Pemimpin Umno Yang Suka Berbohong

Pemimpin Umno sedikit pun tidak merasa malu atau segan kepada diri sendiri setiap kali mereka menipu rakyat, menipu penyokong mereka sendiri dan menipu ahli parti mereka sendiri dengan mengatakan Malaysia Negara Islam, Umno Parti Islam dan perjuangan Umno berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Mungkin mereka menganggap diri mereka sudah standing dengan ulama-ulama tersohor zaman dulu atau sudah standing dengan ulama yang mengamalkan ajaran Islam sekarang tanpa memikirkan keperluan atau perkara-perkara yang perlu dipenuhi untuk mengistiharkan Negara Islam.

Rakyat seharusnya sedar dengan permainan pimpinan Umno yang mengguna agama untuk mencapai tujuan politik mereka, ini terbukti apabila Umno atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memperjuangkan kebangsaan dan melayu, yang mana melayu telah ditetapkan sebagai beragama Islam, tetapi dalam Pertubuhan Melayu ini terdapat orang asli, khadazan yang kebanyakannya masih belum memeluk Islam,

Kalau dalam parti yang mereka kuasai sepenuhnya, semua cakap pemimpin mereka diterima bulat-bulat, tanpa bahas ( yes Sir ) pun masih belum boleh dilakukan perubahan untuk mengislamkan ahlinya, masakan mereka boleh mengislamkan negara Malaysia.

Rakyat juga harus sedar bahawa pemimpin Umno hanya mengutamakan pembangunan dunia, mungkin kecintaan mereka kepada pembangunan akhirat berada ditahap minimum,ini boleh dilihat apabila mereka menarik balik peruntukan kepada sekolah agama rakyat, menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Malah pemimpin Umno mempersendakan dan mempermainkan hukum hudud dengan kata mereka “kalau nak makan sup tangan pilah ke Kelantan”, “Boleh melacur sekiranya terpaksa”

Dimanakah kedudukan sistem Muamalat, Munakahat, Ibadah dan Jinayah yang menjadikan kesyumulan Islam?

Sekarang siapa yang tidak inginkan Islam atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah walaupun telah lima puluh tahun merdeka.

Jangan Pisahkan Politik dan Agama

Mengundi BN yang berlambangkan dacing samalah juga dengan mengundi Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, SAPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS.

Melayu yang mengaku Islam yang mengundi BN bermakna telah memisahkan politik dan agama ( Politik suku dan Agama suku ).

Kerana Umno mengamalkan semangat kebangsaan dan memperjuangkan kebangsaan bersesuaian dengan namanya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".

Bagi yang mengaku Islam tinggalkanlah Umno yang sangat tidak berkehendak kepada perjuangan Islam sebenar.

Berubahlah Sementara Masa Masih Ada

Rakyat yang berada dalam kesempitan hidup akibat kegawatan ekonomi dan keselamatan yang tidak terjamin telah memilih untuk melihat perubahan, beberapa buah negeri telah dapat kita kuasai setelah mereka berpuas hati dengan janji yang telah dikemukakan semasa kempen.

Bagi kita yang berhadapan dengan rakyat banyak mendengar rintihan mengenai ketidak prihatinnya wakil rakyat kita kepada rakyat yang diwakilinya, kalau dulu kita mencemuh YB BN yang tidak tinggal dikawasan sendiri tetapi nampaknya YB kita juga tidak jauh bezanya walaupun tinggal dikawasan sendiri tetapi kurang berdampingan dengan pengundi yang diwakili, jangan hanya apabila dekat dengan pilihanraya baru nak turun jumpa rakyat.

Sikap pentingkan diri perlu dibuang kerana mereka yang menjadi YB bukan dinilai kepada individu tetapi dinilai kepada parti yang diwakili oleh itu perlunya mereka yang bergelar YB khasnya dan pimpinan parti disemua peringkat supaya turun kebawah untuk berkhidmat kepada rakyat atau dengan kata lain menjadi orang suruhan kepada rakyat.

Selaras dengan tema Negara Berkebajikan sepatutnya agenda membela rakyat didahulukan tanpa mengira kaum dan agama mereka agar ucapan atau kata-kata yang menyamakan antara Unmo dan Pakatan Rakyat dapat dihapuskan dari bersarang diminda rakyat.

