jadi tidak secara langsung TPM telah mengakui Kelantan juga negeri maju standing dengan lain-lain negeri yang diperintah oleh BN.

Jika Bagan Pinang dan seluruh NSDK ingin melihat kemajuan berilah kemenangan kepada pakatan rakyat, kerana negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat akan mendapat dua projek pembangunan, pertama oleh kerajaan negeri yang memerintah dan kedua oleh kerajaan pusat yang ingin mengambil hati pengundi, jadi negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat akan lebih maju dan makmur.

Ini boleh dibuktikan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan pusat khusus untuk pembangunan negeri yang diperintah pakatan rakyat. Penubuhan JPP itu sendiri telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri tersebut, oleh itu menangkan pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Taktik Kotor BN

BN / Umno akan terus menggunakan taktik kotor dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ini ekoran BN / Umno yang cukup tertekan dalam usaha mempertahankan kemenangan sebelum ini dari dirampas oleh PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, bagi PAS kemenangan tetap dicari, sekiranya dapat ia merupakan bonus yang akan mendekatkan jurang perbezaan kerusi Dun di NSDK.

Oleh itu petugas Pakatan Rakyat hendaklah berhati-hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, jangan sampai tindak tanduk dapat diputar belitkan oleh BN yang berada dalam kesempitan sekarang.

Bagi BN mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS, Agensi kerajaan akan terus diguna termasuk yang terbaru Hospital dan TV3 digunakan untuk menunjukkan bagaimana Abdul aziz terbaring di Hospital selepas 24 jam, pukul hari ini, esok baru sakit, hebat Aziz boleh tahan kesakitan sehingga 24 jam.

Besar kemungkinan pelakon utama Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan digunakan oleh BN untuk meraih sokongan pengundi di Bagan Pinang yang akan memburuk-burukkan Dato Sri Anuar dan PKR .

Isu YDP MAIPP sengaja diperbesarkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya dengan tujuan untuk menjatuhkan kewibawaan Lim Guan Eng tetapi sebenarnya telah menjatuhkan maruah dirinya sendiri kerana tempoh tugas beliau akan tamat tempoh pada 31 Disember ini, mana boleh ada dua YDP MAIPP dalam satu masa.

PAS ditentang BN

Pilihan raya Dun Bagan Pinang menyaksikan satu lawan satu antara PAS melalui calonnya Zulkefly Mohamad Omar dan BN pula meletakkan calon kitar semula Tan Sri Isa Samad, pengumuman mengenainya telah dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang Abdul Wahab Samsudin.

Dengan kelebihan undi pos yang selalunya berpihak kepada BN, menjadi satu cabaran kepada pakatan rakyat dalam menghadapi lawan utama BN dan agensi kerajaan serta undi pos bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Dalam pemilihan Umno Isa Samad sanggup mengeluarkan peruntukan untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden yang akhirnya diketahui, dilaporkan dan akhirnya didapati bersalah, apakah mungkin taktik yang sama juga akan diguna untuk meraih undi?

Pertembungan Musuh Tradisi

Bermula dengan amaran oleh SPR supaya parti-parti lain selain dari PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak memasang dan menaikkan bendera dengan alasan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ini bermakna hanya logo yang berlambangkan PAS sahaja yang dibenarkan berada serta menghiasi kemeriahan pelihan raya kecil Bagan Pinang, manakala lambang parti keadilan dan DAP tidak dibenar sama sekali berada dan berkibar menghiasi bumi Bagan Pinang, dengan kata lain hanya PAS yang akan berlawan dengan BN (bukan Umno), Umno belum pernah bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang sendiri.

Walaupun yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah pertembungan musuh tradisi PAS Umno, namun yang menjadi sasaran adalah ketua umum PKR Dato Sri Anuar Ibrahim yang mendapat ulasan panjang dalam siaran berita TV1 malam ini.

Bagi Umno kelebihan penguasaan kepada media digunakan sepenuhnya untuk menyerang siapa saja yang cuba menentang mereka walaupun penamaan calon hanya akan berlaku besok dan tempoh berkempen akan berlaku setelah proses penamaan calon selesai tetapi tanpa segan, tanpa rasa bersalah media diguna untuk kepentingan mereka.

Semua tindakan yang dilakukan adalah semata-mata untuk meraih undi tentera supaya tidak lari kepada pakatan rakyat, ditambah pula Umno yang tidak mempunyai peluang untuk menyerang calon PAS yang amat berwibawa.

Banyak lagi mainan yang akan dimainkan oleh agensi kerajaan bagi membantu kemenangan BN di Bangan Pinang sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam siri pilihan raya kecil lalu, terutamanya serangan terhadap Dato Sri Anuar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sah Isa Calon PRK Bagan Pinang

Tan Sri Isa Samad sah sebagai calon BN pilihan raya kecil Bagan Pinang, pengumuman mengenainya telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin petang tadi, penamaan calon akan diadakan pada 3 okt dan pembuangan undi akan dijalankan pada 11 okt 2009.

Tan Sri merupakan ketua Umno bahagian Telok Kemang dan bekas Naib Presiden Umno yang digugurkan akibat politik wang.

Walaupun terdapat beberapa pihak cuba untuk menyekat kemaraan Tan Sri Isa untuk menjadi calon, namun semuanya menjadi sia-sia hasil desakan dan sokongan padu pemuda Umno Bahagian yang berkehendakkan Isa samad dipilih sebagai calon pilihan raya kecil ini dan terbukti usaha mereka berjaya.

Apakah pilihanraya kecil Bagan Pinang ini akan menjadi satu sejarah baru politik tanah air, sama-samalah kita tunggu.

Percaturan Yang Belum Pasti

BANGI 13 Sept. - Penerimaan pengundi setempat wajib dijadikan kelayakan utama sewaktu memilih calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, kriteria lain seperti jawatan dalam UMNO bahagian mahupun umur calon tidak wajar digunakan sama sekali. Utusan

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenainya.

Ulasan kedua-dua pimpinan tertinggi Umno ini berikutan cadangan yang telah dikemukakan oleh Umno Bahagian Teluk Kemang terhadap ketuanya iaitu Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga merupakan bekas Menteri Besar selama 22 tahun.

Nampaknya peluang Tan Sri Isa Abdul Samad untuk menjadi calon semakin malap walaupun telah menjadi MB selama 22 tahun dan mempunayai jasa yang besar kepada rakyat Negeri Sembilan namun masih tidak boleh memenangi hati pimpinan yang berada di Kuala Lumpur.

Apakah Hishamuddin merasakan Isa Samad tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat lalu meletakkan syarat tidak semestinya penyandang jawatan dalam Umno Bahagian, manakala Muhyidin pula meminta supaya lebih banyak nama dihantar untuk dibuat pilihan, seolah olah mereka tidak lagi mempercayai Isa samad, mungkin juga telah mempunyai calon lain pilihan mereka yang masih dirahsiakan dari pengetahuan Umno bahagian Telok Kemang.

