Pakatan Rakyat akan menang semua Pilihan Raya Kecil

Tarikh pelihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah ditetapkan, bayak pihak mendakwa kedua-duanya tidak akan beralih tangan, rakyat masih lagi setia dengan Pakatan Rakyat untuk melihat sejauh mana khidmat yang akan dikembalikan kepada mereka.

Kini timbul pula DUN Batang Ai, SPR telah dimaklumkan kekosongannya, persoalannya adakah tarikh pilihanraya akan dibuat serentak dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kerana sebelum ini SPR begitu cepat bersuara bila ADUN Bukit Lanjan menawarkan diri untuk melepaskan jawatan.

Dijangkakan semua pilihanraya kecil yang bakal diadakan akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat ekoran pergolakan politik yang berlaku di Perak yang membuatkan semua rakyat tanpa mengira tua atau muda mula bercerita dan bercakap soal politik dan ini memberi kelebihan kepada Pakatan rakyat.

Amno Perak yang diketuai oleh Najib tersangat takut sekiranya DUN Perak dibubarkan, sehingga sanggup mengadap Sultan dan memberikan nasihat tanpa kehadiran MB (Ir Mohamad Nizar) yang berkuasa pada masa itu, sedangkan penasihat kepada Sultan adalah Menteri Besar, ini bermakna Najib telah mengambil alih kuasa MB secara tidak beradab dan tidak berperaturan serta melanggar perlembagaan Negeri Perak.

Dalam masa terdekat BN akan menambah satu lagi kerusi melalui Parlimen Pasir Mas, tetapi kehilangan itu akan diganti dengan kerusi Pensiangan yang bakal dimenangi melalui proses pilihanraya.

Walau apa pun perancangan yang dibuat, mereka tidak akan dapat mengatasi perancangan Allah, oleh itu sama-sama kita tunggu dan lihat kesudahan adakah sama dengan yang mereka rancang atau sebaliknya.

Proses Ujian Pakatan Rakyat

Nampaknya apa yang dihajati para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Perak untuk menilai sokongan rakyat negeri itu kepada mereka menjadi kenyataan apabila tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang telah ditetapkan, begitu juga dengan DUN Bukit Selambau, Kedah, kedua-duanya berada dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini kisah DUN Bukit Lanjan pula menjadi perbualan umum apabila ADUN Bukit Lanjan yang juga Exco kerajaan Selangor dikaitkan dengan isu moral yang sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu yang ingin menjatuhkan beliau khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Pulau Pinang dan Terengganu melepasi ujian setelah berjaya memenangi pilihanraya kecil yang seolah-olah memberi isyarat kepada Amno bahawa perjuangan dan sokongan terhadap mereka telah berkurangan dan makin pudar.

Kini sampai masanya untuk negeri Perak dan Kedah yang akan melalui ujian sebenar, sejauh mana sokongan yang akan diberikan oleh masyarakat kepada Pakatan Rakyat terutama dalam negeri yang ditadbir urus Pakatan Rakyat.

Apakah selepas ini akan ada lagi pilihanraya kecil di negeri yang di tadbir oleh Pakatan Rakyat, terutamanya Selangor dan Kelantan?, sama-samalah kita berdoa agar kedua-dua negeri ini dilindungi dari proses ujian yang nampaknya sedang melebar khususnya ke Selangor.

Bagi Datuk Najib, beliau akan berbuat apa saja untuk memastikan kemenangan milik BN di dua Bukit kerana beliau mahu membuktikan kepada rakyat, Amno / BN masih kuat dan diterima semua pihak. terutama kemenangan di Perak sangat bermakna bagi Datuk Najib bagi menyatakan kerajaan negeri yang beliau rampas sebenarnya atas kehendak rakyat walau tanpa melalui proses pilihanraya sebagaimana sepatutnya.

Proses ujian ini perlu ditangani dengan cermat dan berwaspada agar kejayaan yang cemerlang dapat digalas sebagai hasil yang diusahakan untuk dinikmati bersama.

Amno berebut nak jadi calon PRK Bukit Gantang

Malaysiakini melaporkan, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman sedia memikul tanggungjawab menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi parlimen Bukit Gantang.

Beliau yang juga pensyarah di Kolej Islam Perak berkata, pucuk pimpinan parti perlu memilihnya kerana sebahagian besar 19,000 ahli dari 102 cawangan Umno bahagian Bukit Gantang menyokongnya, ini berdasarkan kepada kemenangan beliau dalam pemilihan Timbalan Ketua Bahagian.

