Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang mengkaji mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh rakyat untuk pengangkutan termasuk mengenakan kadar tol yang tidak membebankan.
Menurut Perdana Menteri, langkah itu adalah selaras dengan pengumumannya semalam untuk memberikan diskaun 20 peratus kadar tol kepada pengguna SmartTag dan Touch ‘n Go yang menggunakannya 80 kali sebulan mulai 1 September ini. Utusan
Tapi bagaimana pula dengan pengguna yang membayar secara tunai? Adakah mereka juga akan diberikan diskaun, mengapa SmartTag dan Touch’n Go sahaja yang diberikan diskaun, adakah kerana mereka terdiri dari kalangan orang yang berada, jika tidak boleh dihapuskan sepenuhnya tol, mengapa tidak diturunkan keseluruhanya yang akan dinikmati oleh semua pengguna lebuhraya bertol.
Pengumuman pemberian diskaun 20 peratus kadar tol bukanlah penyelesaian kepada bebanan rakyat kerana ianya hanya dinikmati oleh sesetengah golongan sahaja.
Kenaikan memdadak insuran kenderaan bermotor juga perlu ditangani dengan cara yang bijak kerana kini ia menyumbang kepada kenaikan kos pengangkutan.
Setelah diteliti dan difikirkan berkali-kali, adakah 11 perkara yang telah diumumkan oleh Najib itu sebagai hadiah atau sememangnya peranan dan tanggung jawab kerajaan yang memerintah menghulurkan bantuan serta kebajikan untuk dinikmati oleh rakyat .
Biasanya kalau dinamakan hadiah semuanya percuma, oleh itu mengapa penyewa Program Perumahan Rakyat di wilayah perlu membayar rumah yang mereka duduki, cukuplah dengan mengambil kira jumlah sewa yang telah dibayar sebelum ini kalau Najib betul-betul ingin memberi hadiah dan bukan sekadar mencari populariti diri yang telah lama tercalar.
Comments :
Post a Comment