Dari apa yang dapat difahami, nampaknya Isa samad hanya popular dikalangan orang Umno saja, patut pun beliau boleh menang jawatan Ketua Bahagian Umno dan boleh menang jawatan Naib Presiden Umno suatu ketika dulu dan kemudiannya dibatalkan itu cerita lain.

Akibat dari popularnya Isa samad dalam Umno yang membuatkan Muhyidin dan Hishamuddin kecut perut untuk menerimanya sebagai calon PRK Bagan Pinang, kerana dibimbangi populariti mereka akan merosot.

PRK Bagan Pinang 11 Oktober

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini dengan hari penamaan calon pula ditetapkan pada 3 Oktober.

Tarikh tersebut diumumkan oleh Tan Sri Aziz Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.


Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor, 54, daripada Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia pada 4 September lalu.


Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz, Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Umno Parti Islam Hadhari

SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini. Utusan

Kalau nak lebih tepat Datuk najib kena sebut Umno adalah parti Islam Hadari yang sebenar, kerana amalan Islam Hadari semua boleh, boleh bersalam lelaki perempuan, boleh berlaga pipi lelaki perempuan, tak pakai tudung pun tak mengapa malah jika terpaksa boleh pula melacur kata menteri ummul hadari.

Berapa banyak pula lesen judi, kedai arak dan pusat disko yang telah diluluskan oleh kerajaan BN yang diterajui parti Umno Islam Hadhari jadi dimakah bezanya dengan parti bukan Islam?
Semuanya menjadi amalan atau dengan kata lain dijadikan akidah kepada Umno parti Islam hadhari .

Umno sepatutnya memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah kepada Negara Malaysia, samada dari sudut Ibadat, Munaqahat, Muamalat dan tidak memisahkan soal pentadbiran dan perundangan dengan agama.

Peristiharan Umno sebagai parti Islam adalah kesinambungan kepada peristiharan Malaysia sebagai Negara Islam yang telah dibuat oleh PM sebelum ini untuk mengabui mata rakyat terutama menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Bersiap Hadapi PRK dikawasan Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohd Noor, dilaporkan telah meninggal dunia di Seremban.

Selepas Terangganu kini telah menular kepada Negeri Sembilan yang merupakan kali kedua bagi negeri yang dikuasai oleh UBN menerima ujian pilihanraya kecil.

Mungkin kali ini kita boleh menilai dengan sebenarnya sejauh mana sokongan yang akan diterima oleh Pakatan Rakyat kerana Dun demikian milik UBN dan Negeri juga dikuasai oleh UBN yang selama ini puak UBN menyifatkan kawasan yang ditandingi adalah kubu kuat pembangkang, oleh itu inilah peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menunjukkan prestasi dan sokongan rakyat sekali gus memenangi pilihan raya kecil tersebut.

Dalam PRU12 yang lalu, Azman Mohd Noor (dari UBN ) menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman meraih 6430 undi manakala Ramli meraih 4097 undi.

Bersiap sedialah untuk Pilihan Raya Kecil selepas SPR memutuskan kekosongan kerusi N31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan kelak.

Hadiah Untuk Rakyat

Kenaikan harga minyak mulai 1 sept tidak banyak diperkatakan seolah-olah rakyat Malaysia merestui kenaikan harga minyak sebanyak 0.25 sen seliter.

Tiada rungutan dari rakyat hasil dari kebijaksanaan kerajaan mencipta kaedah kenaikan harga minyak kali ini dengan menyebut pertukaran jenama minyak “Ron92 kepada Ron95 dan Ron97
Kalau dulu kenaikan harga minyak disambut dengan slogan "Protes Turun" mungkin kali ini protes turunkan harga minyak dapat digerakkan kembali oleh mereka-mereka yang berkenaan kerana kesan dari kenaikan harga minyak akan merebak kepada kenaikan harga barang-barang yang lain.

Hakikat sebenar harga minyak dinaikkan, minyak jenama Ron 95 dijual dengan harga RM1.80 dan Ron 97 dijual dengan harga RM2.05 seliter yang akan meniggalkan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Mungkin inilah yang dinamakan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, mana tidaknya , sebarang kenaikan harga rakyat perlu didahulukan untuk menampung kenaikan bagi pihak kerajaan, oleh itu pencapaian dan prestasi kerajaan tetap satbil dan tetap diberi perhatian supaya tidak merosot.

Kenaikan ini bolehlah dianggapkan sebagai hadiah buat rakyat Malaysia sempena Ramadhan dan Idulfitri yang bakal menjelang.

Hukum Sebat Belum Lagi Hudud

Kartika Sari Dewi Sukarno seorang model yang sepatutnya menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak terpaksa ditangguhkan atas arahan Peguam Negara kerana masalah teknikal.

Ini baru hukum sebat yang dihajatkan oleh pesalah bukan lagi pelaksanaan hukum Hudud, dah riuh rendah media termasuk pemimpin politik yang menggubal undang-undang membuat ulasan.

Persoalannya adakah hukuman yang diterima oleh Kartika itu memenuhi hukum syarak, tidakkah kesalahan ketas peminum arak boleh dikenakan antara 40 hingga 80 rotan.

Dulu ada pemimpin Umno yang minum arak, mabuk dan meraba, tetapi tiada tindakan diambil.

Sebenarnya dalam sistem Umno nampak saja Islam tetapi tidak Islam dan dalam perdebatan mengenai kes Kartika sekarang nampak seolah-olah cuba untuk menjatuhkan kewibawaan mahkamah syariah, sepatutnya semua pihak terutama penggubal dasar (Yang Berhomat) cuba sedaya upaya mengatasi kelemahan yang ada dan memperbaiki kepincangan yang ada agar mahkamah syariah dapat dimantopkan.

Untuk tujuan apa Hisamudin (H1) menyatakan tiada jurusebat? Apa gunanya Najib (N1) menyarankan supaya dibuat rayuan kepada hukuman yang telah dijatuhkan sedangkan Kartika sudah memilih hukuman sebat, adakah kerana hukuman sebat dilaksanakan maka kerajaan tidak mendapat wang.

Nampak sangat tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kekurangan dalam melaksanakan hukum syariah terutama untuk melantikl dan melatih juru rotan syariah, sedangkan dalam soal memungut wang kerajaan cukup cekap dengan menubuhkan Pusat Kutipan Zakat dan sebagainya.

Sebab itulah masyarat yang mengaku Islam perlu ditarbiah dan rela diri mereka menerima tarbiah, agar kefahaman dengan ilmu agama Islam itu wujud, supaya kekeliaruan tidak timbul dikemudian hari.

Permatang Pasir Milik PAS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Permatang Pasir kerana mengekalkan sokongan dan memberi kepercayaan kepada parti PAS untuk melaksanakan agenda yang masih tertangguh di Permatang Pasir.

