Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Penanti, tunaikanlah amanah dan tanggung jawab sebagai seorang rakyat dengan ikhlas dalam menentukan kepimpinan negeri dan negara.
Oleh itu keluarlah beramai-ramai dan jangan terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak supaya tidak keluar mengundi, gunakan hak kita sebagai pengundi sebaik mungkin.
Pedulikanlah Amno yang melarang ahlinya yang setia dari keluar mengundi dalam usaha mereka untuk memboikot pilihanraya kecil Penanti, dengan harapan tindakan mereka ini tidak akan berjaya.
Walau apa pun esok adalah hari mengundi bagi DUN Penanti, diucapkan selamat mengundi semuga membuat pemilihan yang terbaik untuk kelangsungan agenda kerajaan negeri yang sediada.
Selamat Mengundi
budu ruun, 5.31.2009Wala' kepada keputusan jemaah
budu ruun, 5.29.2009Difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar laporan.
PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara tetapi terdapat bahagian parti itu yang lambat menghantar pencalonan.
Daripada jumlah itu, Husam mendapat 28 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu mendapat 26 pencalonan, lapor Malaysiakini.
Sekiranya andaian atau pendapat yang diutarakan oleh Malaysiakini ini tepat, bermakna pimpinan parti diperingkat kawasan atau lebih tepat dipanggil perwakilan ke Muktamar Agung telah melanggari amanah yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Kawasan, dan ini amat bertentangan dengan amalan yang telah diguna pakai selama ini.
Setiap perwakilan diamanahkan membawa hasil atau keputusan Mesyuarat Agung Kawasan untuk diterjemahkan semasa Muktamar Agung PAS Pusat, bukannya membawa agenda peribadi terutama dalam urusan memilih pemimpin.
Wala’ dan kesetiaan kepada parti hendaklah menjadi wadah perjuangan bagi mengelak perselisihan dan pertikaian yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah.
Satu lagi pilihan raya kecil
budu ruun, 5.22.2009Zambry MB Perak yang baru
budu ruun,Helikopter YB Rompin
budu ruun, 5.11.2009Bagi rakyat biasa hanya berkenderaan motorsikal malah masih ada lagi yang kayuh basikal.
Rakyat pertengahan mampu memiliki kereta untuk bergerak ulang alik tempat kerja atau balik kampong.
Kebiasaan kita boleh lihat kebanyakan rakyat parking motor dan kereta dalam garaj rumah masing-masing.
Tetapi lain pula bagi YB Perlimen Rompin (Jamaludin Jarjis), beliau bukan parking motor atau kereta berhampiran rumahnya tetapi parking Helikopter, malah mengupah jaga pula untuk menjaga helikopternya dari diceroboh.
Mungkin inilah yang disebutkan sebagai 'Rakyat diutamakan' kerana memberi peluang kepada rakyat menjadi jaga.
Datok Seri Ir Mohamad Nizar MB Perak Yang Sah
budu ruun,
ADUN BN Tidak Patuh Arahan
budu ruun, 5.08.2009
Tindakan sepuluh ADUN yang diarah keluar Dewan oleh Speaker V Sivakumar enggan mematuhi arahan dengan mengambil keputusan untuk terus kekal berada didalam Dewan tanpa merasa segan silu seolah-olah tidak mempunyai perasaan malu yang membuatkan Speaker tidak dapat untuk meneruskan Sidang Dewan.
Sekiranya sepuluh ADUN tersebut keluar Dewan sebagai yang diarahkan nescaya Pemangku Sultan Perak tidak menunggu lama dan Sidang DUN berjalan dengan sempurna , lancar tanpa kekecohan sebagaimana yang telah diketahui umum.
Tetapi bagi meneruskan agenda yang mereka (BN) rancangkan sekali lagi tindakan yang membelakangi undang-undang dan peraturan digunakan, Speaker V Sivakumar diusung keluar oleh mereka yang tidak dikenali, dalam keadaan anggota polis bertaburan menjaga keselamatan Sidang Dewan dari dircerobohi.
Sehubungan itu rakyat boleh menilai sendiri gelagat ADUN dan tindak tanduk BN yang jelas tidak menghormati kemuliaan dan peraturan Dewan.
Mungkin inilah kali pertama berlaku dalam sejarah negara dan Negeri Perak khususnya dan besar kemungkinan perkara yang sama boleh berulang di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat apabila misi yang mereka rancang berjaya di Perak.
