Lambang Calon Pilihanraya Kecil Bukit Selambau

Sebagaimana yang diketahui umum, penamaan calon telah disempurnakan pagi tadi dimana calon parti-parti dan calon-calon bebas yang bertanding menggunakan lambang bagi memperkenalkan diri masing-masing didalam kertas undi

Dibawah ini adalah lambang-lambang yang digunakan oleh calon-calon yang akan bertanding di DUN Bukit Selambau pada 7 april nanti


S Manikumar dari PKR mengguna lambang parti sendiri





Dato S Ganesan dari parti MIC tetapi guna lambang Dacing







R. Loganathan (lambang kelapa sawit)




Tan Hock Huat (kunci)






Radzi Md Lazim (kerusi)





Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau)






Abdul Rahim Abu (jam loceng)





L. Sarala (basikal)




A. Jayagopal (payung)





S. Moganakumar (buku)






Khamis Awang (ayam jantan)



Husaini Yaacob (bas)




M. Vanesan (ikan)




Mejar (B) Anuar Abd Hamid (telefon)



T.Chandrarajan (kapal terbang)


Kini terdengar pula cakap-cakap yang mengatakan ada beberapa calon bebas akan menarik diri dari bertanding, apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran khabar angin yang sedang bertiup mengenai kedudukan calon-calon tersebut.

15 calon satu jawatan

Dikatakan buat pertama kali dalam sejarah apabila 15 orang mengemukakan kertas pencalonan untuk mencuba nasib sebagai calon PRK Bukit Selambau bagi merebut hati-hati pengundi untuk memilih mereka menjadi Yang Berhormat.

Nampaknya pilihanraya kecil kini sudah menjadi macam main-main pula, apakah mereka mempunyai penyokong yang mencukupi untuk membolehkan mereka mendapatkan kembali deposit yang telah mereka bayar, walau apa pun mereka dibenarkan selagi mana tidak menyalahi undang-undang yang ditetapkan.

Mungkin juga kerana kemenangan V Arumugam sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum lalu yang membuatkan ramai tertarik untuk menjadi calon bebas kali ini.

Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat dimana S Manikumar dari PKR telah dicalonkan bagi mewakili PR dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau, telah ditentang oleh musuh tradisi dari BN dengan calonnya Datuk S Ganesan.

Manakala calon-calon bebas yang ingin mencuba nasib pula terdiri dari L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Kehadiran begitu ramai calon boleh membuatkan pengundi-pengundi menjadi pening untuk memilih dan membuatkan masa yang akan diambil oleh pengundi berada dipetak mengundi menjadi lebih panjang dari biasa untuk memastikan siapakah calon pilihan mereka.

Bagi penyokong PR jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh pihak lawan, bersama-samalah kita mengundi calon PKR yang diwakili S Manikumar.

PAS ditentang oleh BN dan Bebas

Proses penamaan calon telah berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Taiping yang menyaksikan calon PAS diiringi lebih 50,000 penyokong bagi memberi sokongan moral dan sebagai tanda Pakatan Rakyat masih diterima oleh rakyat Perak.

YAB Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang telah dicabar oleh calon dari BN, Ismail Sapian dan calon bebas, Kamarul yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Pengumuman calon telah dibuat oleh pegawai pengurus piliranraya P059 Bukit Gantang Dato Mahmud Marsidi setelah tempoh masa bantahan tamat jam 11.00 pagi tadi.

YAB Dato Seri Mohamad Nizar menyerahkan borang pencalonan jam 9.00 pagi dan diikuti oleh calon BN jam 9.15 pagi, manakala calon bebas adalah yang terakhir menyerahkan borang pencalonan.

Apakah Amno Akan Berubah

Keputusan pemilihan sayap Amno telah diketahui umum yang mana Pergerakan Pemuda diterajui oleh Khairi Jamaludin, Pergerakan Wanita bertukar kepada Shahrizat Abd Jalil manakala Puteri UMNO disandang oleh Rosnah Abdul Rashid.

Najib memenangi jawatan Presiden Amno tanpa bertanding setelah tempoh pencalonan berakhir dan hari ini perwakilan Amno dari seluruh negara akan menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Khairi, Shahrizat dan Rosnah bukanlah sehebat mana pun, Cuma digembar gemburkan dan diceritakan sebagai orang yang hebat dan berpengaruh dikalangan mereka, kalau betul mereka ni hebat dan berpengaruh buat apa susah-susah berkempen mempromosikan diri dengan melantik pengurus dan pegawai khas untuk berkempen malah sanggup menawarkan ganjaran kepada perwakilan untuk memilih mereka sebagai pemimpin.

Apakah kemenangan mereka ini boleh bertahan lama lantaran kemenangan mereka bukannya datang dari sokongan sebenar perwakilan, tetapi ada benda yang dijanjikan disebalik kemenangan yang mereka perolehi.

Bagi mereka yang menang cabaran berat sedang menanti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dan disinilah yang akan menjadi ujian sebenar kepada kepimpinan mereka yang baru dipilih.

Mampukah kepimpinan Amno yang baru ini memenangi hati rakyat di ketiga-tiga pilihanraya kecil itu nanti?

Apakah Amno akan berubah apabila berlakunya perubahan dikesemua pucuk pimpinan dalam Amno atau sekadar sebuah kereta yang bertukar pemandu sahaja sedangkan haluan dan arah tuju masih sama, cuma yang berbeza cara dan corak pemanduan saja, kalau pemandu dulu memandu dengan cermat dan perlahan mungkin pemandu baru kini tidak sabar ingin memandu dengan laju dan apakah keselamatan penumpang telah diambil kira.

Harakah dan Suara Keadilan digantung

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta yang dilihat sebagai menghalang keberkesanan kempen pilihanraya kecil yang akan bermula dari 29 mac hingga 7 april akan datang.

Sekatan ini mungkin bertujuan menghalang penyebaran berita yang betul dan tepat yang tidak disiarkan oleh mana-mana sumber berita kepunyaan Amno/BN dengan harapan rakyat tidak memperolehi maklumat yang akhirnya mereka boleh menang ketiga-tiga pilihanraya kecil nanti.

Kalaulah betul begitu niat mereka, nescaya perkiraan mereka salah sama sekali kerana rakyat yang ingin mengetahui perkembangan terkini akan beralih kepada internet yang banyak menyiarkan pelbagai berita yang cepat, tepat dan terkini lagi sensasi.

Janganlah apabila tersepit dan terperangkap dengan permainan mereka sendiri maka tindakan kekerasan diambil tanpa mengemukakan hujah atau penjelasan diatas tindakan yang diambil yang menyebabkan kerajaan dianggap sebagai zalim kepada rakyat.

Mungkinkah ini permulaan tindakan Najib untuk menghapuskan amalan demokrasi dengan menyekat akhbar dan ceramah Pakatan Rakyat, tindakan yang diambil Najib kini dilihat sebagai satu persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Dr Mahadir disaat-saat kejatuhan beliau dulu.

Apakah ini petanda awal kejatuhan kerajaan pempinan Amno/BN apabila Najib memilih untuk mengambil cara dan corak pemerintahan terakhir Dr Mahadir, sama-sama kita tunggu kesudahan dan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh Najib sebelum kesimpulan dapat dibuat.