Tahniah juga ditujukan kepada semua petugas yang bertungkus lumus untuk memenangkan calon PR dari Pas Ust Mohd Salleh Man di Permatang Pasir. Serangan yang hebat dari jentera Umno/BN yang terpaksa menggunakan semua media yang dimiliki oleh kerajaan atau media swasta namun petugas PR masih mampu menghadapainya dengan kesungguhan dan keikhlasan tanpa meminta imbuhan diatas kerja buat selama di Permatang Pasir.

Kemenangan tersebut meluruhkan segala rasa letih lesu dan lenguh lumpuh petugas dan dapat pula menarik nafas lega

Selamat kembali kehalaman masing-masing, semuga perjalanan yang jauh mahu pun dekat dilindungi Allah.

Kadar Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan)

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7.00

Terengganu – RM5.00, RM7.00 dan RM8.00

Johor – RM5.oo dan RM7.50

Sabah – RM6.60

Negeri Sembilan – RM6.50

Melaka – RM6.30

Sarawak dan Perlis – RM6.00

Sumber : BERNAMA

Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan lagi dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga sebelum solat hari raya, zakat fitrah selepas solat hari raya tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah.

Bersegeralah menunaikan zakat fitrah kepada yang berhak menerimanya mengikut asnaf zakat.

Adun Lunas Melompat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. ( Lapor Utusan)

Berapa banyak dibayar untuk istihar keluar parti menjadi wakil bebas? Ahli nombor berapa dalam parti bebas? Sudahkah perti bebas ni didaftarkan sebagai parti yang sah?

Kalau dah tak setuju dengan parti yang kita wakili lebih baik letak jawatan sebagai Adun, apa guna dengan parti yang diwakili tak setuju tapi imbuhan yang didapati hasil sokongan dari parti yang diwakili dulu masih dinginkan.

Selamat Berpuasa

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini ( esok ), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam tadi.

Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahanya pula kempunan dan diakhirnya pembebasan dari api Neraka.

Ramadhan dipanggil penghulu segala bulan, Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan.

Semuga kehadiran Ramadhan tahun ini akan memberi satu makna kepada kita, oleh itu rebutlah peluang dan ruang yang terbuka ini kerana didalamnya terkandung ganjaran yang besar.

Selsema Babi Yang Ditakuti

Kematian akibat dari wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang dilaporkan terus meningkat setiap hari yang menjadikan jumlah kes kematian sehingga kini sebanyak 67 kes.

Kini dilaporkan sebanyak 33 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara manakala 284 pesakit dirawat di wad biasa.

Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul akibat selsema babi di Malaysia adalah 4,225 kes, ini baru sekitar 5 bulan wabak ini dilaporkan berlaku, bagaimana kesudahanya jika wabak ini tidak dapat dibendung untuk tempoh setahun atau seterusnya, berapa ramai lagi kematian akan dicatat.

Tiada tindakan oleh kerajaan untuk membahagi-bahagikan tutup hidung dan mulut secara besar-besaran sebagaimana satu ketika dulu kondom dibahagikan kepada pengguna lebuhraya, penggungjung pasaraya dan sebagainya.

Pengagihan kondom kepada orang ramai bagi membendung penularan kes HIV yang sepatutnya kerajaan kerajaan BN menguatkuasakan undang-undang berkaitan zina, tetapi dalam kes selsema babi kerajaan BN tidak pula membahagi-bahaikan tutup hidung dan mulut kepada orang ramai sebagai langkah pencegahan, kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Sepatutnya dalam kes selsema babi kerajaan sewajarnya bertindak cepat kerana dikatakan penularannya boleh berlaku melalui udara tidak sebagaimana kes HIV yang memerlukan sesaorang itu menggauli pengidap barulah ada risiko jangkitan.

Pertembungan Musuh Tradisi

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini ekoran kematian penyandang Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman.

Penamaan calon hari ini 17 ogos menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS Ust Salleh Man yang mempertahankan kerusi Permatang Pasir dari dirampas oleh calon BN Rohaizat Othman.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, Umno yang diwakili Ketua Pemudanya telah mengakui wujudnya pengundi hantu melayu dan pengundi hantu cina yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak mereka.

Apa yang saya tahu, pengundi hantu hanya wujud pada hari mengundi dengan membawa kad pengenalan orang lain atau pengundi yang telah mati turut sama membuang undi dan bukan dari kalangan mereka yang telah mendaftar sebagaimana yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno.

Pengundi hantu selalunya datang hasil kerja-kerja yang dilakukan oleh Umno/BN.

Nyala Lilin

Kalau Nizar diminta bertaubat kerana menyala lilin, bagaimana pula dengan gambar yang ni? Dato seri Najib sedang menyalakan lilin hindu . . .

ADUN Permatang Pasir Meninggal

ADUN Permatang Pasir, Dato Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Dato Hamdan Abd Rahman meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi, beliau juga merupakan wakil tunggal PAS di DUN Pulau Pinang, pemergiannya merupakan satu kehilangan kepada PAS Pulau Pinang.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari ekoran kematian Dato Hamdan.


Kalau di Penanti BN memberi pelbagai alasan untuk tidak bertanding, kini DUN Permatang Pasir yang juga terletak dalam Perlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat, adakah BN juga akan memberi alasan untuk tidak bertanding? Sama-sama kita tunggu permainan seterusnya dari BN.


Adakah parti Akim akan turut bertanding dalam DUN Permatang Pasir kali ini memandangkan mereka telah masuk bertanding dalam Parlimen Permatang Pauh dulu.

PAS Menang Tipis

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil N41 Manik Urai

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS) 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN) . . . . . . . 5,283

Jumlah mengundi . . . . . . . . . . . . . . . .10,631

Peratus keluar mengundi . . . . . . . . . .87%

Undi rosak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 117

Majoriti . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .65

Pengundi Manik Urai memilih perjuangan Islam mengatasi janji jambatan

Jualan Murah Sempena 100 hari

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mengkaji mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk pengangkutan termasuk mengenakan kadar tol yang tidak membebankan.
Menurut Perdana Menteri, langkah itu adalah selaras dengan pengumumannya semalam untuk memberikan diskaun 20 peratus kadar tol kepada pengguna SmartTag dan Touch ‘n Go yang menggunakannya 80 kali sebulan mulai 1 September ini. Utusan
Tapi bagaimana pula dengan pengguna yang membayar secara tunai? Adakah mereka juga akan diberikan diskaun, mengapa SmartTag dan Touch’n Go sahaja yang diberikan diskaun, adakah kerana mereka terdiri dari kalangan orang yang berada, jika tidak boleh dihapuskan sepenuhnya tol, mengapa tidak diturunkan keseluruhanya yang akan dinikmati oleh semua pengguna lebuhraya bertol.
Pengumuman pemberian diskaun 20 peratus kadar tol bukanlah penyelesaian kepada bebanan rakyat kerana ianya hanya dinikmati oleh sesetengah golongan sahaja.
Kenaikan memdadak insuran kenderaan bermotor juga perlu ditangani dengan cara yang bijak kerana kini ia menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan.
Setelah diteliti dan difikirkan berkali-kali, adakah 11 perkara yang telah diumumkan oleh Najib itu sebagai hadiah atau sememangnya peranan dan tanggung jawab kerajaan yang memerintah menghulurkan bantuan serta kebajikan untuk dinikmati oleh rakyat .
Biasanya kalau dinamakan hadiah semuanya percuma, oleh itu mengapa penyewa Program Perumahan Rakyat di wilayah perlu membayar rumah yang mereka duduki, cukuplah dengan mengambil kira jumlah sewa yang telah dibayar sebelum ini kalau Najib betul-betul ingin memberi hadiah dan bukan sekadar mencari populariti diri yang telah lama tercalar.

