Selamat Mengundi

Selamat mengundi diucapkan kepada seluruh pengundi DUN Penanti, tunaikanlah amanah dan tanggung jawab sebagai seorang rakyat dengan ikhlas dalam menentukan kepimpinan negeri dan negara.

Oleh itu keluarlah beramai-ramai dan jangan terpengaruh dengan hasutan sesetengah pihak supaya tidak keluar mengundi, gunakan hak kita sebagai pengundi sebaik mungkin.

Pedulikanlah Amno yang melarang ahlinya yang setia dari keluar mengundi dalam usaha mereka untuk memboikot pilihanraya kecil Penanti, dengan harapan tindakan mereka ini tidak akan berjaya.

Walau apa pun esok adalah hari mengundi bagi DUN Penanti, diucapkan selamat mengundi semuga membuat pemilihan yang terbaik untuk kelangsungan agenda kerajaan negeri yang sediada.

Wala' kepada keputusan jemaah

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilihat masih berpeluang merebut kerusi timbalan presiden parti itu walaupun penyandangnya Nasharudin Mat Isa mendapat pencalonan besar bagi mempertahankan jawatan itu.

Difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar laporan.

PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara tetapi terdapat bahagian parti itu yang lambat menghantar pencalonan.

Daripada jumlah itu, Husam mendapat 28 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu mendapat 26 pencalonan, lapor Malaysiakini.

Sekiranya andaian atau pendapat yang diutarakan oleh Malaysiakini ini tepat, bermakna pimpinan parti diperingkat kawasan atau lebih tepat dipanggil perwakilan ke Muktamar Agung telah melanggari amanah yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Kawasan, dan ini amat bertentangan dengan amalan yang telah diguna pakai selama ini.

Setiap perwakilan diamanahkan membawa hasil atau keputusan Mesyuarat Agung Kawasan untuk diterjemahkan semasa Muktamar Agung PAS Pusat, bukannya membawa agenda peribadi terutama dalam urusan memilih pemimpin.

Wala’ dan kesetiaan kepada parti hendaklah menjadi wadah perjuangan bagi mengelak perselisihan dan pertikaian yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah.

Satu lagi pilihan raya kecil

Alfatihah kepada YB Ismail Yaakob ADUN Manik Urai Kelantan yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi, semuga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solleh.
Kekosongan kerusi DUN ini perlu diisi bagi menyambung kemahuan dan kehendak rakyat dalam tempoh enam puluh hari setelah kekosongan disahkan oleh pihak SPR melalui makluman resmi dari Speaker DUN Kelantan.
Persoalanya adakah Amno akan menyertai pilihanraya kecil DUN Manik Urai yang akan diadakan dalam tempoh enam puluh hari, tidakkah nanti akan membazir duit rakyat.
Mungkin kali ini Umno terpaksa menyertai pilihanraya kecil Dun Manik Urai ekoran tiada alasan yang akan putar belitkan, jika di Dun Penanti, alasan diberi adalah pilihanraya tersebut merupakan mainan politik PKR dan tidak mahu membazir oleh yang demikian mahu atau tidak, takut atau berani, Amno dalam keadaan terpaksa meletakkan calonnya untuk bertanding bagi membuktikan bahawa Amno masih dihati rakyat dan masih kuat di bawah Dato Najib.

Zambry MB Perak yang baru

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah dengan disepakati tiga hakim.
Keputusan itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
Mungkin Zamry rasa dia dah menang dengan pengistiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah tetapi harus diingat hati rakyat akan terus menganggap Dato Seri Nizar tetap MB Perak yang sah, kalau nak tau betul atau tidak rakyat perak menyanjung Nizar cuba bubarkan DUN Perak, jawapan boleh kita temui disana.
Apabila Nizar diistiharkan sebagai MB yang sah, Zambry buat rayuan, sekarang giliran Nizar pula membuat rayuan, jadi sampai bila kekalutan sebegini akan berakhir.

Helikopter YB Rompin

Bagi rakyat biasa hanya berkenderaan motorsikal malah masih ada lagi yang kayuh basikal.

Rakyat pertengahan mampu memiliki kereta untuk bergerak ulang alik tempat kerja atau balik kampong.

Kebiasaan kita boleh lihat kebanyakan rakyat parking motor dan kereta dalam garaj rumah masing-masing.

Tetapi lain pula bagi YB Perlimen Rompin (Jamaludin Jarjis), beliau bukan parking motor atau kereta berhampiran rumahnya tetapi parking Helikopter, malah mengupah jaga pula untuk menjaga helikopternya dari diceroboh.

Mungkin inilah yang disebutkan sebagai 'Rakyat diutamakan' kerana memberi peluang kepada rakyat menjadi jaga.