Amno Perlu Berubah

Kehilangan 5 buah negeri dan satu wilayah dari kekuasaan BN yang bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 12, memberi isyarat kepada Amno dan BN supaya bersedia untuk berubah.

Kedegilan dan kesombongan meliputi pemimpin Amno dari mendengar dan mengambil tahu masaalah rakyat yang menyebabkan Amno ditolak.

Janji pembangunan menjadi agenda utama apabila menjelang pilihanraya, namun apabila BN diberi mandat untuk mewakili rakyat setempat, wakil rakyat yang dipanggil Yang Berhormat (YB) tiada lagi dikawasan, telah berpindah tinggal ditempat lain yang jauh dari kawasan sendiri semuanya akibat berbohong, tidak boleh menepati janji, rasa bersalah kepada pengundi tidak pernah ujud, cuma sesekali balik ke kawasan untuk cuba menyelesaikan masaalah, masaalah tidak selesai namun janji baru pula ditabur.

Mereka menjanjikan pembangunan, mereka jugalah yang membatalkan pembangunan, mereka menjanjikan pemberian hak milik tanah namun mereka jugalah yang tidak menepati, mereka juga menjanjikan penginapan yang selesa tapi tidak berusaha kearah itu, mereka berjanji kehidupan yang selesa dan ekonomi yang baik, namun harga barangan sentiasa meningkat.

Kecanggihan teknologi yang dimiliki kini tidak lagi boleh menyekat pemikiran dan pengetahuan rakyat tentang pemerintahan, antara tugas kerajaan yang memerintah semestinya melakukan pembangunan untuk kesenangan dan kebajikan untuk rakyat, menjamin keselamatan, memberi pendidikan , kesihatan , serta perkara-perkara asas yang lain kepada rakyat,

Oleh itu pemikiran lama pemimpin Amno/BN yang sering menawarkan pembangunan perlu segera ditukar supaya sesuatu yang baru dapat dirasakan oleh rakyat yang dahagakan perubahan. Janganlah mengharapkan rakyat akan melupakan kesalahan , kealpaan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin Amno/BN itu hanya sementara, penolakan ini akan diluahkan dalam pilihanraya umum sebagai menghukum pemimpin yang suka berjanji dan tidak mahu menunaikan janji.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Amno perlu bersedia untuk menjadi pembangkang disemua negeri jika amalan dan pemikiran lalu tidak diubah segera.

Politik Wang

Tidak layak bertanding begitulah bunyi amaran Najib kepada pimpinan dan anggota Amno yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang (rasuah) menjelang pemilihan Amno mac nanti dan bagi perwakilan pula mereka tidak layak menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Amno.

Tindakan pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM adalah bagi menunjukkan kepada rakyat yang ianya cukup telus dan bebas sehingga dapat membawa pimimpin Amno kemuka pengadilan, adakah benar begitu? Atau tindakan tersebut sebagai menyekat satu pihak dan menaikkan satu kumpulan yang lain.

Tindakan itu juga dilihat sebagai memperkenalkan SPRM sebagai pengganti kepada BPR yang dikenali membuat pendakwaan terpilih. walau bagaimana pun tindakan itu dialu-alukan dengan harapan bertepatan dengan fungsi dan tugas yang telah digubal.

Amno yang semakin parah dengan kegiatan politik wang (rasuah) tidak dapat lagi untuk membendung atau mengawal kegiatan tersebut dikalangan pemimpin dan ahli mereka yang akhirnya terpaksa meminta bantuan agensi kerajaan untuk bertindak.

Jawatankuasa disiplin parti yang merupakan agen dalaman parti bagi membendung kegiatan politik wang (rasuah) juga tidak berupaya untuk menanganinya, pelbagai kata cemuhan dan tuduhan telah dilemparkan kepada jawatankuasa tersebut.

Persoalannya adakah semua pengamal politik wang (rasuah) yang telah dilapurkan telah diadili? Sekiranya penyogok ini dapat terus bertanding pada bulan mac ini dan menang dalam pemilihan bermakna MT Amno telah diwakili oleh pengamal politik wang (rasuah) yang akhirnya tektik dan teknik yang diamalkan akan terus berkekalan.

Selepas itu perwakilan akan terus mengharapkan sogokan sebagai pertukaran kepada undi yang akan mereka berikan, bagi calon yang mempunyai kedudukan dan kekayaan mereka akan terus mendapat tempat dalam pemilihan Amno walaupun tidak berkelayakan dan bagi mereka yang berkelayakan tetapi tidak berkemampuan akan terus terpinggir dari menabur bakti kepada anak bangsa.

Semua isyarat ini menunjuk bahawa Amno akan ditewas dan hancur dalam pilihanraya umum ke-13 ekoran permainan dan tindakan yang dimulakan oleh pimpinan mereka.

Kenaikan Elaun Guru KAFA

Tahniah kepada guru-guru KAFA di Wilayah Persekutuan kerana telah diumumkan kenaikan elaun 100 peratus dari RM500 menjadi RM1,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, usaha ini seharusnya dipuji kerana ia dilihat sebagai mengiktiraf pengorbanan guru-guru KAFA mendidik anak bangsa dekat kepada Islam.

Peningkatan jumlah kutipan zakat di Wilayah Persekutuan yang menyebabkan beliau memberi pertimbangan kenaikan elaun tersebut hanyalah retorik semata-mata bagi menutup kelemahan.