Lagi Usaha Meniru Pakatan Rakyat

Kini tiba giliran najib pula untuk meniru perubahan yang dibawa oleh PAS terutamanya perubahan yang dibawa oleh kepimpinan Tun Guru Dato Nik Abul aziz Nik Mat yang mana kita semua tahu usaha meniru ini telah dibuat sejak Dr Mahadzir menjadi Perdana Menteri.

Kalau dulu mereka meniru dasar pembinaan rumah 3 bilik, cuti bersalin 60 hari kepada wanita, cuti 2 hari seminggu, kini peluang Najib pula sebagai Perdana Menteri untuk meniru agenda perubahan yang dibuat oleh Pakatan rakyat.

Kehadiran Najib pada majlis sambutan 100 hari sebagai Perdana Menteri dikatakan sunyi daripada paluan kompang, perarakan bunga manggar dan tiada permaidani merah serta pemimpin duduk bersama tetamu dilihat sebagai meniru apa yang telah dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Dia baru nak buat sedangkan dalam pakatan rakyat perkara begini telah menjadi perkara biasa yang telah diamalkan sejak dulu, pimpinan pakatan rakyat boleh duduk bersama, makan bersama malah Yang Berhormat Pakatan Rakyat boleh tidur di Markas bersama–sama dengan masyarakat umum.

Walau tiada kompang dan bunga manggar tetapi pada tarikh 11 julai terdapat 11 kanak-kanak membawa tek ucapan dan ucapan pula dibuat tepat jam11.11 kemudian mengumumkan 11 perkara yang dikatakan sebagai hadiah untuk rakyat yang setia menyokong umno.

Semuanya ini hanyalah sebagai gimik politik umno dan suatu pembohongan kepada penyokong pakatan rakyat kerana mereka tetap akan disisihkan dan dinafikan hak mereka sebagai rakyat Malaysia dalam mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan BN.

Lakonan Pimpinan Umno

Selasa 14 Julai tarikh pengundian bagi Dun Manik Urai Kelantan yang menyaksikan pengundi ditabur dengan pelbagai sogokan oleh Pak Menteri, namun pengundi Manik Urai perlu berwaspada dengan kepuraan yang ditunjukkan oleh para Menteri BN kerana selepas 14 julai mereka akan kembali ke Kuala Lumpur yang entah bila mereka akan datang semula ke Manik Urai.

Persoalannya mengapa bila ada pilihanraya barulah kerajaan BN nak buat jalan, nak bagi bantuan anak sekolah, petani , nak tolong orang kampong menorah getah, nak ziarah orang sakit dan dalam masa yang sama menghina golongan penjual ikan.

Sebelum ada pilihanraya tiada peruntukan, kena sediakan kertas kerja untuk dapatkan peruntukan, Menteri pula sibuk tak sempat nak kaji selidik kepentingan kertas kerja yang dimajukan tetapi bila tiba pilihanraya semuanya bertukar, peruntukan segera diluluskan, Pak Menteri dah tak sibuk lagi.

Kenapa baru sekarang kerajaan Pusat dibawah BN begitu prihatin terhadap masyarakat di Manik Urai, kerana inginkan kuasa mereka sanggup melakukan apa saja asalkan hasrat mereka tercapai.

Kita lihat Pak Menteri menyampaikan sumbangan atau hadiah kepada penduduk di Manik Urai yang disiarkan oleh TV, mereka tidak bersalam dengan golongan wanita sedangkan selama ini mereka bersalam dengan semua penerima (lelaki dan wanita) sumbangan atau hadiah sewaktu berada dalam majlis di ibu kota.

Di Manik Urai juga kita boleh melihat Pak Menteri dan pemimpin Umno berkopiah, mengapa mereka tidak bersongkok.

Oleh itu pengundi di Manik Urai perlu berwaspada dengan kepuraan dan lakonan oleh kumpulan pelakon dari Umno, buatlah pilihan yang bijak supaya tidak menyesal dikemudian hari.

PAS ditentang BN di Manik Urai

Pilihanraya kecil Manik Urai menyaksikan pertembungan musuh tradisi dimana calon PAS Mohd Fauzi Abdullah ditentang oleh calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang sekali gus akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.


Tetapi yang peliknya dimana parti AKIM dan Bebas, tidak berminatkah mereka kepada DUN Manik Urai atau ada sesuatu yang tersembunyi.

Calon Pilihan Raya Kecil Manik Urai

Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, telah diumum sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.

Sebelum itu Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah yang merupakan anak tempatan telah dipilih sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.
Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama.

Kini pertembungan tokoh bangsawan muda dari BN ini tidak akan dapat menandingi ketokohan calon PAS Fauzi Abdullah yang ternyata disenangi dan dihormati serta senang didekati oleh rakyat Manik Urai, dan inilah ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengundi Manik Urai.

Islam menyatukan Ummat

Ramai dari kalangan orang-orang yang berada disebelah sana bercakap mengenai perpaduan melayu tetapi betulkah mereka nakkan kepada perpaduan melayu.

Melayu yang berasal dari rumpun melayu, bertutur dan bercakap dalam bahasa melayu malah menulis dalam tulisan jawi yang sememangnya menjadi tulisan bagi orang melayu, tetapi kenapa pejuang melayu telah memusnahkan tulisan melayu dan menggantikan bahsa melayu kepada Inggeris dalam mata pelajaran yang tertentu malah kini kedengan pula untuk memasukkan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus diperingkat SPM.

Apa yang dikatakan percakaran sesama melayu tidak pernah timbul tetapi perbezaan pendapat dalam menegakkan pendirian masing-masing, apakah dengan menyokong melayu, Islam akan bangkit dan berkuasa, jawapanya tentu tidak kerana Islam bukan hanya untuk orang melayu malah untuk semua bangsa didunia, yang disampaikan oleh seorang nabi yang berbangsa arab, dikatakan juga bila melayu, sudah tentunya Islam, benarkah begitu, sedangkan cina India malah orang asli juga Islam, oleh itu kuasa adalah penting bagi melaksanakan apa yang diperintah dan dilarang oleh Allah bagi menjamin ummat hasanah di dunia dan hasanah diakhirat.

