Sibu Milik DAP

Keputusan rasmi PRK Sibu
DAP : 18845 undi
BN : 18447 undi
Bebas : 232 undi

Majoriti : 398 undi

Isu pembangunan yang sering dibawa BN setiap kali pilihan raya kecil tidak sedikit pun mendapat perhatian penduduk Sibu.

Penyiaran ahli PKR keluar parti beramai-ramai yang dimainkan oleh media milik kerajaan juga tidak memberi kesan kerana yang bertanding bukan PKR tetapi DAP.

Fitnah dan Mengata Rutin Harian

Kerana ingin menang dalam pilihan raya kecil Sibu pemimpin Umno/BN semakin tidak ketahuan yang jelas tidak dapat mebezakan yang mana program parti Umno/BN dan yang mana program yang dianjurkan oleh kerajaan.

Bukan sekadar pemimpin Umno/BN malahan seluruh jentera kerajaan yang disokong oleh media eletronik kerajaan telah menyiarkan program-program tanpa memperdulikan samaada program itu program bersifat kepartian atau program anjuran kerajaan semuanya menjadi bahan laporan dalam media kerajaan utamanya dalam berita jam 5.

Betira jam 5 yang disiarkan oleh TV1 yang kebetulan saya mengikutinya semalam adalah merupakan sebuah laporan kegiatan parti BN seluruh negara untuk tatapan rakyat Malaysia yang seolah-olah memaksa para menonton mengikuti laporan aktiviti BN seluruh negara.

Begitulah keadilan yang ditunjukkan oleh media penyiar dalam sebuah negara yang mereka namakan sebagai demokrasi, laporan yang penuh dengan kata mengata kepada parti yang mereka sebut sebagai pembangkang tetapi dalam masa yang sama mereka lupa, rupa-rupanya BN juga sebuah parti pembangkang dibeberapa buah negeri.

SPR menghalang parti-parti yang tidak bertanding memasang bendera atau poster, Ketua Polis sarawak pula memberi amaran kepada parti politik yang bertanding supaya tidak membangkitkan isu agama bila berkempen, dan macam-macam lagi sekatan, tekanan yang dikenakan kepada parti yang bertanding menentang BN setiap kali ada pilihan raya kecil.

Apabila DAP membandingkan pembangunan Pulau Pinang dan Sarawak, Ketua Menterinya suruh buka mata nilai Sarawak sama besar dengan semenanjung, kalau dah tau tak mampu nak bangunkan negeri jangan dok jaja isu pembangunan, tapi dalam masa yang sama dabik dada kunun BN saja yang dapat bangunkan Sarawak. Cakap tak serupa bikin.

Perkataan fitnah, mengumpat, mengata dan mencari telah menjadi amalan, rutin harian kepada Umno/BN yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan proses pengundian dalam pilihan raya kecil Sibu.

Umno Nak Halalkan Judi

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk member lessen judi bola sepak sempena kejohanan piala dunia bulan jun nanti kununnya untuk membendung, membenteras dan mengawal judi haram.

Mungkin itulah fahaman yang diterapkan oleh ajaran Islam Hadari yang telah diperkenalkan sehingga tidak dapat mengenal yang mana haram dan yang mana halal. Walau apa jua alasan yang diberikan untuk menghalalkan judi, ia tetap haram menurut Islam.

Kalau ye pun nak menambah kewangan negara yang sedang kekeringan jangan lah menggunakan cara yang salah, cara yang haram kerana kewangan yang diperolehi akan disatukan yang akhirnya diguna untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dari hasil yang haram.

Sungguh malang kalau kita hanya memandang duit semata-mata tanpa mengambil kisah dari mana punca ia datang. Jika begitulah pegangan yang sentiasa difikirkan nescaya rasuah tidak akan terhapus, penyakit sosial akan bertambah parah.