Nampaknya kedudukan BN semakin tertekan walaupun semua jentera kerajaan telah diturunkan untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, media milik kerajaan saban hari malah setiap jam berkempen untuk BN.
Makin tertekan apabila Mursidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama turun membantu kempen agi memenangkan calon Pakatan Rakyat.
Dengan perkembangan itu Najib Razak selaku PM turut sama turun berkempen, kalau boleh kita imbau sebelum ini mana ada PM berkempen dalam pilihan raya kecil, turun pula PM kali ini dengan menabur habuan kepada peneroka felda yang telah diabaikan oleh mereka sekian lama, itu pun atas desakan peneroka tanpa wang tiada undi.
Lebih menampakkan kegusaran mereka apabila Tun Dr Mahatir terpaksa dijemput untuk turut sama berkempen walaupun sebelum ini beliau berjanji enggan turun berkempen.
Maknanya disini ada sesuatu yang tidak kena dengan perlakuan yang telah ditunjukkan kepada penduduk Hulu Selangor semasa mereka memerintah dulu, oleh itu semua pengundi Hulu Selangor gunakanlah akal dan hati budi yang waras untuk menentukan masa depan yang lebih baik dengan memilih Datuk Zaid calon PKR sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.
Khutbah Eidil Adha 2013
11 years ago
Comments :
Post a Comment