Janganlah pula bila DAP menguasai Pulau Pinang dikatakan akan terjadinya temasik ke dua, sedarkah sebelum DAP dulu pun Pulau Pinang telah diserah kepada GERAKAN juga dari kalangan orang yang sebangsa dengan DAP, janganlah cuba untuk membangkitkan isu perkauman, sepatutnya terima dulu pilihan yang telah dibuat oleh rakyat, beri tempoh kepada mereka untuk mentadbir, bila tiba masa pilihanraya akan berlaku, jika tidak betul kepimpinan ini boleh ditukar melalui pilihanraya.

Oleh itu janganlah kita berterusan diperbodohkan oleh oleh golongan yang hanya berfikir tentang melayu kerana tiada siapa dari kalagna bangsa asing dapat masuk melayu melainkan mereka boleh bersatu dengan Islam kerana Islam adalah penyatu bagi ummat seluruhnya.

Dato Tuan Ibrahim kekal PJ Pahang

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Naib Presiden PAS telah dikekalkan oleh Presiden sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang bagi mengetuai kepimpinan PAS Pahang.

Tahniah diucapkan kepada Ust Dato Tuan Ibrahim kerana diberi kepercayaan, semuga perancangan yang telah ditakwimkan akan berjalan dengan baik dan kelak akan beroleh kejayaan cemerlang.

Ucapan tahniah juga diberikan kepada Dato Mustafa Ali yang diberi tanggung jawab sebagai Setiausaha Agung, Ust Idris Ahmad selaku Ketua Penerangan manakala Dr Mohd Hata Ramli dikekalkan sebagai Bendahari, tak lupa juga ucapan tahniah kepada Pengarah Pilihanyara yang baru Dauk Abd Halim Abd Rahman dan seluruh Anggota Dewan Harian PAS Pusat.

Dengan harapan yang tinggi kami letakkan supaya kepimpinan yang baru ini akan membawa perubahan bagi melonjakkan kedaulatan Islam seterusnya mendapat sokongan yang padu dari setiap peringkat supaya kejayaan akan mudah diperolehi.

Selamat Mengundi

Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Penanti, tunaikanlah amanah dan tanggung jawab sebagai seorang rakyat dengan ikhlas dalam menentukan kepimpinan negeri dan negara.

Oleh itu keluarlah beramai-ramai dan jangan terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak supaya tidak keluar mengundi, gunakan hak kita sebagai pengundi sebaik mungkin.

Pedulikanlah Amno yang melarang ahlinya yang setia dari keluar mengundi dalam usaha mereka untuk memboikot pilihanraya kecil Penanti, dengan harapan tindakan mereka ini tidak akan berjaya.

Walau apa pun esok adalah hari mengundi bagi DUN Penanti, diucapkan selamat mengundi semuga membuat pemilihan yang terbaik untuk kelangsungan agenda kerajaan negeri yang sediada.

Wala' kepada keputusan jemaah

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilihat masih berpeluang merebut kerusi timbalan presiden parti itu walaupun penyandangnya Nasharudin Mat Isa mendapat pencalonan besar bagi mempertahankan jawatan itu.

Difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar laporan.

PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara tetapi terdapat bahagian parti itu yang lambat menghantar pencalonan.

Daripada jumlah itu, Husam mendapat 28 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu mendapat 26 pencalonan, lapor Malaysiakini.

Sekiranya andaian atau pendapat yang diutarakan oleh Malaysiakini ini tepat, bermakna pimpinan parti diperingkat kawasan atau lebih tepat dipanggil perwakilan ke Muktamar Agung telah melanggari amanah yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Kawasan, dan ini amat bertentangan dengan amalan yang telah diguna pakai selama ini.

Setiap perwakilan diamanahkan membawa hasil atau keputusan Mesyuarat Agung Kawasan untuk diterjemahkan semasa Muktamar Agung PAS Pusat, bukannya membawa agenda peribadi terutama dalam urusan memilih pemimpin.

Wala’ dan kesetiaan kepada parti hendaklah menjadi wadah perjuangan bagi mengelak perselisihan dan pertikaian yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah.

Satu lagi pilihan raya kecil

Alfatihah kepada YB Ismail Yaakob ADUN Manik Urai Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi, semuga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solleh.
Kekosongan kerusi DUN ini perlu diisi bagi menyambung kemahuan dan kehendak rakyat dalam tempoh enam puluh hari setelah kekosongan disahkan oleh pihak SPR melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.
Persoalanya adakah Amno akan menyertai pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan diadakan dalam tempoh enam puluh hari, tidakkah nanti akan membazir duit rakyat.
Mungkin kali ini Umno terpaksa menyertai pilihanraya kecil Dun Manik Urai ekoran tiada alasan yang akan putar belitkan, jika di Dun Penanti, alasan diberi adalah pilihanraya tersebut merupakan mainan politik PKR dan tidak mahu membazir oleh yang demikian mahu atau tidak, takut atau berani, Amno dalam keadaan terpaksa meletakkan calonnya untuk bertanding bagi membuktikan bahawa Amno masih dihati rakyat dan masih kuat di bawah Dato Najib.

Zambry MB Perak yang baru

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah dengan disepakati tiga hakim.
Keputusan itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Mungkin Zamry rasa dia dah menang dengan pengistiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah tetapi harus diingat hati rakyat akan terus menganggap Dato Seri Nizar tetap MB Perak yang sah, kalau nak tau betul atau tidak rakyat perak menyanjung Nizar cuba bubarkan DUN Perak, jawapan boleh kita temui disana.
Apabila Nizar diistiharkan sebagai MB yang sah, Zambry buat rayuan, sekarang giliran Nizar pula membuat rayuan, jadi sampai bila kekalutan sebegini akan berakhir.

Helikopter YB Rompin

Bagi rakyat biasa hanya berkenderaan motorsikal malah masih ada lagi yang kayuh basikal.

Rakyat pertengahan mampu memiliki kereta untuk bergerak ulang alik tempat kerja atau balik kampong.

Kebiasaan kita boleh lihat kebanyakan rakyat parking motor dan kereta dalam garaj rumah masing-masing.

Tetapi lain pula bagi YB Perlimen Rompin (Jamaludin Jarjis), beliau bukan parking motor atau kereta berhampiran rumahnya tetapi parking Helikopter, malah mengupah jaga pula untuk menjaga helikopternya dari diceroboh.

Mungkin inilah yang disebutkan sebagai 'Rakyat diutamakan' kerana memberi peluang kepada rakyat menjadi jaga.

Datok Seri Ir Mohamad Nizar MB Perak Yang Sah

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan turut mengarahkan agar Datuk Zamry Abdul Kadir dan Barisan Exco Haramnya supaya mengosong pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan dengan kadar segera.

Jawatan Menteri Besar Boleh dianggap kosong apabila undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.

Dengan ini bermakna perlantikan Dr Zambry sebagai MB Perak oleh Datuk Najib adalah sebagai tidak sah dan haram, begitulah juga dengan Exco yang dilantik oleh Zambry.

Begitulah kesudahan apabila tidak sabar dan gopoh dalam menjalankan sesuatu pekerjaan tanpa mengira peraturan dan undang-undang yang digubal oleh mereka sendiri akhirnya sendiri mendapat malu.

Persoalanya sekarang apakah tindakan yang telah dibuat oleh Dr Zambry selama menjadi MB haram itu juga haram dari segi undang-undang, apakah tindakan melelong kereta camry bertepatan dengan peraturan, begitu juga dengan Sidang DUN pada 7 Mei yang lalu.

Kesemua kecelaruan ini bermula apabila tindakan Dr Zambry yang melawan dan melanggar undang-undang sediada serta tidak mentaati perintah Speaker V. Sivakumar.

ADUN BN Tidak Patuh Arahan

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN membuat kecoh di Dewan Undangan Negeri Perak semalam sebagai tidak menghormati Pemangku Sultan Perak dan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini.

Tindakan sepuluh ADUN yang diarah keluar Dewan oleh Speaker V Sivakumar enggan mematuhi arahan dengan mengambil keputusan untuk terus kekal berada didalam Dewan tanpa merasa segan silu seolah-olah tidak mempunyai perasaan malu yang membuatkan Speaker tidak dapat untuk meneruskan Sidang Dewan.

Sekiranya sepuluh ADUN tersebut keluar Dewan sebagai yang diarahkan nescaya Pemangku Sultan Perak tidak menunggu lama dan Sidang DUN berjalan dengan sempurna , lancar tanpa kekecohan sebagaimana yang telah diketahui umum.

Tetapi bagi meneruskan agenda yang mereka (BN) rancangkan sekali lagi tindakan yang membelakangi undang-undang dan peraturan digunakan, Speaker V Sivakumar diusung keluar oleh mereka yang tidak dikenali, dalam keadaan anggota polis bertaburan menjaga keselamatan Sidang Dewan dari dircerobohi.

Sehubungan itu rakyat boleh menilai sendiri gelagat ADUN dan tindak tanduk BN yang jelas tidak menghormati kemuliaan dan peraturan Dewan.

Mungkin inilah kali pertama berlaku dalam sejarah negara dan Negeri Perak khususnya dan besar kemungkinan perkara yang sama boleh berulang di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat apabila misi yang mereka rancang berjaya di Perak.

BN Perak Langar Peraturan

Hari ini Negeri Perak mencipta satu lagi sejarah dan memecah rekod apabila mempunyai dua ketua kerajaan negeri, dua menteri Besar dua barisan exco dan dua speaker cuma raja tetap satu.

Perlantikan speaker DUN Perak pagi ini dibuat dikalangan mereka (BN) sebelum Raja Muda Perak merasmikan persidangan DUN, keadaan huru-hara ini sengaja dicipta bagi membolehkan mereka melantik bekas ADUN Rapat Setia G. Ganesan sebagai 'Speaker DUN".

Perak sudah tidak aman lagi, sidang DUN terpaksaa dikawal ketat oleh polis, rakyat yang selama ini boleh masuk untuk mengikuti sidang DUN juga telah hilang hak mereka, malah untuk mendekati bangunan DUN Perak juga telah menjadi satu kesalahan dan boleh ditangkap.

Apa yang terjadi kini, Amno/BN sengaja mencabuli, melanggar dan melawan undang-undang yang sebelum ini digubal oleh mereka sendiri, bagi mereka undang-undang dan peraturan hanya terpakai kepada orang lain dan tidak kepada mereka, malah mereka bebas melakukan apa saja.

Sidang ditangguhkan namun Sultan masih lagi belum boleh masuk dewan untuk merasmikan sidang DUN akibat kekecohan yang berlaku, kalaulah sidang DUN Perak gagal dirasmikan hari ini, mungkinkah sultan Perak akan berkenan untuk membubarkan DUN Perak, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.



KL Kota Kebudayaan Islam

Kuala Lumpur telah diistihar sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009 oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia.

Apakah motif sebenar disebalik peristiharan tersebut, adakah Dato Rais Yatim ingin meniru konsep Kota Baru Bandaraya Islam atau sekadar ingin bermain dengan istilah, tapi yang jelas dengan pengistiharan ini menambah tugas Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tugas berat untuk menghapuskan sarang maksiat yang sememang telah terkenal dikalangan rakyat Malaysia dalam masa yang sama memasukkan unsur keislaman supaya dapat diikuti dan diamalkan oleh penghuni pusat bandaraya tersebut.

Jangan hanya sekadar meletak dan bermain dengan istilah sebagai menyedapkan telinga bagi mengabui mata sebahagian rakyat, sepatutnya semua Kementerian yang terlibat mengambil langkah sesuai bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009.

Semuga dengan pengistiharan ini Kuala Lumpur akan berubah dan dapat menepati, mengikuti ciri-ciri serta sifat keislaman sepenuhnya suatu hari nanti hasil daripada penerapan dan pengamalan kebudayaan Islam.

Takziah buat En Jaafar Mustafa

Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan takziah diatas kehilangan isteri dan anak beliau yang telah dijemput untuk menemui tuhan Rabuljalil, saya difahamkan En Jaafar telah terlibat didalam kemalangan jalanraya di Kuala Lumpur pada 1 Mei 2009 lebih kurang jam 2.30 pagi.

Untuk makluman En Jaafar adalah salah seorang kakitangan Teras Dara Konsortium Sdn Bhd yang bertugas dan menetap di Bandar Muadzam Shah.

Akibat dari kemalangan itu beliau telah kehilangan isteri dan anaknya, En Jaafar dan dua anaknya yang lain masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Benarlah firman Allah yang bermaksud 'Sesungguhnya setiap yang hidup akan menemui mati' cuma bila, dimana dan punca kematian tidak diketahui, oleh itu beruntunglah orang yang senantiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Diharapkan En Jaafar bersabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Disini juga saya mendoakan agar En Jaafar dan anak akan segera sembuh seperti biasa dan dapat menyambung tugasan serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Usul Lucut Jawatan Sendiri

Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Kudetanya Hamidah Osman.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk pertimbangan Speaker DUN Perak bagi melucutkan jawatannya sendiri yang masih sah seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.

Selaku seorang yang waras mana mungkin Speaker akan mempertimbangkan bagi melucutkan jawatan sendiri melainkan dengan paksaan , ugutan atau secara jalan pintas yang lain, hanya orang yang kurang akal saja yang akan mempertimbangkan usul melucutkan jawatan kerana kuasa masih terletak kepada Speaker samaada menerima atau menolak usul yang dicadangkan dengan memberi alasan yang munasabah.

Banyak persoalan yang akan timbul apabila persidangan DUN Perak yang dijadualkan bersidang pada 7 Mei nanti, walaupun pelbagai sekatan dan kawalan keselamatan yang ketat diambil namun kisah persidangan DUN Perak bakal mencatat sejarah baru apabila kedua-dua pemegang jawatan MB berebut tempat duduk dalam dewan.