Sementara masih ada masa, ayuhlah sahabat! Terimalah hakikat yang Umno sudah kedepan dengan selogan 1 Malaysia.

Jadilah ahli atau pimpinan yang kurang bercakap dan banyakkan bekerja, tinggalkan sikap suka menghentam sesama sendiri dan suka mencari kesalahan orang lain, berubahlah semasa peluang dan masa masiah ada terutama kepada pimpinan diperingkat cawangan dan kawasan.

Tahniah Buat Jentera Pilihan Raya PAS

Tahniah buat semua jentera pilihanraya kecil Pas Bagan Pinang yang telah bertungkus lumus menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Usaha ikhtiar penentu takdir.

Kekalahan pilihan raya bukan bererti kalah dalam menyebarkan syiar Islam, pejuang tiada erti putus asa, bermuram durja, menang dan kalah perkara biasa, malah telah 12 kali pilihan raya umum kita lalui, malah pejuang tetap istiqamah dalam menjalankan kerja, tiada habuan lumayan, tiada janji kesenangan, kerana agama tetap diteruskan, semuga mendapat keredhaan Ilahi.

Peluang PAS Cerah

PAS kini dilihat mampu untuk membuat kejutan dalam usaha menumbangkan Umno /BN didalam kubu kuat Umno yang dipimpin oleh seorang yang pernah digugurkan dari perti mereka sendiri.

Dengan meletakkan harapan kepada undi pos sebagai tali hayat dan populariti Isa samad, Umno/BN begitu yakin akan kemenangan berpihak kepada mereka, namun hakikatnya pengundi melayu adalah penentu kepada kemenangan.

Pengundi pos mewakili 32% dari jumlah pengundi melayu yang mewakili 63% keseluruhan jumlah pengundi , manakala pengundi Cina dan India juga mewakili 32% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang, baki pengundi melayu yang perlu diberi perhatian adalah sebanyak 31% sebagai penentu kemenangan kepada pakatan rakyat, bermakna kedudukan kini seimbang.

Oleh kerana itulah Umno/BN cukup rasa tertekan, ditambah pula dengan saranan PM yang ingin melihat supaya Bagan Pinang tidak jatuh kepada pakatan rakyat tanpa mengira jumlah majoriti.

Bermula dari situlah SPR mula membuat peraturan sendiri, bahan kempen selain dari Pas tidak boleh dipasang, aduan senarai berganda tidak dihiraukan dan akhirnya mengguna senarai nama pengundi lain dari yang telah dibekalkan kepada calon.

Petugas Umno pula mula berani melakukan apa saja yang tindakan yang difikirkan perlu untuk menghalang kemaraan kempen Pakatan Rakyat seolah-olah telah ada perancangan rapi, kalau betul mereka menguasai keadaan nescaya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian.

Sama-samalah kita tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya, sekiranya pengundi melayu memihak kepada Pakatan Rakyat nescaya Umno/BN menuju kejatuhan di zon selatan.

Undi Pakatan Bererti Memilih Kesenangan

Akibat dari rasa tertekan dengan isu yang dimainkan oleh pakatan rakyat di Bagan Pinang juga tekanan sebagai pengarah pilihan raya membuatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mengalih perhatian masyarakat kepada negeri Kelantan dengan mendakwa kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas.

Mungkin TPM tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak pembangunan pesat di Bandar Kota Bharu, kalau sesiapa yang pernah pergi ke Kelantan boleh membezakan Kelantan dahulu dengan sekarang, lihatlah sepanjang jalan terdapat rumah-rumah banglo yang banyak sehingga ada yang membinanya dalam sawah padi, akibat kekurangan tanah tapak rumah, Lapangan terbang sulatan Ismail diperbesarkan, orang miskin tak naik kapal terbang, ini semua menunjukkan negeri Kelantan yang kaya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun.

Kelantan termasuk juga salah sebuah negeri dalam Malaysia, jadi tidak secara langsung TPM telah mengakui Kelantan juga negeri maju standing dengan lain-lain negeri yang diperintah oleh BN.

Jika Bagan Pinang dan seluruh NSDK ingin melihat kemajuan berilah kemenangan kepada pakatan rakyat, kerana negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat akan mendapat dua projek pembangunan, pertama oleh kerajaan negeri yang memerintah dan kedua oleh kerajaan pusat yang ingin mengambil hati pengundi, jadi negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat akan lebih maju dan makmur.