Kenyataan ini dibuat ekoran hasrat beliau untuk menjadi calon tidak mendapat sokongan Ketua Bahagian dan Ketua Pergerakan Pemuda Amno Bahagian Bukit Gantang.

Sungguh menghairankan bagaimana seorang yang menjadi pensyarah di Kolej Islam, yang boleh dianggap faham Islam meminta-minta jawatan, tidakkah beliau terjumpa hadis yang melarang sasaorang itu dari meminta jawatan?, atau kerana ingin mendapatkan jawatan, ilmu agama yang dipelajari ditolak tepi, perjuangan untuk dapat menjadi calon diutamakan.

Ketua Bahagian Amno Bukit Gantang secara terbuka memberi sokongan kepada Kamaruddin Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Amno Bahagian menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil yang dijadualkan pada 7 april nanti.

Kekecohan kini berlaku akibat perselisihan antara dua pihak, satu pihak yang terdiri dari Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dalam menentukan calon,bagaimana pun harapan disandarkan kepada MB Dr Zambry yang telah mengeluarkan kenyataan supaya calon dipilih dari kalangan masyarakat tempatan.

Apakah perselisihan ini tidak akan berlarutan atau berhenti begitu saja, atau akan adakah pulau memulau diantara dua kumpulan itu nanti setelah menjelang pilihanraya, apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

Dr Zambry dan 6 ADUN Perak digantung

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan, manakala enam lagi ADUN turut digantung selama 12 bulan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu semalam berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar dan Exco Selasa lalu.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak Sivakumar selepas selesai bersidang, perkembangan terbaru ini memberikan Perak satu lagi krisis politik selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan secara haram oleh BN.

Siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Kini satu lagi episod terbaru politik Negeri Perak yang terpaksa dihadapi oleh BN yang mungkin tidak terfikir sebelum ini oleh mereka apabila Speaker menjalankan kuasa yang ada padanya dengan menyekat kehadiran 7 ADUN dari menghadiri sidang

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN, BN tinggal 24 kerusi termasuk tiga wakil bebas yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker DUN Perak, manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi yang akan memberi majoriti kepada Pakatan Rakyat dalam sidang DUN akan datang.

Mungkin akan ada satu lagi saman di Mahkamah Tinggi oleh Dr Zambry bagi pihak BN bagi membuktikan kesahihan atau membatalkan keputusan yang diambil oleh speaker DUN Perak bersama ahli Jawatankuasanya.

Dalam masa menunggu keputusan Mahkamah yang dibawa oleh Ir Nizar dan mungkin Dr Zamby, yang menjadi mangsa kepada permainan politik sekarang adalah rakyat bawahan, pelabur juga akan lari ke negeri lain, pembangunan tidak dapat dijalankan, kebajikan rakyat tidak dapat diurus dengan sempurna.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang sengaja direka oleh BN melainkan Dr Zamby menyembah mengadap memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya kepentingan rakyat dan negeri diambil kira.

Mengejar cita-cita yang tiada kesudahan

Buletin utama TV3 menyiarkan sebahagian gambar muka Elizaberth Wong sedang tidur untuk membuktikan kesungguhan Amno melalui TV3 bagi menjatuhkan maruah dan martabat seorang manusia dengan menghalalkan cara walau bercanggah dengan perinsip kebebasan.

Perkara yang belum pasti telah diperbesarkan oleh TV3, kain terselak dan kaki terkangkang, istilah “ter” yang disebutkan pembaca berita sebagai tidak sengaja atau ada individu lain yang sengaja menyelak kain ketika tidur dan mengambil gambar.

Jadi betulkah cerita Elizaberth Wong tidur bogel sebagaimana yang digembar gemburkan oleh media? Sedangkan berita TV3 menyebut cuma kain terselak, ini bermakna Elizaberth Wong masih memakai kain dan bukannya tidur berbogel, mungkin sesetengah orang menjadi perkara biasa kalau tidur terkangkang ke, tertiarap ke atau tertonggeng ke kerana semasa tidur sesaorang itu tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Mungkin akibat dari ketiadaan isu untuk dibangkitkan, namun nama hendak juga dinaikkan dimata perwakilan terutama menjelang pemilihan Amno, tanpa segan silu pembawa cerita ini sanggup menghebohkan gambar orang sedang tidur bagi mengaib dan menghina serta menjatuhkan maruah sasaorang tanpa merasa kesal, yang penting bagi mereka apa yang dihajati tercapai.

Dihukum sebelum bicara

Bekas MB Selangor, Khir Toyo mahu Elizabeth Wong letak jawatan exco dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan ekoran pendedahan gambar separuh bogelnya, sebagaimana yang disiarkan melalui buletin utama TV3 malam ini.

