Wala' kepada keputusan jemaah

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilihat masih berpeluang merebut kerusi timbalan presiden parti itu walaupun penyandangnya Nasharudin Mat Isa mendapat pencalonan besar bagi mempertahankan jawatan itu.

Difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar laporan.

PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara tetapi terdapat bahagian parti itu yang lambat menghantar pencalonan.

Daripada jumlah itu, Husam mendapat 28 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu mendapat 26 pencalonan, lapor Malaysiakini.

Sekiranya andaian atau pendapat yang diutarakan oleh Malaysiakini ini tepat, bermakna pimpinan parti diperingkat kawasan atau lebih tepat dipanggil perwakilan ke Muktamar Agung telah melanggari amanah yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Kawasan, dan ini amat bertentangan dengan amalan yang telah diguna pakai selama ini.

Setiap perwakilan diamanahkan membawa hasil atau keputusan Mesyuarat Agung Kawasan untuk diterjemahkan semasa Muktamar Agung PAS Pusat, bukannya membawa agenda peribadi terutama dalam urusan memilih pemimpin.

Wala’ dan kesetiaan kepada parti hendaklah menjadi wadah perjuangan bagi mengelak perselisihan dan pertikaian yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah.

Comments :

0 ulasan to “Wala' kepada keputusan jemaah”

Post a Comment