PUTRAJAYA, 31 Dis (Bernama) -- Mulai pukul 12 tengah malam ini, harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram iaitu RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak, demikian pengumuman Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Beliau berkata kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok (1 Jan 2010) dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Bukan sekadar pertunjukan bunga api , muzik dan tarian yang bergema dibandaraya Kuala Lumpur untuk menyambut detik tahun baru 2010 yang dihadiri oleh puluhan ribu pengunjung tetapi mereka juga perlu membayar tanpa mereka sedari akibat sedang berseronok, kerajaan mengambil peluang itu menarik balik subsidi yang menyaksikan kenaikan harga gula dan roti mulai hari ini, esok dan selamanya.
Beginilah sajian yang dihidangkan oleh kerajaan pada permulaan tahun baru yang dimulai dengan kenaikan harga gula dan roti yang akan menyaksikan kenaikan lebih banyak barangan lain, terutama yang berasaskan gula, tidak terlanjur jika dikatakan atau diistilahkan tahun 2010 sebagai tahun kenaikan harga barangan sekiranya tiada langkah-langkah untuk membendung serta tindakan sewajarnya.
Kita juga khuatir dengan keupayaan penguatkuasa yang membuat pemantauan dalam usaha memastikan peniaga, pemilik hotel dan restoran tidak menaikkan harga makanan dan minuman sesuka hati kerana mereka hanya akan turun memantau warung, kedai makan dan kedai runcit yang tidak akan membawa apa-apa kesan.
Inilah ukuran yang dilaungkan oleh kerajaan pimpinan Mohd Najib yang mendahulukan rakyat, setiap kekurangan kantung kerajaan, rakyat dipaksa untuk membayar bagi menampung sebanyak mana ketirisan yang dialami oleh kelemahan pentadbiran bagi mencapai tujuan pencapaian diutamakan hasil dari penindasan dan tekanan keatas rakyat.
Sambutan tahun baru 2010 memberi makna dan kesan jangka panjang terhadap rakyat terutama yang berpendapatan rendah, hasilnya yang kaya bertambah kaya dan yang miskin terus melarat.

Comments :
Post a Comment