Begitu sensitifnya Khir Toyo bila ada isu yang mengaibkan wakil rakyat terutama dari Pakatan Rakyat, sedangkan polis masih belum memulakan siasatan terhadap isu tersebut tetapi Khir Toyo sudah menjatuhkan hukuman terhadap Elizabeth Wong dengan meminta beliau meletakkan jawatan.

Kalau betul Khir Toyo begitu sensitif terhadap isu sebegini mengapa beliau berdiam diri apabila melibatkan Chua Soi Lek dan Jamalidin Jarjis. Mengapa digembar gemburkan tentang gambar Elizabeth Wong yang dirakam semasa tidur, tidakkah tidur itu boleh diibaratkan sebagai tidak sedarkan diri atau boleh dikatakan separuh dari mati.

Mengapa Khir Toyo tidak meminta Chua Soi Lek yang masih memegang jawatan timbalan Presiden MCA dan Jamalidin Jarjis Ahli Majlis Tertinggi Amno, yang juga Ahli Parlimen Rompin, Pahang meletakkan jawatan masing-masing diatas kesalahan yang dilakukan secara sedar dan melibatkan orang kedua.

Mungkin kerana kehilangan kuasa yang menyebabkan Khir Toyo begitu sensitif dan meroyan, jadi kepada pengundi Khir diingatkan supaya memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang dengan harapan Khir Toyo akan lebih sensitif dan bertanggung jawab terutama kepada seluruh rakyat selangor.

Tetapi ayang yang dapat diperhatikan Khir Toyo hanya ingin dilihat sebagai hero dalam masyarakat supaya beliau boleh menarik perhatian perwakilan Pemuda Amno untuk memilih beliau dalam pemilihan Amno yang dijadualkan pada mac nanti.

Siapa sebenarnya yang berkuasa

V. Arumugam Adun Bukit Selambau telah menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Exco dan Adun yang memberi ruang kepada berlakunya pilihanraya kecil , masaalahnya adakah SPR akan menerima perletakan jawatan yang dibuat oleh V.Arumugam ini sebagai mana yang dilakukan kepada Adun Changkat Jering dan Behrang di Perak. Apa pun kita tunggu keputusannya nanti.

Walau apa pun keadaan dan situasi, peluang menjadi pemimpin telah terbuka, begitulah juga dengan peluang memilih pemimpin, terserah kepada mereka yang layak berbuat demikian, oleh itu pilihlah pemimpin yang benar-benar beramanah, bermaruah dan bertanggung jawab untuk menjadi pemimpin yang akan menjaga kebajikan rakyat.

Rakyat diberi peluang untuk memilih pemimpin apabila tiba pilihanraya umum atau pilihanraya kecil secara bebas dan telus, tetapi apa yang terjadi kini pemimpin yang diberi kuasa oleh rakyat mengugut dan menekan rakyat yang membuatkan rakyat takut kepada pemimpin yang mereka pilih.

Sesetengah pemimpin yang diberi kemenangan oleh rakyat telah mula pindah jauh dari rakyat yang memilih mereka dan berkira-kira untuk mendapat kemewahan dan kesenangan untuk diri sendiri, sedangkan rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin sudah dilupakan bersama-sama janji manis semasa pilihanraya.

Oleh itu kita perlu sedar siapa sebenarnya yang berkuasa di negara kita, rakyat yang mengundi untuk menaikkan pemimpin yang kemudiannya digelar “Yang Berhormat” atau pemimpin yang dipilih oleh rakyat yang akan tamat tempoh bila tiba masa.

Jadi usah dirisaukan kerana pilihanraya tetap akan diadakan bila tiba masa, pemimpin boleh ditukar sebagai memberi pengajaran kepada pemimpin yang leka, pemimpin yang baru diberi peluang menjalankan amanah serta tanggung jawab, andaikata pemimpin yang baru juga tidak memenuhi hasrat pengundi mereka boleh ditukar bila tiba masanya.

Satu Lagi Pilihanraya Kecil

Amno yang menguasai BN dan menerajui negara merasa tidak bersalah diatas apa saja tindakan yang dilakukannya walaupun diketahui menyalahi undang-undang dan peraturan yang akhirnya menyebabkan pergolakan politik tidak menentu khasnya di Perak dan Malaysia amnya.

Semua pergolakan , penentangan dan tunjuk perasaan di Perak kini berpunca dari tindakan melulu Najib yang ingin memulihkan kepercayaan penyokongnya menjelang pemilihan Amno mac nanti supaya beliau dianggap sebagai wira apabila dapat mengembalikan kerajaan Perak kepangkuan BN walau dalam apa cara sekali pun.

