UGUTAN BN

Keadaan politik negara akan terus bergolak dan akan menjejaskan pendapatan rakyat sekiranya BN tidak mampu mengekalkan kemenangan di Kuala Terengganu, begitulah bunyi provokasi terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Amno yang disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini bagi meraih sokongan pengundi parlimen Kuala Terengganu.

Sebelum pilihanraya umum ke12 dulu pun isu ini telah dimainkan oleh Amno tetapi rakyat lebih pandai menilai dengan fikiran terbuka yang mana dapat kita saksikan lima buah negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat, namun tidak pula berlaku pergolakan, ketegangan atau rusuhan, sebaliknya rakyat hidup dalam suasana lebih aman, selesa disamping mendapat banyak kebajikan hasil pemberian kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Ekoran sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat terhadap Pakatan Rakyat membuatkan Ketua Penerangan Amno gelabah dan mengeluarkan ucapan yang dilihat sebagai suatu ugutan kepada pengundi Kuala Terengganu dengan membelakangkan semangat demokrasi yang kununnya diamalkan dan diperjuangkan oleh mereka. Menyekat kebebasan akhbar dan melarang sebarang bentuk ucapan dan aktiviti oleh TV dan Radio juga merupakan amalan demokrasi yang dicorak oleh Amno yang patut ditentang.

Amno mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana sebelum ini Kuala Terengganu telah dikuasai oleh mereka lantaran untuk mengekalkan kemenangan adalah sesuatu yang memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan pemimpin dan parti pakatan BN ekoran pergolakan yang sedang melanda Amno sekarang dan berbagai serangan oleh parti pakatan mereka sendiri mebuatkan BN berada didalam keadaan lemah yang menjejaskan usaha mereka untuk menawan semula parlimen Kuala Terengganu, kekalahan juga bererti Amno kehilangan kerusi di parlimen yang sudah tentu akan mengurangkan suara kepada pihak pemerintah.

Hanya yang gila kuasa saja yang sanggup membuat kenyataan hanya BN saja yang mampu mentadbir dan memerintah negara, kenyataan sebegini boleh dianggap membelakangi ketentuan Allah, oleh itu marilah kita bersama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti.

Comments :

0 ulasan to “UGUTAN BN”

Post a Comment