Mematuhi Peraturan dan Arahan

Undang-undang pemakaian topi keledar telah lama dikuat kuasakan dinegara kita, semasa pelaksanaan dulu juga telah menimbulkan sedikit penentangan dari masyarakat yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang tersebut namum kini ia telah diterima sebagai suatu undang-undang yang boleh membantu kecederaan teruk terutamanya dikepala dari berlaku.

Begitulah juga dengan peraturan pemakaian tali pinggang keledar yang akan dikuatkuasakan pada januari 2009 mendapat bantahan dari mereka yang tidak bersetuju namun diyakini ianya juga akan diterima sebagaimana peraturan penggunaan topi keledar suatu hari kelak.

Sebagaimana yang semua maklum undang-undang pengedaran dadah boleh dikenakan hukuman gangtung sampai mati (hukuman bunuh) di Malaysia sekiranya didapati bersalah.

Bermulanya kemangkatan Yang Dipetuan Besar Negeri Sembilan pada satu 27 Dis 08 boleh kita lihat pembaca berita TV dikalangan perempuan tanpa mengira bangsa yang selama ini tidak menutup kepala telah mula menutup kepala mereka walaupun masih kelihatan jambul dihadapan , yang penting ada usaha untuk menutup kepala, mungkin semua tindakan ini diambil kerana adanya arahan dari pihak atasan atau pihak tertentu bagi menghormati kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Persoalannya kenapa semua arahan diatas boleh dipatuhi, adakah kerana ia dikeluarkan oleh pihak kerajaan lantas semuanya akur?

Mengapa hukum hudud yang diarahkan oleh Allah melalui Al-Quraan tidak dapat diterima dan dipatuhi oleh masyarakat? Adakah kerana kita tidak patuh dan taat kepada Allah atau kita sengaja untuk melawan perintah Allah?

Sebenarnya hukum hudud juga boleh dilaksanakan sekiranya ada usaha dari kerajaan yang memerintah mengubal dan mewartakannya kerana rakyat akan ikut, patuh dan taat sekiranya arahan dan peraturan itu dikeluarkan oleh kerajaan.

Taktik BN tutup isu IJN

Datuk Dr Masitah Ibrahim menjelaskan kerajaan sudah lama berhasrat melaksanakan hukum hudud dinegara ini dengan ikhlas tetapi dengan pendekatan yang berbeza, namun masih banyak yang perlu diperhalusi dalam pelaksanaannya.

Boleh percaya ke dengan kata-kata Datuk Dr Masitah ni? Apakah itu hanya gimik politik untuk memancing undi pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 januari depan.Bagaimana mungkin amno dapat melaksanakan hukum hudud sebelum mendapat persetujuan daripada pakatan mereka dalam BN.

Sebelum dari ini Dr Masitah telah menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan yang membolehkan wanita melacur kerana terdesak, beliau jugalah yang masuk mahkamah kerana kes pergaduhan dengan jiran sebelah rumah, adakah perkara-perkara sebegini yang dikatakan sedang diperhalusi.

Kalau benar kerajaan ingin melaksanakan hukum hudud mengapa tiada usul yang dibawa ke parlimen untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan hukum ini dilaksanakan, malah Kelantan yang ingin melaksakannya berhadapan dengan tindakan saman oleh amno.

Isu hudud digembar gemburkan dalam media adalah sebagai suatu taktik bagi BN untuk menutup isu pengswastaan IJN kepada Sime Darby dan yang paling utama menutup kelemahan Datuk Najib yang membuat pengumuman tanpa membuat kajian mendalam.

Persoalannya kenapa Sime Darby tidak menaik taraf Pusat Perubatan Subang Jaya yang sememangnya telah dimiliki oleh mereka sebagai salah sutu pusat rawatan jantung dinegara kita, pernahkah kita dengar orang miskin mendapat rawatan jantung di Pusat Perubatan Subang Jaya? Melainkan yang biasa kita dengar hanyalah IJN. Oleh itu pengswastaan IJN dilihat sebagai membebankan rakyat berpendapatan rendah.

NAK SERIBU DAYA , TAK NAK SERIBU DALIH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata perlaksanaan hukum hudud dan qisas adalah tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan, malah beliau mengalu-alukan hajat baik PAS, tetapi beliau hanya sekadar dapat berdoa supaya hukum ini dapat dilaksanakan, apakah makna semuanya ni.

Dalam keadaan lain Dato Najib mencabar PAS supaya melaksanakan hukum hudud di Kelantan dengan mengambil kira semasa pemerintahan PAS di Terengganu juga tidak dilaksanakan, dari sini boleh digambarkan bahawa Dato Najib seolah-olah tidak faham dengan keperluan kepada perlaksanaan hukum hudud itu sendiri sebagaimana yang telah disebutkan oleh Zahid Hamidi, persoalahnya adakah Najib betul-betul tidak tahu keperluan itu atau sengaja nak menimbulkan perasaan benci orang ramai kepada hukum hudud. Logik akal tidak dapat mengatasi ketentuan Allah, kalau kita yakin (beriman) nescaya berbagai cara boleh diusahakan untuk memberi kejayaan kepada pelaksanaan hukum hudud, bak kata pepatah ‘nak seribu daya tak nak seribu dalih’.

Sememangnya kita tidak mampu melaksanakan keseluruhannya tetapi kesungguhan kearah itu mestilah ditunjukan terutamanya oleh pemerintah.Soal orang Cina atau India tidak mahu menerimanya itu bukan urusan kita,itu urusan Allah swt.Bila bila masa Allah boleh terbalikkan hati mereka untuk menerima Hudud, malah ramai daripada kalangan India dan cina yang menyokong PAS boleh pula menerima hudud.