PRK Penanti 31 Mei

Penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti ditetapkan pada 23 mei dan pengundian akan diadakan pada 32 mei sekiranya ada pertandingan, demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Putra Jaya hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong setelah perletakan jawatan oleh Mohamad Fairus Khairudin bagi memberi laluan siasatan oleh SPRM.

SPR membuat pembaharuan apabila tidak membenarkan parti politik yang bertanding membina pondok panas dan merayu undi disaat-saat akhir sebelum pengundi melangkah ke pusat pembuangan undi dengan alasan pengundi boleh berjalan dengan aman dan tiada kesesakan lalu lintas ke pusat pembuangan undi.

Tarikh pembuangan undi juga telah ditetapkan semasa sekolah mula bercuti dan memudahkan pengundi untuk balik mengundi, apakah ini satu perncangan SPR untuk memenangkan BN di DUN Penanti?

Ceramah Sempena Kemenangan Nizar

Ceramah umum mengenai isu semasa terkini dan majlis jamuan rakyat sempena kemenangan Dato Seri Mohamad Nizar di Bukit Gantang serta jamuan bagi meraikan petugas-petugas PAS Kawasan Rompin.

Ceramah akan disampaikan oleh








YB Dato Hj Mahfuz bin Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tarikh : 20 April 2009

Tempat : Markas Tarbiyyah PAS
Kampong Sepakat, Rompin.

Majlis dijadual akan bermula dengan solat maghrib dan disusuli dengan jamuan meraikan petugas, kemudian diteruskan dengan ceramah.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

Sebagaimana yang telah dijangka bekas exco dan timbalan ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairudin telah meletak jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkuasa hari ni.

Selepas 10 hari berehat dari penat lelah dan dalam keadaan sedang meraikan kejayaan di Bukit Gantang dan Bukit selambau kini satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi DUN Penanti yang terletak dalam Parlimen Permatang Pauh.

Mungkinkah di Penanti nanti bakal mengesahkan penerimaan atau penolakan rakyat kepada Amno / BN yang kini dipimpin oleh Dato Najib?, apa pun sama- sama kita tunggu keputusan yang akan dibuat oleh pengundi DUN Penanti.

Dalam keadaan Amno / BN tidak ingin mengadakan pilihanyara kecil terutama di Perak namun ketentuan Allah mengatasi segalanya, satu demi satu pilihanraya kecil berlaku yang boleh dianggap sebagai proses penilaian berkala tahap sokongan dan mood rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Kabinet Baru

Senarai penuh Kabinet yang menjadi pilihan Najib yang akan bekerja mengikut prestasi (KPI) dan lebih telus.


PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakc op (Unit Perancang Ekonomi)
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk S.K. Devamany Ahmad Maslan
T.Murugiah

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan
Datuk Chor Chee Heung
Datuk Dr Awang Adek Hussin

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan
Datuk Dr Wee Ka Siong
Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan
Datuk Abdul Rahim Bakri
Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan
Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan
Datuk Wira Abu Seman Yusop Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan
Noriah Kasnon
MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan
Datuk Hassan Malek
Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan
Datuk Dr Hou Kok Chung
Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Datuk Noh Omar

Timbalan
Datuk Johari Baharum
Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan
Datuk Razali Ibrahim
Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA
Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Kong Cho Ha

Timbalan
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan
Datin Paduka Chew Mei Fun

MENTERI LUAR
Datuk Anifah Aman

Timbalan
A.Kohilan Pillay
Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan
Datuk M.Saravanan

Kabinet Najib

Esok Najib akan umumkan barisan kabinet baru bagi menggantikan kabinet yang telah dibentuk oleh Pak Lah.

Berapa ramaikah menteri yang telah bersama dengan Pak Lah akan terus bersama dengan Dato Najib, adakah kesemua MT yang telah menang dalam pemilihan lalu akan diangkat menjadi menteri, bagaimana pula kedudukan Shahrizat, Idris Jusoh dan Khairi Jamaludin,adakah mereka juga akan dilantik menjadi menteri kabinet.

Khabar angin sedang bertiup kencang di Pahang yang mengatakan Dato Jamalidin Jarjis akan dilantik menganggotai kabinet Najib, memandangkan Dato JJ adalah kroni paling rapat dengan Dato Najib.
Dengan perlantikan Dato JJ, adakah Dato Chua Soi Lek juga akan dilantik kejawatan menteri kabinet.

Apa pun sama-sama kita tunggu pengumuman yang akan dihebahkan oleh Dato Najib esok dengan harapan mereka yang dilantik bebas dari sebarang salah laku yang boleh menjatuhkan imej kabinet baru pimpinan Dato Najib.

S Manikumar sah ADUN Bukit Selambau

S Manikumar yang mewakili PKR dengan rasminya telah diistiharkan sebagai ADUN Bukit Selambau apabila menewaskan calon BN dan 13 calon bebas yang lain.

S Manikumar ( PKR ) : 12,632
S Ganesan ( BN ) : 10,229

Majoriti : 2,403

Kemenangan ini membuktikan Pakatan Rakyat masih diterima rakyat ekoran dasar kebajikan yang diamalkan oleh kerajaan negeri.

Majoriti orang cina dan India menolak Amno / BN yang masih mengamalkan dasar lama dan tidak bersedia untuk berubah.

Ugutan serta meminggirkan orang yang menyokong pakatan rakyat oleh BN telah ditolak sepenuhnya oleh rakyat Kedah dan Perak.

Dato Seri Ir Mohamad Nizar sah menang

YAB Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin calon PAS Parlimen Bukit Gantang telah memenangi pilihanraya kecil tersebut sebagaimana keputusan berikut

Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti - 2,789

Majoriti yang diperolehi oleh YAB Dato Seri Ir Mohamad Nizar lebih besar yang membuktikan rakyat Perak masih menyokong dan memerlukan kepimpinan Dato Seri Mohamad Nizar untuk mengubah masa depan mereka.


Keputusan pilihanraya kecil

PAS mendahului BN bagi mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang
PAS : 21,860
BN : 19,071
Majoriti : 2,789

PKR juga sedang mendahului BN bagi kerusi DUN Bukit Selambau
PKR :7,127
BN : 5927
Majoriti : 1,200


BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak
PKR : 2,053
BN : 3,907
Majoriti : 1854
satu-satunya keputusan yang telah diumumkan oleh TV apabila kemenangan berpihak kepada calon BN.

Keputusan tidak rasmi Pilihanraya Kecil

Keputusan tidak rasmi pilihanraya kecil Bukit Gantang PAS mendahului BN dengan majoriti 1776 undi, manakala di Bukit Selambau pula PKR sedang mendahului BN dengan majoriti 770 undi.

Diharapkan angka ini akan kekal hingga keputusan rasmi diumumkan kelak.

Bagi Dun Batang Ai Sarawak pula PKR ketinggalan jauh dibelakang BN.

