Politik Wang

Tidak layak bertanding begitulah bunyi amaran Najib kepada pimpinan dan anggota Amno yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan politik wang (rasuah) menjelang pemilihan Amno mac nanti dan bagi perwakilan pula mereka tidak layak menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Amno.

Tindakan pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM adalah bagi menunjukkan kepada rakyat yang ianya cukup telus dan bebas sehingga dapat membawa pimimpin Amno kemuka pengadilan, adakah benar begitu? Atau tindakan tersebut sebagai menyekat satu pihak dan menaikkan satu kumpulan yang lain.

Tindakan itu juga dilihat sebagai memperkenalkan SPRM sebagai pengganti kepada BPR yang dikenali membuat pendakwaan terpilih. walau bagaimana pun tindakan itu dialu-alukan dengan harapan bertepatan dengan fungsi dan tugas yang telah digubal.

Amno yang semakin parah dengan kegiatan politik wang (rasuah) tidak dapat lagi untuk membendung atau mengawal kegiatan tersebut dikalangan pemimpin dan ahli mereka yang akhirnya terpaksa meminta bantuan agensi kerajaan untuk bertindak.

Jawatankuasa disiplin parti yang merupakan agen dalaman parti bagi membendung kegiatan politik wang (rasuah) juga tidak berupaya untuk menanganinya, pelbagai kata cemuhan dan tuduhan telah dilemparkan kepada jawatankuasa tersebut.

Persoalannya adakah semua pengamal politik wang (rasuah) yang telah dilapurkan telah diadili? Sekiranya penyogok ini dapat terus bertanding pada bulan mac ini dan menang dalam pemilihan bermakna MT Amno telah diwakili oleh pengamal politik wang (rasuah) yang akhirnya tektik dan teknik yang diamalkan akan terus berkekalan.

Selepas itu perwakilan akan terus mengharapkan sogokan sebagai pertukaran kepada undi yang akan mereka berikan, bagi calon yang mempunyai kedudukan dan kekayaan mereka akan terus mendapat tempat dalam pemilihan Amno walaupun tidak berkelayakan dan bagi mereka yang berkelayakan tetapi tidak berkemampuan akan terus terpinggir dari menabur bakti kepada anak bangsa.

Semua isyarat ini menunjuk bahawa Amno akan ditewas dan hancur dalam pilihanraya umum ke-13 ekoran permainan dan tindakan yang dimulakan oleh pimpinan mereka.

Comments :

0 ulasan to “Politik Wang”

Post a Comment