Kecelaruan dalam Amno

Berbagai andaian telah dibuat kepada Pak Lah ekoran tindakan beliau tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden Amno malahan bersediai mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Kepala Batas.


Tindakan ini mengakibatkan ramai dari kalangan masyarakat bercakap dan membuat andaian serta pertanyaan mengenai pendekatan yang akan diambil oleh Pak Lah setelah tidak lagi menjadi Presiden Amno selepas Perhimpunan Agung Amno bulan Mac nanti, tidak sebagaimana lazim yang dilakukan oleh bekas-bekas Presiden Amno yang lalu.


Ramai yang mengharapkan Pak lah tidak melepaskan jawatan PM selepas mac nanti, termasuklah Presiden PAS kerana plan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib sebenarnya akan berakhir bulan oktober nanti, oleh itu Pak Lah yang masih memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian akan terus memegang kuasa pemerintahan negara sebagai PM sedangkan Najib akan memegang jawatan Presiden Amno, sebagaimana yang berlaku kepada MB Perlis yang tidak memegang Pengerusi Perhubungan Amno Negeri.

Ada juga yang mengatakan Pak Lah akan terus kekal sebagai Menteri Pertahanan setelah Najib mengambil alih kuasa pemerintahan sebagai mengenang budi kerana kesudian Pak Lah mengundurkan diri lebih awal dari plan peralihan kuasa sebenar.

Ada juga yang beranggapan Pak Lah tidak akan diberikan apa-apa jawatan dalam kabinet Najib, malah kedudukan Pak Lah dalam dewan akan diletakkan dibarisan belakang, mungkin sebaris dengan Ku Li sebagai ahli parlimen biasa yang hanya berperanan sebagai pemerhati kepada sidang dewan dan mencukup korum sahaja.

Kedengaran juga yang mengatakan Pak Lah akan meletakkan jawatan sebagai MP Kepala Batas kerana tidak sanggup merasa terhina dengan tindakan yang dilakukan oleh Najib, sebagaimana yang terjadi kepada Allahyarham Tengku Abd Rahman yang sanggup melawan Tun Husin, kemudian Allahyarham Tun Husin menyanggah Mahadir dan Tun Mahadir melawan Pak Lah, kini giliran Pak Lah pula yang akan menyanggah tindak tanduk yang akan dilakukan oleh Najib.

Jika sekiranya betul Pak lah akan melepaskan jawatan sebagai MP Kepala Batas maka satu pilihanraya kecil akan berlaku, dalam keadaan sekarang mood pilihanraya masih lagi memihak kepada Pakatan Rakyat dan bakal menyaksikan satu lagi kerusi perlimen akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

Sama-sama kita tunggu apakah yang akan dilakukan oleh Najib bagi menghentikan kecelaruan dalam usaha memulihkan Amno, berjayakah nanti usaha yang akan dibuat oleh Najib? Apakah tidak ada penentangan dari Pak Lah? Apakah tiada kritikan dari calon-calon yang tewas dalam pertandingan? Semuanya akan terjawab setelah kuasa berada ditangan Najib mac nanti.

Comments :

0 ulasan to “Kecelaruan dalam Amno”

Post a Comment