Lambang Calon Pilihanraya Kecil Bukit Selambau

Sebagaimana yang diketahui umum, penamaan calon telah disempurnakan pagi tadi dimana calon parti-parti dan calon-calon bebas yang bertanding menggunakan lambang bagi memperkenalkan diri masing-masing didalam kertas undi

Dibawah ini adalah lambang-lambang yang digunakan oleh calon-calon yang akan bertanding di DUN Bukit Selambau pada 7 april nanti


S Manikumar dari PKR mengguna lambang parti sendiri





Dato S Ganesan dari parti MIC tetapi guna lambang Dacing







R. Loganathan (lambang kelapa sawit)




Tan Hock Huat (kunci)






Radzi Md Lazim (kerusi)





Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau)






Abdul Rahim Abu (jam loceng)





L. Sarala (basikal)




A. Jayagopal (payung)





S. Moganakumar (buku)






Khamis Awang (ayam jantan)



Husaini Yaacob (bas)




M. Vanesan (ikan)




Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon)



T.Chandrarajan (kapal terbang)


Kini terdengar pula cakap-cakap yang mengatakan ada beberapa calon bebas akan menarik diri dari bertanding, apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran khabar angin yang sedang bertiup mengenai kedudukan calon-calon tersebut.

15 calon satu jawatan

Dikatakan buat pertama kali dalam sejarah apabila 15 orang mengemukakan kertas pencalonan untuk mencuba nasib sebagai calon PRK Bukit Selambau bagi merebut hati-hati pengundi untuk memilih mereka menjadi Yang Berhormat.

Nampaknya pilihanraya kecil kini sudah menjadi macam main-main pula, apakah mereka mempunyai penyokong yang mencukupi untuk membolehkan mereka mendapatkan kembali deposit yang telah mereka bayar, walau apa pun mereka dibenarkan selagi mana tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan.

Mungkin juga kerana kemenangan V Arumugam sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum lalu yang membuatkan ramai tertarik untuk menjadi calon bebas kali ini.

Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat dimana S Manikumar dari PKR telah dicalonkan bagi mewakili PR dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, telah ditentang oleh musuh tradisi dari BN dengan calonnya Datuk S Ganesan.

Manakala calon-calon bebas yang ingin mencuba nasib pula terdiri dari L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Kehadiran begitu ramai calon boleh membuatkan pengundi-pengundi menjadi pening untuk memilih dan membuatkan masa yang akan diambil oleh pengundi berada dipetak mengundi menjadi lebih panjang dari biasa untuk memastikan siapakah calon pilihan mereka.

Bagi penyokong PR jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh pihak lawan, bersama-samalah kita mengundi calon PKR yang diwakili S Manikumar.

PAS ditentang oleh BN dan Bebas

Proses penamaan calon telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping yang menyaksikan calon PAS diiringi lebih 50,000 penyokong bagi memberi sokongan moral dan sebagai tanda Pakatan Rakyat masih diterima oleh rakyat Perak.

YAB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang telah dicabar oleh calon dari BN, Ismail Sapian dan calon bebas, Kamarul yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pengumuman calon telah dibuat oleh pegawai pengurus piliranraya P059 Bukit Gantang Dato Mahmud Marsidi setelah tempoh masa bantahan tamat jam 11.00 pagi tadi.

YAB Dato Seri Mohamad Nizar menyerahkan borang pencalonan jam 9.00 pagi dan diikuti oleh calon BN jam 9.15 pagi, manakala calon bebas adalah yang terakhir menyerahkan borang pencalonan.

Apakah Amno Akan Berubah

Keputusan pemilihan sayap Amno telah diketahui umum yang mana Pergerakan Pemuda diterajui oleh Khairi Jamaludin, Pergerakan Wanita bertukar kepada Shahrizat Abd Jalil manakala Puteri UMNO disandang oleh Rosnah Abdul Rashid.

Najib memenangi jawatan Presiden Amno tanpa bertanding setelah tempoh pencalonan berakhir dan hari ini perwakilan Amno dari seluruh negara akan menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Khairi, Shahrizat dan Rosnah bukanlah sehebat mana pun, Cuma digembar gemburkan dan diceritakan sebagai orang yang hebat dan berpengaruh dikalangan mereka, kalau betul mereka ni hebat dan berpengaruh buat apa susah-susah berkempen mempromosikan diri dengan melantik pengurus dan pegawai khas untuk berkempen malah sanggup menawarkan ganjaran kepada perwakilan untuk memilih mereka sebagai pemimpin.

Apakah kemenangan mereka ini boleh bertahan lama lantaran kemenangan mereka bukannya datang dari sokongan sebenar perwakilan, tetapi ada benda yang dijanjikan disebalik kemenangan yang mereka perolehi.

Bagi mereka yang menang cabaran berat sedang menanti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dan disinilah yang akan menjadi ujian sebenar kepada kepimpinan mereka yang baru dipilih.

Mampukah kepimpinan Amno yang baru ini memenangi hati rakyat di ketiga-tiga pilihanraya kecil itu nanti?

Apakah Amno akan berubah apabila berlakunya perubahan dikesemua pucuk pimpinan dalam Amno atau sekadar sebuah kereta yang bertukar pemandu sahaja sedangkan haluan dan arah tuju masih sama, cuma yang berbeza cara dan corak pemanduan saja, kalau pemandu dulu memandu dengan cermat dan perlahan mungkin pemandu baru kini tidak sabar ingin memandu dengan laju dan apakah keselamatan penumpang telah diambil kira.

Harakah dan Suara Keadilan digantung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta yang dilihat sebagai menghalang keberkesanan kempen pilihanraya kecil yang akan bermula dari 29 mac hingga 7 april akan datang.

Sekatan ini mungkin bertujuan menghalang penyebaran berita yang betul dan tepat yang tidak disiarkan oleh mana-mana sumber berita kepunyaan Amno/BN dengan harapan rakyat tidak memperolehi maklumat yang akhirnya mereka boleh menang ketiga-tiga pilihanraya kecil nanti.

Kalaulah betul begitu niat mereka, nescaya perkiraan mereka salah sama sekali kerana rakyat yang ingin mengetahui perkembangan terkini akan beralih kepada internet yang banyak menyiarkan pelbagai berita yang cepat, tepat dan terkini lagi sensasi.

Janganlah apabila tersepit dan terperangkap dengan permainan mereka sendiri maka tindakan kekerasan diambil tanpa mengemukakan hujah atau penjelasan diatas tindakan yang diambil yang menyebabkan kerajaan dianggap sebagai zalim kepada rakyat.

Mungkinkah ini permulaan tindakan Najib untuk menghapuskan amalan demokrasi dengan menyekat akhbar dan ceramah Pakatan Rakyat, tindakan yang diambil Najib kini dilihat sebagai satu persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahadir disaat-saat kejatuhan beliau dulu.

Apakah ini petanda awal kejatuhan kerajaan pempinan Amno/BN apabila Najib memilih untuk mengambil cara dan corak pemerintahan terakhir Dr Mahadir, sama-sama kita tunggu kesudahan dan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh Najib sebelum kesimpulan dapat dibuat.