Hari ini pergolakan yang belum tentu masa kesudahan telah dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Adun PKR yang juga Exco Negeri Kedah hasil dari tekanan dan ugutan oleh pihak tertentu juga akan menyaksikan pelihanraya kecil diadakan, dari rakyat dia datang dan kepada rakyat dikembalikan, tahniah dan syabas kerana membuat pilihan yang bijak.

Tidak terhenti disitu kini muncul pula berita kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak pula menyusul, ucapan takziah dan alfatihah dilafazkan kepada keluarga YB Roslan Shaharum, semuga rohnya ditempatkan bersama-sama para sholihin serta mendapat keampunan dan keredhaan Allah.

Semua ini memberi cabaran kepada Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran dan percaturan politik kini, usaha dan perancangan jahat yang sedang dimainkan oleh Amno yang diketuai oleh Najib yang berusaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak mengiktiraf amalan demokrasi dan pilihan rakyat apabila tidak memihak kepada pakatan mereka.

Sepatutnya Najib memikirkan bagaimana untuk membangunkan negara yang sedang ditimpa kegawatan ekonomi yang menyaksikan pemberhentian pekerja secara beramai-ramai, dimanakah slogan selamat aman makmur yang dijanjikan semasa kempen pilihanraya umum ke 12 lalu? Apakah Najib hanya memikirkan serta mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat sahaja tanpa memikirkan pembangunan negara.

Kini satu kerusi DUN Kedah dan satu kerusi Parlimen Perak akan meyaksikan pilihanraya kecil sekali lagi berlaku yang akan menjadi kayu pengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada Pakatan rakyat atau betulkah rakyat kini telah mula menyokong agenda melayu sebagaimana yang disebutkan oleh pemimpin Amno.

Amno yang ketandusan Isu

Hampir setahun PRU12 berlalu tetapi sehingga kini belum nampak lagi usaha pembangunan dan janji-janji pilihanraya oleh pemimpin BN akan dilaksanakan, yang ada cuma meniru idea Pakatan Rakyat.

Mereka sebenarnya bukan tau buat kerja hanya sekadar meminta ketua-ketua jabatan atau agensi kerajaan mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan, sekiranya sesuai dengan pemikiran mereka akan diteruskan, jika cadangan itu berjaya dari segi politik dan ekonomi maka pegawai yang memberi cadangan tadi mendapat habuan dan kenaikan pangkat.

Apa yang dapat disaksikan kini kerajaan Amno/BN hanya sedang berusaha untuk menjatuhkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP dengan menimbulkan berbagai isu, sedangkan usaha dan tanggungjawab sebenar kerajaan adalah membangunkan negara dan negeri supaya rakyat dapat hidup aman, selesa dan ceria.

Sampai bila kerajaan Amno/BN nak cari salah orang lain, terutama yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, adakah sehingga menjelang PRU 13?, sedangkan salah sendiri lagi banyak yang rakyat boleh nampak atau mereka sengaja membangkitkan isu untuk menutup kelemahan, kesilapan dan kesalahan sendiri.

Dimulai dengan isu babi di Selangor kemudian di Kedah sedangkan isu babi telah lama diperkatakan di Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ada yang sanggup menggantung kepala babi di pagar rumah

Isu budak tabika di Perak, Selangor dan terbaru di Pulau Pinang mendapat liputan meluas dari media, begitu juga kisah lembu di Selangor dan dakwaan exco Kedah mempunyai isteri yang tidak sah, episod melompat parti dari BN ke PKR dan dari PKR kepada BN juga hangat diperkatakan yang membuatkan ada diantara pimpinan parti tersungkur dan ada yang tidak dapat melelapkan mata ekoran mainan dan perlawanan dalam episod yang baru bermula.

Semuanya ini dilihat sebagai langkan Amno untuk mengembalikan kedudukan dan kegemilangannya setelah tercalar ekoran kekalahan beberapa buah negeri dalam pilihanraya umum ke 12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh serta Kuala Terengganu.

Ingatlah bukan Amno sahaja yang merancang untuk menjatuhkan PR, Pakatan Rakyat juga merancang untuk mempertahankan diri dan sebaik-baik perancangan adalah dari Allah.

Tiada Pilihanraya Kecil DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi telah memutuskan dua kerusi ADUN Perak yang didakwa kosong masih lagi kekal disandang oleh wakil rakyat PKR yang diwakili oleh Mohd Osman bagi DUN Changkat Jering dan Jamaludin Osman DUN Behrang.

Oleh itu tiada pilihanraya kecil (PRK) bagi DUN Behrang dan Changkat Jering sebagaimana yang dijangkakan.

