Kerana ingin menang dalam pilihan raya kecil Sibu pemimpin Umno/BN semakin tidak ketahuan yang jelas tidak dapat mebezakan yang mana program parti Umno/BN dan yang mana program yang dianjurkan oleh kerajaan.
Bukan sekadar pemimpin Umno/BN malahan seluruh jentera kerajaan yang disokong oleh media eletronik kerajaan telah menyiarkan program-program tanpa memperdulikan samaada program itu program bersifat kepartian atau program anjuran kerajaan semuanya menjadi bahan laporan dalam media kerajaan utamanya dalam berita jam 5.
Betira jam 5 yang disiarkan oleh TV1 yang kebetulan saya mengikutinya semalam adalah merupakan sebuah laporan kegiatan parti BN seluruh negara untuk tatapan rakyat Malaysia yang seolah-olah memaksa para menonton mengikuti laporan aktiviti BN seluruh negara.
Begitulah keadilan yang ditunjukkan oleh media penyiar dalam sebuah negara yang mereka namakan sebagai demokrasi, laporan yang penuh dengan kata mengata kepada parti yang mereka sebut sebagai pembangkang tetapi dalam masa yang sama mereka lupa, rupa-rupanya BN juga sebuah parti pembangkang dibeberapa buah negeri.
SPR menghalang parti-parti yang tidak bertanding memasang bendera atau poster, Ketua Polis sarawak pula memberi amaran kepada parti politik yang bertanding supaya tidak membangkitkan isu agama bila berkempen, dan macam-macam lagi sekatan, tekanan yang dikenakan kepada parti yang bertanding menentang BN setiap kali ada pilihan raya kecil.
Apabila DAP membandingkan pembangunan Pulau Pinang dan Sarawak, Ketua Menterinya suruh buka mata nilai Sarawak sama besar dengan semenanjung, kalau dah tau tak mampu nak bangunkan negeri jangan dok jaja isu pembangunan, tapi dalam masa yang sama dabik dada kunun BN saja yang dapat bangunkan Sarawak. Cakap tak serupa bikin.
Perkataan fitnah, mengumpat, mengata dan mencari telah menjadi amalan, rutin harian kepada Umno/BN yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan proses pengundian dalam pilihan raya kecil Sibu.
Fitnah dan Mengata Rutin Harian
budu ruun, 5.12.2010Umno Nak Halalkan Judi
budu ruun, 5.07.2010Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk member lessen judi bola sepak sempena kejohanan piala dunia bulan jun nanti kununnya untuk membendung, membenteras dan mengawal judi haram.
Mungkin itulah fahaman yang diterapkan oleh ajaran Islam Hadari yang telah diperkenalkan sehingga tidak dapat mengenal yang mana haram dan yang mana halal. Walau apa jua alasan yang diberikan untuk menghalalkan judi, ia tetap haram menurut Islam.
Kalau ye pun nak menambah kewangan negara yang sedang kekeringan jangan lah menggunakan cara yang salah, cara yang haram kerana kewangan yang diperolehi akan disatukan yang akhirnya diguna untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dari hasil yang haram.
Sungguh malang kalau kita hanya memandang duit semata-mata tanpa mengambil kisah dari mana punca ia datang. Jika begitulah pegangan yang sentiasa difikirkan nescaya rasuah tidak akan terhapus, penyakit sosial akan bertambah parah.
BN Tertekan
budu ruun, 4.23.2010Nampaknya kedudukan BN semakin tertekan walaupun semua jentera kerajaan telah diturunkan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, media milik kerajaan saban hari malah setiap jam berkempen untuk BN.
Makin tertekan apabila Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama turun membantu kempen agi memenangkan calon Pakatan Rakyat.
Dengan perkembangan itu Najib Razak selaku PM turut sama turun berkempen, kalau boleh kita imbau sebelum ini mana ada PM berkempen dalam pilihan raya kecil, turun pula PM kali ini dengan menabur habuan kepada peneroka felda yang telah diabaikan oleh mereka sekian lama, itu pun atas desakan peneroka tanpa wang tiada undi.
Lebih menampakkan kegusaran mereka apabila Tun Dr Mahatir terpaksa dijemput untuk turut sama berkempen walaupun sebelum ini beliau berjanji enggan turun berkempen.
Maknanya disini ada sesuatu yang tidak kena dengan perlakuan yang telah ditunjukkan kepada penduduk Hulu Selangor semasa mereka memerintah dulu, oleh itu semua pengundi Hulu Selangor gunakanlah akal dan hati budi yang waras untuk menentukan masa depan yang lebih baik dengan memilih Datuk Zaid calon PKR sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Mesyuarat Agung
budu ruun, 3.31.2010Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Kawasan Rompin
Pada: 17 April 2010
Tempat: Markas Tarbiyah PAS, Kampong Sepakat
Semua perwakilan dan ahli PAS dijemput hadir
Bekas Kutua Dewan Muslimat Pas Pusat Meninggal Dunia
budu ruun, 2.03.2010
PASIR PUTEH, 3 Feb: Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajjah Kalthom Othman, 61, kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian setelah diserang ‘massive stroke’.Beliau diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis, di sini, yang kemudiannya dirujuk ke HUSM.
Allahyarhamuha adalah antara aktivis PAS yang paling bergiat cergas yang sentiasa istiqamah dengan perjuangan dan pernah menjadi Ketua Muslimat PAS negeri, Tumpat dan Pasir Puteh, sehingga kini masih bertugas sebagai Ketua Halaqat Dun Selinsing.
Jenazah bekas Ahli Dewan Negara dari tahun 1991 hingga 1997 itu akan disemadikan selepas Zohor dan solat jenazah di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.
Al-Fatihah
Sumber Harakahdaily