Sebenarnya kita ditakut-takutkan dengan undang2 islam, yang lebih ditakuti adalah perkataan Islam, sehingga sanggup bawa ke persidangan majlis raja-raja untuk menghalang penggunaan perkataan Islam, oleh kerana penerangan salah oleh Amno/BN membuatka kaum lain melihat Islam hanya tahu menghukum. perkataan Islam juga adalah perkataan fobia bagi mereka, perspektif inilah yang perlu diubah dan orang-orang yang bergelar islam patut memainkan peranan supaya agama lain melihat islam sebagai agama yang sangat mulia.

UGUTAN BN

Keadaan politik negara akan terus bergolak dan akan menjejaskan pendapatan rakyat sekiranya BN tidak mampu mengekalkan kemenangan di Kuala Terengganu, begitulah bunyi provokasi terbaru yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Amno yang disiarkan oleh sebuah akhbar hari ini bagi meraih sokongan pengundi parlimen Kuala Terengganu.

Sebelum pilihanraya umum ke12 dulu pun isu ini telah dimainkan oleh Amno tetapi rakyat lebih pandai menilai dengan fikiran terbuka yang mana dapat kita saksikan lima buah negeri jatuh ketangan Pakatan Rakyat, namun tidak pula berlaku pergolakan, ketegangan atau rusuhan, sebaliknya rakyat hidup dalam suasana lebih aman, selesa disamping mendapat banyak kebajikan hasil pemberian kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Ekoran sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat terhadap Pakatan Rakyat membuatkan Ketua Penerangan Amno gelabah dan mengeluarkan ucapan yang dilihat sebagai suatu ugutan kepada pengundi Kuala Terengganu dengan membelakangkan semangat demokrasi yang kununnya diamalkan dan diperjuangkan oleh mereka. Menyekat kebebasan akhbar dan melarang sebarang bentuk ucapan dan aktiviti oleh TV dan Radio juga merupakan amalan demokrasi yang dicorak oleh Amno yang patut ditentang.

Amno mungkin berada dalam keadaan tertekan kerana sebelum ini Kuala Terengganu telah dikuasai oleh mereka lantaran untuk mengekalkan kemenangan adalah sesuatu yang memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan pemimpin dan parti pakatan BN ekoran pergolakan yang sedang melanda Amno sekarang dan berbagai serangan oleh parti pakatan mereka sendiri mebuatkan BN berada didalam keadaan lemah yang menjejaskan usaha mereka untuk menawan semula parlimen Kuala Terengganu, kekalahan juga bererti Amno kehilangan kerusi di parlimen yang sudah tentu akan mengurangkan suara kepada pihak pemerintah.

Hanya yang gila kuasa saja yang sanggup membuat kenyataan hanya BN saja yang mampu mentadbir dan memerintah negara, kenyataan sebegini boleh dianggap membelakangi ketentuan Allah, oleh itu marilah kita bersama-sama memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu nanti.

WASPADA PROVOKASI AMNO

Belum pun proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu berlaku, telah timbul provokasi yang boleh dianggap melampau dari seorang menteri, juga sebagai Ketua Penerangan Amno yang bakal bertanding sebagai Timbalan Presiden Amno mengenai perjalanan kempen pilihan raya kecil yang dijadualkan bermula penamaan calon pada 6 Januari hingga hari pengundian pada 17 Januari depan.


Laporan sebuah akhbar tempatan hari ini menggambarkan bahawa sebagai berkata, pembangkan juga dijangka mengulangi tindakan mereka bagi menggangu kempen yang akan dijalankan oleh Wanita dan Puteri Amno sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti.

Dalam keadaan sekarang yang belum tau siapa akan bertanding, Cuma ada cakap-cakap yang PAS akan meletakkan calon ,begitu juga dengan BN dan berkemungkinan bebas sekali lagi akan masuk bertanding, begitu juga dengan AKIM. Proses penamaan calon juga mesti diambil kira sebagai suatu sekatan terakhir bagi calon-calon yang akan bertanding, samada borang pencalonan mereka diterima atau ditolak dan sekiranya ditolak bermakna calon tersebut tidak layak bertanding, semuanya belum dapat ditentukan lagi.

Tetapi provokasi telah dimaiankan oleh seorang yang bergelar menteri, apakah sebenarnya tujuan beliau berbuat demikian, adakah kerana ingin dilihat sebagai seorang jaguh didalam Amno lantaran keinginannya untuk bertanding salah satu jawatan tertinggi parti atau beliau benar-benar merasa tertekan dengan keadaan sosio politik sekarang yang banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Kalau dilihat dari segi logiknya , PAS berada didalam keadaan selesa ekoran tiga dari empat DUN telah dimenanginya berbanding hanya satu DUN saja yang dimenangi oleh BN. Amno mungkin tertekan kerana parlimen Kuala Terengganu sebelum ini telah dikuasai oleh mereka lantaran untuk mengekalkan kemenangan merupakan suatu komitmen yang tinggi dikalangan pemimpin Amno dan beliau amat tau Amno kini sedang menghadapi masaalah dalaman yang kronik.

Bagi saya kemenangan adalah bonos ekoran parlimen tersebut dahulunya dikuasai oleh BN, seterusnya dapat menambah jumlah kerusi pembangkang di Dewan Rakyat, andai kata pengundi tidak memilih PAS , kita masih berada didalam keadaan “seri”.mMngkin inilah yang memberi tekanan kepada menteri tersebut mengeluarkan kenyataan yang belum tentu berasas, oleh itu ingatlah mungkin ini merupakan permulaan kepada banyak lagi provokasi yang akan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat.