Cerita PRK Kerdau

Cerita cerita disebalik kempen PRK dikerdau begitu memilukan umno kerana buat masa ini segala permintaan rakyat atau pengundi kerdau akan dilayan,bahkan kalau minta dibuat sungai pun tentu akan dilayan, begitu punya kalut umno di Kerdau walaupun umno tak bertanding, yang bertanding BN lambang dacing, bukan lambang keris telanjang.

Semua jenis bala jentera kerajaan dikerah membantu parti BN berkempen, kehadiran polis sama ramai dengan pengundi di Kerdau, pendek kata seorang polis boleh jaga seorang pengundi, tu belum masuk jentera Kemas, Jaip, pendidikan, Jheoa, JBA dan banyak lagi jentera kerajaan yang terpaksa diangkut membantu BN.

Sebab apa ramai jentera kerajaan atau agensi kerajaan diangkut membantu BN, tidak lain tidak bukan kerana BN tiada kekuatan sendiri, tiada jentera, tiada tenaga untuk melawan gerakan rakyat.

Walaupun telah lebih 50 tahun BN memerintah Pahang, masaalah air masih belum boleh diatasi, bercakap kepada rakyat seolah dia saja yang pandai dan boleh memerintah negeri dan negara, tapi masaalah air di Kg Baduk, Teluk Sentang dan Kg Purun masih belum selesai, itu baru masaalah air yang merupakan keperluan utama bagi setiap manusia, belum lagi pasai kemudahan perhubungan baik jalan atau pun kemudahan komunikasi, semuanya gagal, kalau kat sekolah gagal bermakna tak dapat menyambung pelajaran tapi bagi BN gagal ke, cemerlang ke sama je bagi mereka.

Kalau Pas menang bermakna Kerdau akan bertukar wajah kerana umno tentunya mahu merampas kembali kawasan ini, penduduk Kerdau akan mewah, banyak projek akan dilabur untuk menarik minat penduduk kampung, pada masa itu tak perlu lagi tunggu lori Jba yang baru dibeli datang memenuhkan tangki besar depan rumah.

Ijok telah menjadi bukti penipuan dan penyelewangan umno dimana janji bayaran balik pampasan tanah, diberinya seribu buat permulaan, selebihnya sehingga kini tiada bayang kerana umno memang suka sangat tengok pengundi miskin papa kedana kerana senang bagi mereka menabur janji manis untuk kempen akan datang.

Jadi usaha terakhir umno nak menang adalah menabur segala jenis barangan kepala agung dan juga juga tabung felda yang dijanji akan dibayar hari isnin selepas PRK, adakah peneroka akan percaya dengan janji tersebut, tunggu dan lihat.

Bak kata Nik Aziz, beri salah, tak beri kalah, jadi mereka serbasalah.

Comments :

0 ulasan to “Cerita PRK Kerdau”

Post a Comment