Semalam Jamaludin dan Mohd Osman menafikan sekeras-kerasnya yang mereka telah meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan turut menafikan penyerahan surat perletakan jawatan kepada speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jamaluddin dan Mohd Osman semalam turut menyatakan akan kembali bertugas seperti biasa selepas bercuti sakit dan cuti hujung minggu.

Kekalutan ini berlaku ekoran berita kehilangan mereka berdua selama beberapa hari dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 januari yang lalu, juga dikatakan mereka berura-ura untuk meninggalkan PKR dan Pakatan Pakyat.

BN Kempunan

Berita TV3 malam ni telah mengumumkan perletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa hilang sejak beberapa hari lalu, surat perletakan jawatan telah disampaikan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Perak dikediamannya petang tadi, sementara itu speaker akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi dalam masa terdekat.

Kedua-dua ADUN berkenaan ialah Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering).

Pak Lah sebelum itu mengharapkan mereka menyertai BN, namun harapan itu tidak menjadi kenyataan apabila kedua-duanya melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan dan pemilihan.

Tindakan mereka ini tidak lain kerana tekanan yang dihadapi berikutan isu rasuah melibatkan kelulusan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Sri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Kini satu lagi pilihanraya kecil bakal berlaku bagi menguji sejauh mana penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat setelah diuji di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pilihanraya kecil ini juga merupakan tempat menguji pengarah pilihanraya BN yang baru yang bakal diketuai oleh Timbalan Presiden Amno setelah Najib mengambil alih kuasa sebagai PM, juga sebagai tempat menilai sejauh mana penerimaan rakyat terhadap BN dibawah Dato Najib dan timbalannya.

Kecelaruan dalam Amno

Berbagai andaian telah dibuat kepada Pak Lah ekoran tindakan beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Amno malahan bersediai mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Kepala Batas.


Tindakan ini mengakibatkan ramai dari kalangan masyarakat bercakap dan membuat andaian serta pertanyaan mengenai pendekatan yang akan diambil oleh Pak Lah setelah tidak lagi menjadi Presiden Amno selepas Perhimpunan Agung Amno bulan Mac nanti, tidak sebagaimana lazim yang dilakukan oleh bekas-bekas Presiden Amno yang lalu.


Ramai yang mengharapkan Pak lah tidak melepaskan jawatan PM selepas mac nanti, termasuklah Presiden PAS kerana plan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib sebenarnya akan berakhir bulan oktober nanti, oleh itu Pak Lah yang masih memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian akan terus memegang kuasa pemerintahan negara sebagai PM sedangkan Najib akan memegang jawatan Presiden Amno, sebagaimana yang berlaku kepada MB Perlis yang tidak memegang Pengerusi Perhubungan Amno Negeri.

Ada juga yang mengatakan Pak Lah akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan setelah Najib mengambil alih kuasa pemerintahan sebagai mengenang budi kerana kesudian Pak Lah mengundurkan diri lebih awal dari plan peralihan kuasa sebenar.

Ada juga yang beranggapan Pak Lah tidak akan diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet Najib, malah kedudukan Pak Lah dalam dewan akan diletakkan dibarisan belakang, mungkin sebaris dengan Ku Li sebagai ahli parlimen biasa yang hanya berperanan sebagai pemerhati kepada sidang dewan dan mencukup korum sahaja.

Kedengaran juga yang mengatakan Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai MP Kepala Batas kerana tidak sanggup merasa terhina dengan tindakan yang dilakukan oleh Najib, sebagaimana yang terjadi kepada Allahyarham Tengku Abd Rahman yang sanggup melawan Tun Husin, kemudian Allahyarham Tun Husin menyanggah Mahadir dan Tun Mahadir melawan Pak Lah, kini giliran Pak Lah pula yang akan menyanggah tindak tanduk yang akan dilakukan oleh Najib.

Jika sekiranya betul Pak lah akan melepaskan jawatan sebagai MP Kepala Batas maka satu pilihanraya kecil akan berlaku, dalam keadaan sekarang mood pilihanraya masih lagi memihak kepada Pakatan Rakyat dan bakal menyaksikan satu lagi kerusi perlimen akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Sama-sama kita tunggu apakah yang akan dilakukan oleh Najib bagi menghentikan kecelaruan dalam usaha memulihkan Amno, berjayakah nanti usaha yang akan dibuat oleh Najib? Apakah tidak ada penentangan dari Pak Lah? Apakah tiada kritikan dari calon-calon yang tewas dalam pertandingan? Semuanya akan terjawab setelah kuasa berada ditangan Najib mac nanti.