Selamat Berpuasa

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini ( esok ), kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam tadi.

Awal bulan Ramadhan adalah rahmat, pertengahanya pula kempunan dan diakhirnya pembebasan dari api Neraka.

Ramadhan dipanggil penghulu segala bulan, Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan.

Semuga kehadiran Ramadhan tahun ini akan memberi satu makna kepada kita, oleh itu rebutlah peluang dan ruang yang terbuka ini kerana didalamnya terkandung ganjaran yang besar.

Selsema Babi Yang Ditakuti

Kematian akibat dari wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yang dilaporkan terus meningkat setiap hari yang menjadikan jumlah kes kematian sehingga kini sebanyak 67 kes.

Kini dilaporkan sebanyak 33 pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital seluruh negara manakala 284 pesakit dirawat di wad biasa.

Sehingga hari ini, jumlah kes terkumpul akibat selsema babi di Malaysia adalah 4,225 kes, ini baru sekitar 5 bulan wabak ini dilaporkan berlaku, bagaimana kesudahanya jika wabak ini tidak dapat dibendung untuk tempoh setahun atau seterusnya, berapa ramai lagi kematian akan dicatat.

Tiada tindakan oleh kerajaan untuk membahagi-bahagikan tutup hidung dan mulut secara besar-besaran sebagaimana satu ketika dulu kondom dibahagikan kepada pengguna lebuhraya, penggungjung pasaraya dan sebagainya.

Pengagihan kondom kepada orang ramai bagi membendung penularan kes HIV yang sepatutnya kerajaan kerajaan BN menguatkuasakan undang-undang berkaitan zina, tetapi dalam kes selsema babi kerajaan BN tidak pula membahagi-bahaikan tutup hidung dan mulut kepada orang ramai sebagai langkah pencegahan, kerana pencegahan adalah lebih baik dari mengubati.

Sepatutnya dalam kes selsema babi kerajaan sewajarnya bertindak cepat kerana dikatakan penularannya boleh berlaku melalui udara tidak sebagaimana kes HIV yang memerlukan sesaorang itu menggauli pengidap barulah ada risiko jangkitan.

Pertembungan Musuh Tradisi

Pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos ini ekoran kematian penyandang Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman.

Penamaan calon hari ini 17 ogos menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon PAS Ust Salleh Man yang mempertahankan kerusi Permatang Pasir dari dirampas oleh calon BN Rohaizat Othman.

Buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya, Umno yang diwakili Ketua Pemudanya telah mengakui wujudnya pengundi hantu melayu dan pengundi hantu cina yang selama ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak mereka.

Apa yang saya tahu, pengundi hantu hanya wujud pada hari mengundi dengan membawa kad pengenalan orang lain atau pengundi yang telah mati turut sama membuang undi dan bukan dari kalangan mereka yang telah mendaftar sebagaimana yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno.

Pengundi hantu selalunya datang hasil kerja-kerja yang dilakukan oleh Umno/BN.

Nyala Lilin

Kalau Nizar diminta bertaubat kerana menyala lilin, bagaimana pula dengan gambar yang ni? Dato seri Najib sedang menyalakan lilin hindu . . .

ADUN Permatang Pasir Meninggal

ADUN Permatang Pasir, Dato Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.

Dato Hamdan Abd Rahman meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi, beliau juga merupakan wakil tunggal PAS di DUN Pulau Pinang, pemergiannya merupakan satu kehilangan kepada PAS Pulau Pinang.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari ekoran kematian Dato Hamdan.


Kalau di Penanti BN memberi pelbagai alasan untuk tidak bertanding, kini DUN Permatang Pasir yang juga terletak dalam Perlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat, adakah BN juga akan memberi alasan untuk tidak bertanding? Sama-sama kita tunggu permainan seterusnya dari BN.


Adakah parti Akim akan turut bertanding dalam DUN Permatang Pasir kali ini memandangkan mereka telah masuk bertanding dalam Parlimen Permatang Pauh dulu.