Hukum Sebat Belum Lagi Hudud

Kartika Sari Dewi Sukarno seorang model yang sepatutnya menjalani hukuman sebat akibat kesalahan minum arak terpaksa ditangguhkan atas arahan Peguam Negara kerana masalah teknikal.

Ini baru hukum sebat yang dihajatkan oleh pesalah bukan lagi pelaksanaan hukum Hudud, dah riuh rendah media termasuk pemimpin politik yang menggubal undang-undang membuat ulasan.

Persoalannya adakah hukuman yang diterima oleh Kartika itu memenuhi hukum syarak, tidakkah kesalahan ketas peminum arak boleh dikenakan antara 40 hingga 80 rotan.

Dulu ada pemimpin Umno yang minum arak, mabuk dan meraba, tetapi tiada tindakan diambil.

Sebenarnya dalam sistem Umno nampak saja Islam tetapi tidak Islam dan dalam perdebatan mengenai kes Kartika sekarang nampak seolah-olah cuba untuk menjatuhkan kewibawaan mahkamah syariah, sepatutnya semua pihak terutama penggubal dasar (Yang Berhomat) cuba sedaya upaya mengatasi kelemahan yang ada dan memperbaiki kepincangan yang ada agar mahkamah syariah dapat dimantopkan.

Untuk tujuan apa Hisamudin (H1) menyatakan tiada jurusebat? Apa gunanya Najib (N1) menyarankan supaya dibuat rayuan kepada hukuman yang telah dijatuhkan sedangkan Kartika sudah memilih hukuman sebat, adakah kerana hukuman sebat dilaksanakan maka kerajaan tidak mendapat wang.

Nampak sangat tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengatasi kekurangan dalam melaksanakan hukum syariah terutama untuk melantikl dan melatih juru rotan syariah, sedangkan dalam soal memungut wang kerajaan cukup cekap dengan menubuhkan Pusat Kutipan Zakat dan sebagainya.

Sebab itulah masyarat yang mengaku Islam perlu ditarbiah dan rela diri mereka menerima tarbiah, agar kefahaman dengan ilmu agama Islam itu wujud, supaya kekeliaruan tidak timbul dikemudian hari.

Permatang Pasir Milik PAS

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Permatang Pasir kerana mengekalkan sokongan dan memberi kepercayaan kepada parti PAS untuk melaksanakan agenda yang masih tertangguh di Permatang Pasir.

Tahniah juga ditujukan kepada semua petugas yang bertungkus lumus untuk memenangkan calon PR dari Pas Ust Mohd Salleh Man di Permatang Pasir. Serangan yang hebat dari jentera Umno/BN yang terpaksa menggunakan semua media yang dimiliki oleh kerajaan atau media swasta namun petugas PR masih mampu menghadapainya dengan kesungguhan dan keikhlasan tanpa meminta imbuhan diatas kerja buat selama di Permatang Pasir.

Kemenangan tersebut meluruhkan segala rasa letih lesu dan lenguh lumpuh petugas dan dapat pula menarik nafas lega

Selamat kembali kehalaman masing-masing, semuga perjalanan yang jauh mahu pun dekat dilindungi Allah.

Kadar Zakat Fitrah

Kadar Zakat Fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009 (kecuali Kelantan)

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7.00

Terengganu – RM5.00, RM7.00 dan RM8.00

Johor – RM5.oo dan RM7.50

Sabah – RM6.60

Negeri Sembilan – RM6.50

Melaka – RM6.30

Sarawak dan Perlis – RM6.00

Sumber : BERNAMA

Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan lagi dan sunat membayarnya selepas fajar Aidilfitri hingga sebelum solat hari raya, zakat fitrah selepas solat hari raya tidak dikira zakat, sebaliknya sedekah.

Bersegeralah menunaikan zakat fitrah kepada yang berhak menerimanya mengikut asnaf zakat.

Adun Lunas Melompat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas.

Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. ( Lapor Utusan)

Berapa banyak dibayar untuk istihar keluar parti menjadi wakil bebas? Ahli nombor berapa dalam parti bebas? Sudahkah perti bebas ni didaftarkan sebagai parti yang sah?

Kalau dah tak setuju dengan parti yang kita wakili lebih baik letak jawatan sebagai Adun, apa guna dengan parti yang diwakili tak setuju tapi imbuhan yang didapati hasil sokongan dari parti yang diwakili dulu masih dinginkan.

Selamat Berpuasa

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini ( esok ), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam tadi.

Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahanya pula kempunan dan diakhirnya pembebasan dari api Neraka.

Ramadhan dipanggil penghulu segala bulan, Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan.

Semuga kehadiran Ramadhan tahun ini akan memberi satu makna kepada kita, oleh itu rebutlah peluang dan ruang yang terbuka ini kerana didalamnya terkandung ganjaran yang besar.

Selsema Babi Yang Ditakuti

Kematian akibat dari wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang dilaporkan terus meningkat setiap hari yang menjadikan jumlah kes kematian sehingga kini sebanyak 67 kes.

Kini dilaporkan sebanyak 33 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara manakala 284 pesakit dirawat di wad biasa.

Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul akibat selsema babi di Malaysia adalah 4,225 kes, ini baru sekitar 5 bulan wabak ini dilaporkan berlaku, bagaimana kesudahanya jika wabak ini tidak dapat dibendung untuk tempoh setahun atau seterusnya, berapa ramai lagi kematian akan dicatat.

Tiada tindakan oleh kerajaan untuk membahagi-bahagikan tutup hidung dan mulut secara besar-besaran sebagaimana satu ketika dulu kondom dibahagikan kepada pengguna lebuhraya, penggungjung pasaraya dan sebagainya.

Pengagihan kondom kepada orang ramai bagi membendung penularan kes HIV yang sepatutnya kerajaan kerajaan BN menguatkuasakan undang-undang berkaitan zina, tetapi dalam kes selsema babi kerajaan BN tidak pula membahagi-bahaikan tutup hidung dan mulut kepada orang ramai sebagai langkah pencegahan, kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Sepatutnya dalam kes selsema babi kerajaan sewajarnya bertindak cepat kerana dikatakan penularannya boleh berlaku melalui udara tidak sebagaimana kes HIV yang memerlukan sesaorang itu menggauli pengidap barulah ada risiko jangkitan.

Pertembungan Musuh Tradisi

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini ekoran kematian penyandang Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman.

Penamaan calon hari ini 17 ogos menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS Ust Salleh Man yang mempertahankan kerusi Permatang Pasir dari dirampas oleh calon BN Rohaizat Othman.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, Umno yang diwakili Ketua Pemudanya telah mengakui wujudnya pengundi hantu melayu dan pengundi hantu cina yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak mereka.

Apa yang saya tahu, pengundi hantu hanya wujud pada hari mengundi dengan membawa kad pengenalan orang lain atau pengundi yang telah mati turut sama membuang undi dan bukan dari kalangan mereka yang telah mendaftar sebagaimana yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno.

Pengundi hantu selalunya datang hasil kerja-kerja yang dilakukan oleh Umno/BN.