Peluang PAS Cerah

PAS kini dilihat mampu untuk membuat kejutan dalam usaha menumbangkan Umno /BN didalam kubu kuat Umno yang dipimpin oleh seorang yang pernah digugurkan dari perti mereka sendiri.

Dengan meletakkan harapan kepada undi pos sebagai tali hayat dan populariti Isa samad, Umno/BN begitu yakin akan kemenangan berpihak kepada mereka, namun hakikatnya pengundi melayu adalah penentu kepada kemenangan.

Pengundi pos mewakili 32% dari jumlah pengundi melayu yang mewakili 63% keseluruhan jumlah pengundi , manakala pengundi Cina dan India juga mewakili 32% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang, baki pengundi melayu yang perlu diberi perhatian adalah sebanyak 31% sebagai penentu kemenangan kepada pakatan rakyat, bermakna kedudukan kini seimbang.

Oleh kerana itulah Umno/BN cukup rasa tertekan, ditambah pula dengan saranan PM yang ingin melihat supaya Bagan Pinang tidak jatuh kepada pakatan rakyat tanpa mengira jumlah majoriti.

Bermula dari situlah SPR mula membuat peraturan sendiri, bahan kempen selain dari Pas tidak boleh dipasang, aduan senarai berganda tidak dihiraukan dan akhirnya mengguna senarai nama pengundi lain dari yang telah dibekalkan kepada calon.

Petugas Umno pula mula berani melakukan apa saja yang tindakan yang difikirkan perlu untuk menghalang kemaraan kempen Pakatan Rakyat seolah-olah telah ada perancangan rapi, kalau betul mereka menguasai keadaan nescaya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian.

Sama-samalah kita tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya, sekiranya pengundi melayu memihak kepada Pakatan Rakyat nescaya Umno/BN menuju kejatuhan di zon selatan.

Comments :

0 ulasan to “Peluang PAS Cerah”

Post a Comment