Pemimpin Umno Yang Suka Berbohong

Pemimpin Umno sedikit pun tidak merasa malu atau segan kepada diri sendiri setiap kali mereka menipu rakyat, menipu penyokong mereka sendiri dan menipu ahli parti mereka sendiri dengan mengatakan Malaysia Negara Islam, Umno Parti Islam dan perjuangan Umno berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Mungkin mereka menganggap diri mereka sudah standing dengan ulama-ulama tersohor zaman dulu atau sudah standing dengan ulama yang mengamalkan ajaran Islam sekarang tanpa memikirkan keperluan atau perkara-perkara yang perlu dipenuhi untuk mengistiharkan Negara Islam.

Rakyat seharusnya sedar dengan permainan pimpinan Umno yang mengguna agama untuk mencapai tujuan politik mereka, ini terbukti apabila Umno atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memperjuangkan kebangsaan dan melayu, yang mana melayu telah ditetapkan sebagai beragama Islam, tetapi dalam Pertubuhan Melayu ini terdapat orang asli, khadazan yang kebanyakannya masih belum memeluk Islam,

Kalau dalam parti yang mereka kuasai sepenuhnya, semua cakap pemimpin mereka diterima bulat-bulat, tanpa bahas ( yes Sir ) pun masih belum boleh dilakukan perubahan untuk mengislamkan ahlinya, masakan mereka boleh mengislamkan negara Malaysia.

Rakyat juga harus sedar bahawa pemimpin Umno hanya mengutamakan pembangunan dunia, mungkin kecintaan mereka kepada pembangunan akhirat berada ditahap minimum,ini boleh dilihat apabila mereka menarik balik peruntukan kepada sekolah agama rakyat, menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.

Malah pemimpin Umno mempersendakan dan mempermainkan hukum hudud dengan kata mereka “kalau nak makan sup tangan pilah ke Kelantan”, “Boleh melacur sekiranya terpaksa”

Dimanakah kedudukan sistem Muamalat, Munakahat, Ibadah dan Jinayah yang menjadikan kesyumulan Islam?

Sekarang siapa yang tidak inginkan Islam atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah walaupun telah lima puluh tahun merdeka.

Jangan Pisahkan Politik dan Agama

Mengundi BN yang berlambangkan dacing samalah juga dengan mengundi Umno, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, SAPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP dan PRS.

Melayu yang mengaku Islam yang mengundi BN bermakna telah memisahkan politik dan agama ( Politik suku dan Agama suku ).

Kerana Umno mengamalkan semangat kebangsaan dan memperjuangkan kebangsaan bersesuaian dengan namanya " Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".

Bagi yang mengaku Islam tinggalkanlah Umno yang sangat tidak berkehendak kepada perjuangan Islam sebenar.

Berubahlah Sementara Masa Masih Ada

Rakyat yang berada dalam kesempitan hidup akibat kegawatan ekonomi dan keselamatan yang tidak terjamin telah memilih untuk melihat perubahan, beberapa buah negeri telah dapat kita kuasai setelah mereka berpuas hati dengan janji yang telah dikemukakan semasa kempen.

Bagi kita yang berhadapan dengan rakyat banyak mendengar rintihan mengenai ketidak prihatinnya wakil rakyat kita kepada rakyat yang diwakilinya, kalau dulu kita mencemuh YB BN yang tidak tinggal dikawasan sendiri tetapi nampaknya YB kita juga tidak jauh bezanya walaupun tinggal dikawasan sendiri tetapi kurang berdampingan dengan pengundi yang diwakili, jangan hanya apabila dekat dengan pilihanraya baru nak turun jumpa rakyat.

Sikap pentingkan diri perlu dibuang kerana mereka yang menjadi YB bukan dinilai kepada individu tetapi dinilai kepada parti yang diwakili oleh itu perlunya mereka yang bergelar YB khasnya dan pimpinan parti disemua peringkat supaya turun kebawah untuk berkhidmat kepada rakyat atau dengan kata lain menjadi orang suruhan kepada rakyat.

Selaras dengan tema Negara Berkebajikan sepatutnya agenda membela rakyat didahulukan tanpa mengira kaum dan agama mereka agar ucapan atau kata-kata yang menyamakan antara Unmo dan Pakatan Rakyat dapat dihapuskan dari bersarang diminda rakyat.

Sementara masih ada masa, ayuhlah sahabat! Terimalah hakikat yang Umno sudah kedepan dengan selogan 1 Malaysia.

Jadilah ahli atau pimpinan yang kurang bercakap dan banyakkan bekerja, tinggalkan sikap suka menghentam sesama sendiri dan suka mencari kesalahan orang lain, berubahlah semasa peluang dan masa masiah ada terutama kepada pimpinan diperingkat cawangan dan kawasan.

Tahniah Buat Jentera Pilihan Raya PAS

Tahniah buat semua jentera pilihanraya kecil Pas Bagan Pinang yang telah bertungkus lumus menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

Usaha ikhtiar penentu takdir.

Kekalahan pilihan raya bukan bererti kalah dalam menyebarkan syiar Islam, pejuang tiada erti putus asa, bermuram durja, menang dan kalah perkara biasa, malah telah 12 kali pilihan raya umum kita lalui, malah pejuang tetap istiqamah dalam menjalankan kerja, tiada habuan lumayan, tiada janji kesenangan, kerana agama tetap diteruskan, semuga mendapat keredhaan Ilahi.

Peluang PAS Cerah

PAS kini dilihat mampu untuk membuat kejutan dalam usaha menumbangkan Umno /BN didalam kubu kuat Umno yang dipimpin oleh seorang yang pernah digugurkan dari perti mereka sendiri.

Dengan meletakkan harapan kepada undi pos sebagai tali hayat dan populariti Isa samad, Umno/BN begitu yakin akan kemenangan berpihak kepada mereka, namun hakikatnya pengundi melayu adalah penentu kepada kemenangan.

Pengundi pos mewakili 32% dari jumlah pengundi melayu yang mewakili 63% keseluruhan jumlah pengundi , manakala pengundi Cina dan India juga mewakili 32% dari jumlah pengundi di Bagan Pinang, baki pengundi melayu yang perlu diberi perhatian adalah sebanyak 31% sebagai penentu kemenangan kepada pakatan rakyat, bermakna kedudukan kini seimbang.

Oleh kerana itulah Umno/BN cukup rasa tertekan, ditambah pula dengan saranan PM yang ingin melihat supaya Bagan Pinang tidak jatuh kepada pakatan rakyat tanpa mengira jumlah majoriti.

Bermula dari situlah SPR mula membuat peraturan sendiri, bahan kempen selain dari Pas tidak boleh dipasang, aduan senarai berganda tidak dihiraukan dan akhirnya mengguna senarai nama pengundi lain dari yang telah dibekalkan kepada calon.

Petugas Umno pula mula berani melakukan apa saja yang tindakan yang difikirkan perlu untuk menghalang kemaraan kempen Pakatan Rakyat seolah-olah telah ada perancangan rapi, kalau betul mereka menguasai keadaan nescaya mereka tidak melakukan tindakan sedemikian.

Sama-samalah kita tunggu keputusan rasmi yang akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya, sekiranya pengundi melayu memihak kepada Pakatan Rakyat nescaya Umno/BN menuju kejatuhan di zon selatan.