Ini boleh dibuktikan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan pusat khusus untuk pembangunan negeri yang diperintah pakatan rakyat. Penubuhan JPP itu sendiri telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri tersebut, oleh itu menangkan pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Taktik Kotor BN

BN / Umno akan terus menggunakan taktik kotor dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Ini ekoran BN / Umno yang cukup tertekan dalam usaha mempertahankan kemenangan sebelum ini dari dirampas oleh PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, bagi PAS kemenangan tetap dicari, sekiranya dapat ia merupakan bonus yang akan mendekatkan jurang perbezaan kerusi Dun di NSDK.

Oleh itu petugas Pakatan Rakyat hendaklah berhati-hati dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, jangan sampai tindak tanduk dapat diputar belitkan oleh BN yang berada dalam kesempitan sekarang.

Bagi BN mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej Pakatan Rakyat terutama PKR dan PAS, Agensi kerajaan akan terus diguna termasuk yang terbaru Hospital dan TV3 digunakan untuk menunjukkan bagaimana Abdul aziz terbaring di Hospital selepas 24 jam, pukul hari ini, esok baru sakit, hebat Aziz boleh tahan kesakitan sehingga 24 jam.

Besar kemungkinan pelakon utama Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan digunakan oleh BN untuk meraih sokongan pengundi di Bagan Pinang yang akan memburuk-burukkan Dato Sri Anuar dan PKR .

Isu YDP MAIPP sengaja diperbesarkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya dengan tujuan untuk menjatuhkan kewibawaan Lim Guan Eng tetapi sebenarnya telah menjatuhkan maruah dirinya sendiri kerana tempoh tugas beliau akan tamat tempoh pada 31 Disember ini, mana boleh ada dua YDP MAIPP dalam satu masa.

PAS ditentang BN

Pilihan raya Dun Bagan Pinang menyaksikan satu lawan satu antara PAS melalui calonnya Zulkefly Mohamad Omar dan BN pula meletakkan calon kitar semula Tan Sri Isa Samad, pengumuman mengenainya telah dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang Abdul Wahab Samsudin.

Dengan kelebihan undi pos yang selalunya berpihak kepada BN, menjadi satu cabaran kepada pakatan rakyat dalam menghadapi lawan utama BN dan agensi kerajaan serta undi pos bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang.

Dalam pemilihan Umno Isa Samad sanggup mengeluarkan peruntukan untuk mendapatkan jawatan Naib Presiden yang akhirnya diketahui, dilaporkan dan akhirnya didapati bersalah, apakah mungkin taktik yang sama juga akan diguna untuk meraih undi?

Pertembungan Musuh Tradisi

Bermula dengan amaran oleh SPR supaya parti-parti lain selain dari PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat tidak memasang dan menaikkan bendera dengan alasan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ini bermakna hanya logo yang berlambangkan PAS sahaja yang dibenarkan berada serta menghiasi kemeriahan pelihan raya kecil Bagan Pinang, manakala lambang parti keadilan dan DAP tidak dibenar sama sekali berada dan berkibar menghiasi bumi Bagan Pinang, dengan kata lain hanya PAS yang akan berlawan dengan BN (bukan Umno), Umno belum pernah bertanding dalam pilihan raya menggunakan lambang sendiri.

Walaupun yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah pertembungan musuh tradisi PAS Umno, namun yang menjadi sasaran adalah ketua umum PKR Dato Sri Anuar Ibrahim yang mendapat ulasan panjang dalam siaran berita TV1 malam ini.

Bagi Umno kelebihan penguasaan kepada media digunakan sepenuhnya untuk menyerang siapa saja yang cuba menentang mereka walaupun penamaan calon hanya akan berlaku besok dan tempoh berkempen akan berlaku setelah proses penamaan calon selesai tetapi tanpa segan, tanpa rasa bersalah media diguna untuk kepentingan mereka.

Semua tindakan yang dilakukan adalah semata-mata untuk meraih undi tentera supaya tidak lari kepada pakatan rakyat, ditambah pula Umno yang tidak mempunyai peluang untuk menyerang calon PAS yang amat berwibawa.

Banyak lagi mainan yang akan dimainkan oleh agensi kerajaan bagi membantu kemenangan BN di Bangan Pinang sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam siri pilihan raya kecil lalu, terutamanya serangan terhadap Dato Sri Anuar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).