Isunya kenapa menunggu kenaikan kutipan zakat untuk mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA sedangkan untuk urusan lain kerajaan tidak pula memikirkannya, adakah untuk memberi imbuhan kepada orang berjuang kejalan Allah terpaksa menunggu pemberian zakat atau sumbangan orang ramai.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan pengumuman itu hanyalah sekadar mengikut pengumuman yang telah dibuat oleh kebanyakan negeri dibawah pakatan rakyat atau sebagai menutup malu atau kelemahan kerajaan persekutuan kepada kerajaan pakatan rakyat yang mengumumkan kenaikan elaun guru KAFA tanpa menunggu kenaikan kutipan zakat.

Pengumuman ini juga boleh dianggap sebagai meniru PAS sebagaimana pelaksanaan cuti dua hari seminggu, pembinaan rumah tiga bilik, cuti bersalin, sistem pajak gadai Islam dan lain-lain lagi yang dilaksanakan di Kelantan.

Perjuangan yang mementingkan diri dan bangsa yang membawa kepada peninggalan perkara utama untuk menaikkan syiar Islam. Begitulah kejadiannya sekiranya perjuangan tidak menjurus kepada Islam.

Jom Sertai PAS

Amno yang dikatakan memperjuangkan bangsa, agama dan negara hanyalah retorik semata ekoran keahlian Amno kini bukan lagi didokongi sepenuhnya oleh orang melayu setelah keahliannya dibuka kepada bumiputra. Susah nak percaya kata-kata pemimpin Amno kerana ramai ahlinya masih belum beragama, malah ada yang beragama kristian.

Oleh kerana itu mereka mempertikaikannya malah menolak hukum hudud yang dikemukakan oleh PAS dengan alasan itu hudud PAS sedangkan Amno tidak pernah dan tidak bercadang untuk mengubal hukum hudud Amno, malah sehingga kini Amno belum membuat pendirian tentang hudud.

Gambaran buruk yang diberikan kepada penganut Amno, MCA dan MIC tentang hudud telah menunjukkan sikap sebenar pimpinan Amno terhadap agama yang mereka anuti, lebih buruk lagi apabila ada usaha untuk menyaman kerajaan Kelantan sekiranya melaksanakan hudud.

Amno telah merendahkan martabat agama apabila meletakkan mata pelajaran agama setaraf dengan lukisan, pelajar ingin menduduki peperiksaan SPM boleh membuat pilihan samaada ingin mengambil agama Islam atau lukisan.

Amno yang dikatakan parti melayu sebenarnya telah berubah kepada parti bumiputra atau lebih tepat dikatakan amnoputra, slogan membela bangsa hanyalah suatu pembohongan apabila menteri pelajaran satu ketika dulu telah menghapuskan tulisan jawi, mengapa tulisan cina dan India tidak dihapuskan.

Kini mereka sedang berusaha untuk mengurangkan penggunaan bahasa Melayu pula apabila melaksanakan dasar PPSMI walaupun mendapat bantahan, kesannya tidak boleh dilihat dalam masa yang singkat, sebagaimana penghapusan tulisan jawi,berapa ramai orang melayu yang tak boleh membaca jawi dan terkuburnya akhbar utusan melayu kerana tiada pembaca.

Perjuangan Amno mementingkan kuasa dan kedudukan bagi mendapat kemewahan, sebelum keputusan pilihanraya diumum mereka telah dijanjikan dengan jawatan Menteri Besar dan Menteri kabinet, isu pembangunan dijaja untuk menarik perhatian pengundi, peruntukan pembangunan diumum, janji ditabur apabila menjelang pilihanraya, setelah pilihanraya berlalu janji tinggal janji, peruntukan pembangunan pula masih lagi dalam kajian, pengundi pula bagai menunggu buah yang belum tentu gugur.

Sikap orang melayu yang mudah percaya dengan janji, walaupun seringkali tertipu, pemimpin mereka pula bersenang dengan kemewahan yang diperolehi hasil penipuan, membina rumah selayak istana, sedang rakyat dihimpit kesusahan.

Kini semuanya telah berlalu, janji pembangunan telah dianggap biasa, sungguh malang bagi Amno yang tidak ambil iktibar pengalaman lalu, tidak sanggup berubah, tidak mahu menerima teguran, pandangan orang bawahan dianggap tak bernas dan tida nilai.

Oleh itu berubahlah dengan meninggalkan Amno, pimpinan Amno pernah berkata "pergi tidak akan mengurang dan masuk tidak akan menambah", tidak rugi menyokong PAS, tiada labanya menyokong Amno, insya Allah dengan menyokong dan mendokong perjuangan PAS akan mendapat lebih kebaikan.

PAS Menang Majoriti Besar

Alhamdulillah PAS telah memperolehi kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu melalui calon YB Hj Abdul Wahid Endut, pengumuman telah dibuat dimana PAS memperolehi undi sebanyak 32883, BN 30252 dengan majoriti sebanyak 2631.

Tahniah diucapkan kepada semua pengundi PRK Kuala Terengganu yang bijak membuat pilihan, juga ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua petugas yang telah banyak membantu kearah kemenangan calon PAS.

Kemenangan ini membuktikan pengundi Kuala Terengganu mahukan perubahan suasana politik di negeri Terengganu ekoran tiadanya persefahaman antara pemimpin mereka.

Walaupun berbagai usaha menyogok pengundi telah dilakukan oleh pimpinan BN, namun semuanya dapat dinilai sejauh mana keihlasan dan ketelusan kerajaan BN dalam menabur janji pembangunan.

Semoga dengan kemenangan ini, suara dan luahan hati pengundi Kuala Terengganu akan dapat dibawa ke parlimen dengan harapan kerajaan akan lebih peka kepada kehendak masyarakat bawahan.