PERINGATAN ALLAH

Beberapa hari yang lepas negara kita dikejutkan dengan berita yang menyedihkan tentang tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Saya mengikuti berita tersebut melalui Radio dan TV. Terdetik juga perasaan sedih takala melihat rumah yang dibina mungkin memakan kos berjuta telah hanyut bersama penghuni yang sedang nenyak tidur tanpa sempat menyelamatkan diri dan akhirnya ada mangsa yang tercedera dan terkorban. Bagi yang kehilangan ahli keluarga tentunya tersangat sedih mengenagkan peristiwa yang tidak dijangka-jangka itu.

Tindakan pantas petugas penyelamat patut dipuji kerana seawal jam empat pagi mereka telah tiba ditempat kejadian untuk memberi bantuan apa yang patut kepada mangsa yang mungkin sedang kebingungan dan tak tau apa yang harus dilakukan dalam menghadapi suasana yang belum pernah mereka tempuhi sebelum ini.

Meneliti berita yang disiarkan oleh TV membuat saya terfikir betapa kerdilnya kita disisi Tuhan RabullJalil , rumah yang asalnya kelihatan kuat dengan tapak yang kukuh tidak dapat bertahan dengan sendirinya tanpa bantuan dan kebenaran Allah.

Tiada siapa yang mahu peristiwa sebegini berlaku keatas keluarga mereka namun dugaan yang diberikan bagi mengingatkan manusia supaya patuh dan taat hanya kepada Nya. Amal makruf hendaklah dilaksanakan sebagaimana yang dituntut disamping itu kita disaran meninggalkan pekerjaan mungkar yang boleh membawa kerosakan, oleh yang demikian pembangunan atas nama kebendaan dilereng-lereng bukit atau kawasan berbukit perlu diberi perhatian serius dan dihentikan.

Kerosakan dimuka bumi ini adalah hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri, Justeru itu, jika perosaknya manusia maka sudah tentu yang akan mengalami kerugiannya juga adalah manusia itu sendiri. Bagi menteri yang bertanggung jawab,telah meletakkan kemusnahan dan kerosakan itu kepada hujan yang berpanjangan seolah-olah beliau cuba untuk mempersalahkan Tuhan yang maha Esa yang telah menurunkan hujan.

Persoalannya kenapa menteri ini cuba untuk mempersalahkan hujan? Apakah beliau juga bertanggung jawab meluluskan pembangunan ditanah tinggi, lantaran ingin menutup kesalah sendiri agaknya yang membuatkan beliau telah menyalahkan hujan berpanjangan dengan harapan penghuni Buki Antarabangsa akan menerima dakwaan yang belum tentu berasa itu.

Comments :

0 ulasan to “PERINGATAN ALLAH”

Post a Comment