Keputusan pemilihan sayap Amno telah diketahui umum yang mana Pergerakan Pemuda diterajui oleh Khairi Jamaludin, Pergerakan Wanita bertukar kepada Shahrizat Abd Jalil manakala Puteri UMNO disandang oleh Rosnah Abdul Rashid.
Najib memenangi jawatan Presiden Amno tanpa bertanding setelah tempoh pencalonan berakhir dan hari ini perwakilan Amno dari seluruh negara akan menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Khairi, Shahrizat dan Rosnah bukanlah sehebat mana pun, Cuma digembar gemburkan dan diceritakan sebagai orang yang hebat dan berpengaruh dikalangan mereka, kalau betul mereka ni hebat dan berpengaruh buat apa susah-susah berkempen mempromosikan diri dengan melantik pengurus dan pegawai khas untuk berkempen malah sanggup menawarkan ganjaran kepada perwakilan untuk memilih mereka sebagai pemimpin.
Apakah kemenangan mereka ini boleh bertahan lama lantaran kemenangan mereka bukannya datang dari sokongan sebenar perwakilan, tetapi ada benda yang dijanjikan disebalik kemenangan yang mereka perolehi.
Bagi mereka yang menang cabaran berat sedang menanti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dan disinilah yang akan menjadi ujian sebenar kepada kepimpinan mereka yang baru dipilih.
Mampukah kepimpinan Amno yang baru ini memenangi hati rakyat di ketiga-tiga pilihanraya kecil itu nanti?
Apakah Amno akan berubah apabila berlakunya perubahan dikesemua pucuk pimpinan dalam Amno atau sekadar sebuah kereta yang bertukar pemandu sahaja sedangkan haluan dan arah tuju masih sama, cuma yang berbeza cara dan corak pemanduan saja, kalau pemandu dulu memandu dengan cermat dan perlahan mungkin pemandu baru kini tidak sabar ingin memandu dengan laju dan apakah keselamatan penumpang telah diambil kira.
Comments :
Post a Comment