Undi Pakatan Bererti Memilih Kesenangan

Akibat dari rasa tertekan dengan isu yang dimainkan oleh pakatan rakyat di Bagan Pinang juga tekanan sebagai pengarah pilihan raya membuatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin cuba mengalih perhatian masyarakat kepada negeri Kelantan dengan mendakwa kegagalan parti PAS membangunkan negeri itu sejak 20 tahun lepas.

Mungkin TPM tidak nampak atau sengaja buat-buat tidak nampak pembangunan pesat di Bandar Kota Bharu, kalau sesiapa yang pernah pergi ke Kelantan boleh membezakan Kelantan dahulu dengan sekarang, lihatlah sepanjang jalan terdapat rumah-rumah banglo yang banyak sehingga ada yang membinanya dalam sawah padi, akibat kekurangan tanah tapak rumah, Lapangan terbang sulatan Ismail diperbesarkan, orang miskin tak naik kapal terbang, ini semua menunjukkan negeri Kelantan yang kaya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepimpinan BN sudah terbukti apabila meletakkan Malaysia antara negara yang maju di dunia selepas memerintah negara sejak 50 tahun.

Kelantan termasuk juga salah sebuah negeri dalam Malaysia, jadi tidak secara langsung TPM telah mengakui Kelantan juga negeri maju standing dengan lain-lain negeri yang diperintah oleh BN.

Jika Bagan Pinang dan seluruh NSDK ingin melihat kemajuan berilah kemenangan kepada pakatan rakyat, kerana negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat akan mendapat dua projek pembangunan, pertama oleh kerajaan negeri yang memerintah dan kedua oleh kerajaan pusat yang ingin mengambil hati pengundi, jadi negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat akan lebih maju dan makmur.

Ini boleh dibuktikan dengan penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh kerajaan pusat khusus untuk pembangunan negeri yang diperintah pakatan rakyat. Penubuhan JPP itu sendiri telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri tersebut, oleh itu menangkan pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Comments :

0 ulasan to “Undi Pakatan Bererti Memilih Kesenangan”

Post a Comment