BN Perak Langar Peraturan
budu ruun, 5.07.2009Perlantikan speaker DUN Perak pagi ini dibuat dikalangan mereka (BN) sebelum Raja Muda Perak merasmikan persidangan DUN, keadaan huru-hara ini sengaja dicipta bagi membolehkan mereka melantik bekas ADUN Rapat Setia G. Ganesan sebagai 'Speaker DUN".
Perak sudah tidak aman lagi, sidang DUN terpaksaa dikawal ketat oleh polis, rakyat yang selama ini boleh masuk untuk mengikuti sidang DUN juga telah hilang hak mereka, malah untuk mendekati bangunan DUN Perak juga telah menjadi satu kesalahan dan boleh ditangkap.
Apa yang terjadi kini, Amno/BN sengaja mencabuli, melanggar dan melawan undang-undang yang sebelum ini digubal oleh mereka sendiri, bagi mereka undang-undang dan peraturan hanya terpakai kepada orang lain dan tidak kepada mereka, malah mereka bebas melakukan apa saja.
Sidang ditangguhkan namun Sultan masih lagi belum boleh masuk dewan untuk merasmikan sidang DUN akibat kekecohan yang berlaku, kalaulah sidang DUN Perak gagal dirasmikan hari ini, mungkinkah sultan Perak akan berkenan untuk membubarkan DUN Perak, sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.
KL Kota Kebudayaan Islam
budu ruun, 5.06.2009Apakah motif sebenar disebalik peristiharan tersebut, adakah Dato Rais Yatim ingin meniru konsep Kota Baru Bandaraya Islam atau sekadar ingin bermain dengan istilah, tapi yang jelas dengan pengistiharan ini menambah tugas Kementerian Wilayah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tugas berat untuk menghapuskan sarang maksiat yang sememang telah terkenal dikalangan rakyat Malaysia dalam masa yang sama memasukkan unsur keislaman supaya dapat diikuti dan diamalkan oleh penghuni pusat bandaraya tersebut.
Jangan hanya sekadar meletak dan bermain dengan istilah sebagai menyedapkan telinga bagi mengabui mata sebahagian rakyat, sepatutnya semua Kementerian yang terlibat mengambil langkah sesuai bagi menjadikan Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam 2009.
Semuga dengan pengistiharan ini Kuala Lumpur akan berubah dan dapat menepati, mengikuti ciri-ciri serta sifat keislaman sepenuhnya suatu hari nanti hasil daripada penerapan dan pengamalan kebudayaan Islam.
Takziah buat En Jaafar Mustafa
budu ruun, 5.02.2009Untuk makluman En Jaafar adalah salah seorang kakitangan Teras Dara Konsortium Sdn Bhd yang bertugas dan menetap di Bandar Muadzam Shah.
Akibat dari kemalangan itu beliau telah kehilangan isteri dan anaknya, En Jaafar dan dua anaknya yang lain masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Benarlah firman Allah yang bermaksud 'Sesungguhnya setiap yang hidup akan menemui mati' cuma bila, dimana dan punca kematian tidak diketahui, oleh itu beruntunglah orang yang senantiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya.
Diharapkan En Jaafar bersabar dan tabah menghadapi ujian dari Allah, sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.
Disini juga saya mendoakan agar En Jaafar dan anak akan segera sembuh seperti biasa dan dapat menyambung tugasan serta amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
Usul Lucut Jawatan Sendiri
budu ruun, 5.01.2009Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.
Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Kudetanya Hamidah Osman.
Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk pertimbangan Speaker DUN Perak bagi melucutkan jawatannya sendiri yang masih sah seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.
Selaku seorang yang waras mana mungkin Speaker akan mempertimbangkan bagi melucutkan jawatan sendiri melainkan dengan paksaan , ugutan atau secara jalan pintas yang lain, hanya orang yang kurang akal saja yang akan mempertimbangkan usul melucutkan jawatan kerana kuasa masih terletak kepada Speaker samaada menerima atau menolak usul yang dicadangkan dengan memberi alasan yang munasabah.
Banyak persoalan yang akan timbul apabila persidangan DUN Perak yang dijadualkan bersidang pada 7 Mei nanti, walaupun pelbagai sekatan dan kawalan keselamatan yang ketat diambil namun kisah persidangan DUN Perak bakal mencatat sejarah baru apabila kedua-dua pemegang jawatan MB berebut tempat duduk dalam dewan.