Brahim Ali berkata, kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat di Perak kerana keadaan semakin tidak menentu kebelakangan ini, tindakan pakatan pembangkang memprovokasi dan mengkucar-kacirkan keadaan sudah sampai kepada keperluan mengisytiharkan darurat di negeri itu.
Mungkin beliau mengambil peristiwa di Kelantan dulu, dimana darurat di isytiharkan, MAGERAN ambil alih kerajaan, selepas pilihan raya diadakan BN menang, itu dulu, cerita lama, sekarang zaman dah berubah dengan dunia tanpa sempadan, maklumat dihujung jari, zaman bakar tayar, bakar kereta, pecah cermin kedai,rosakkan harta awan telah berlalu.
Mengapa perlu diistiharkan darurat?, sedangkan rakyat Perak dapat hidup aman, tiada pergaduhan dan persengketaan, jauh sekali persengketaan antara kaum, cuma yang bermasaalah hanya Amno kerana tidak dapat merampas kuasa sepenuhnya dari Pakatan Rakyat, mereka hanya dapat rampas Exco dan boleh melantik MB tetapi mereka tidak dapat merampas jawatan speaker dan mereka masih belum boleh melucutkan jawatan MB yang disandang oleh Nizar.
Angkara tidak dapat menawan keseluruhan inilah yang membuatkan Amno / BN berada didalam keadaan serba salah, nak adakan sidang DUN speaker masih dari puak Pakatan Rakyat, nak buat keputusan dan arahan, mahkamah masih belum buat keputusan siapa MB yang sah, jadi apa jua tindakan yang dibuat akan diseret ke mahkamah untuk mendapat kepastian, inilah yang membuatkan Amno resah dan gelisah.
Cadangan kurang cerdik Brahim Ali akan menghancurkan dan merosakkan ekonomi Perak, seolah-olah menghalau pelabur dan boleh merosakkan imej negeri dan negara, bukankah membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya akan dapat mengembalikan maruah kerajaan dan memuaskan hati rakyat keseluruhannya?.
Oleh itu berfikirlah secara waras, cari dimana punca kejadian, betulkah tindakan SPR yang menolak surat perletakan jawatan ADUN Changkat Jering dan Behrang dulu, sekiranya SPR menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan cermat serta tidak berpihak kepada mana-mana parti atau pemimpin nescaya semua kekalutan kini tidak akan berlaku di Negeri Perak, pilihan raya kecil Changkat Jering dan Behrang dapat diadakan supaya rakyat dapat menentukannya, mungkin kini kerajaan yang sah lagi halal berada ditangan parti yang memenangi pilihan raya kecil Changkat Jering dan Behrang.

Comments :
Post a Comment