MARUAH DAN KEDUDUKAN

Rakyat Trengganu akan diberi pemanis mulut atau pembasuh mulut ekoran pilihihan raya kecil Kuala Terengganu yang bakal menjelma sedikit masa lagi. Mintalah apa sahaja, projek nescaya Najib akan mengiakannya dari sebesar-besar projek hingga lah sekecil-kecil projek demi mempertahankan maruah BN. Matlamatnya adalah untuk menang dengan majoriti yang besar bagi mengembalikan maruah Amno yang telah tercalar akibat kekalah di Permatang Pauh

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan meyaksikan pertarungan dua parti tradisi bukan untuk mencarai atau mengatasi masaalah kos sara hidup yang melambung tinggi ekoran kenaikan harga minyak yang mendadak tetapi dilihat sebagai tempat bagi Amno/BN untuk menunjukan kepada rakyat Terengganu khasnya dan rakyat Malaysia amnya bahawa Amno masih diterima sebagai parti utama dalam Malaysia.

Berbagai bentuk bantuan akan berkumandang dicorong-corong radio, TV dan akhbar akan tersiar saban hari bagi menyatakan bertapa prihatinnya kerajaan BN membantu masyarakat dan penduduk yang berpendapatan rendah. Situasi menghadapi banjir dapat diperhatikan tiada cadangan untuk menambah baik mangsa perpindahan tidak seperti mangsa tanah runtuh Bukit Antarabangsa yang dicadangkan supaya menginap dihotel dan kos ditanggung oleh kerajaan begitulah bezanya antara orang yang berpangkat dan orang kebanyakan dikampung yang senantiasa istiqamah dengan perjuangan Amno.

Sekiranya BN benar-benar ingin berhadapan dan bertarung dengan Pakatan Rakyat secara jantan mengapa radio , TV dan media dipergunakan , diperkudakan dengan sewenag-wenangnya seolah-olah media masa tersebut milik pribadi BN dan bukannya sebagai milik kerajaan Malaysia.

Jika sekiranya BN menang dengan majority yang besar, ianya tidak mengejutkan kerana parlimen Kuala Terengganu sememangnya telah dimiliki oleh BN sebelum ini ditambah lagi dengan semua kemudahan dan jentera kerajaan yang dimiliki oleh BN Terengganu boleh digerakkan bagi membantu merealisasikan hasrat dan cita-cita pimpinan tertinggi BN, tetapi jika keadaan sebaliknya berlaku, BN kecundang di Kuala Terengganu walaupun dalam jumlah majoriti yang kecil nescaya maruah Amno dan Najib akan tercalar malahan boleh hancur tak kala Najib sedang bercita-cita untuk menerajui negara menjelang bulan Mac 2009 kelak.

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu benar-benar akan menguji sejauh mana kepercayaan rakyat kepada Najib selaku bakal pengganti kepimpinan negara. Adakah Najib masih mengguna perkataan “rade Rekod BN” dalam setiap kali ceramah beliau yang akhirnya ditolak dalam pilihanraya umum yang lalu kerana masyarakat umum telah mengetahui trade rekod Najib yang terdahulu.

Andai kata BN yang diwakili oleh Amno kalah dalam pilihanraya kecil nanti, Amno patut dipersalahkan kerana tidak berupaya mempertahankan maruah, oleh itu pimpinan Amno Terengganu dan pimpinan Amno Malaysia patut diganti dengan pimpinan yang baru bagi memulihkan dan merawat Amno yang tercalar teruk bagi mendapat semula mandat dari rakyat.

Comments :

0 ulasan to “MARUAH DAN KEDUDUKAN”

Post a Comment