YAB Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Calon Bukit Gantang

Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang juga ADUN Pasir Panjang telah diumumkan sebagai calon pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang bagi mewakili Pakatan Rakyat

Pengumuman itu dibuat di Padang Kota, Taiping di hadapan ribuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat yang ingin bersama untuk memberi isyarat kepada Amno/BN bahawa Pakatan Rakyat masih mendapat sokongan.

Nampaknya laluan BN agak sukar ekoran perebutan dan lobi melobi untuk menjadi calon yang akhirnya calon yang kalah dalm pemilihan Amno terpilih mewakili BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang, ditambah pula calon Pakatan Rakyat yang cukup popular dan dikenali oleh semua rakyat Bukit Gantang khasnya dan Perak amnya membuatkan Amno/BN tak senang duduk.

Taktik lama Amno/BN diguna lagi dengan menarik permit Harakah dan Suara Keadilan dalam usaha menyekat maklumat kepada pengundi dan rakyat keseluruhannya. Mereka ingat dengan menyekat Harakah dan Suara Keadilan malah ceramah juga tidak dibenarkan, rakyat akan menyokong mereka, sebenarnya mereka silap, rakyat bertambah meluat dan mula beralih kepada sumber alternative melalui internet yang menyiarkan berita terkini lagi sensasi.

Akhirnya kepada anak-anak Perak yang mengundi di Bukit Gantang yang berada di perantauan, baliklah menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin yang kita perlukan dalam mendaulahkan ISLAM.

Sokongan Ahli Amno Kepada Pemimpin Mereka Hanya Kosmetik

Semua orang sudah tahu Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan menantu Perdana Menteri Khairi Jamaludin terlibat dengan politik wang ( rasuah ) dalam menghadapi pemilih jawatan tertinggi di dalam Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan akan berlangsung dari 24hb mac hingga 28hb mac ini.

Mereka dikatakan mempunyai pengaruh dan penyokong yang kuat untuk mengangkat mereka menduduki takhta utama dalam Amno tetapi malangnya anggapan dan sangkaan yang dijaja selama ini semuanya meleset, pengaruh dan sokongan kepada mereka hanya datang dari hasil sogokan wang kepada pihak-pihak tertentu untuk menyokong mereka, sekiranya tiada wang nescaya tidak ada sokongan bagi membolehkan mereka ini mendapatkan sejumlah pencalunan yang mencukupi untuk bertanding.

Mungkin kerana itu pemilihan Amno terpaksa ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan bakal pemimpin Amno yang akan menawarkan diri mengumpul sejumlah wang untuk diagihkan kepada perwakilan yang dikenal pasti supaya menyokong atau mengundi mereka dalam pemilihan Amno.

Walau apa pun syabas diucapkan kepada jawatankuasa disiplin Amno yang bertindak menyiasat atas dakwaan salah laku politik wang ( rasuah ) dan mereka yang didapati bersalah dikenakan hukuman walaupun nampak kesalahan seakan sama antara Khairi dan Mohd Ali tetapi hukuman yang diterima berbeza.

Bagi ahli Amno mereka menganggapkan Mohd Ali dan Khairi bukan melakukan jenayah rasuah tetapi hanya salah laku kod etika, ada pula setengah ahli Amno yang mengangap tindakan yang dikenakan kepada Mohd Ali adalah sebgagai sengaja dibuat bagi memudahkan laluan Muhyidin Yasin yang menjadi orang pilihan Najib.

Begitulah nasib orang bawahan Amno yang tak sedar-sedar mereka ditipu dan dipesongkan pemikiran mereka sehingga sanggup bermati-matian mempertahankan pemimpin mereka, janji ada fulus semua lulus.


Terbongkarnya Keburukan dan Kelakuan Amno

Pemilihan Amno semakin hampir, banyak cerita politik wang (rasuah) oleh pemimpin Amno terbongkar, ada yang digantung, diberi amaran dan sebagainya, semuanya adalah usaha kunun bagi membersihkan nama baik Amno dimata masyarakat, tetapi hakikatnya sebenar ia hanyalah sebuah kosmetik bagi melindungi keburukan, salah laku dan tembelang yang telah terbongkar hasil kerja tangan-tangan mereka sendiri dan inilah sikap sebenar pemimpin yang mereka puja selama ini.

Kalau kes YB Ely dan YB Fairus puak Amno cukup pantas mencabar supaya mereka mengosongkan kerusi DUN masing-masing tetapi mengapa puak Amno diam membisu untuk meminta Ali Rustam meletak jawatan dan mengosongkan kerusi yang disandang bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan, nampaknya mereka hanya nampak disebelah pihak saja sedangkan bila puak mereka semuanya betul dan tidak bersalah.

Seharusnya rakyat merasa kesal dan bersalah yang amat sangat kerana telah salah membuat pilihan dalam PRU12 yang lalu apabila mereka memilih untuk mengundi BN yang hanya menabur janji-janji kosong semata-mata untuk menyedapkan telinga dan memancing undi sedangkan tindakan untuk merealisasikan janji mereka sehingga kini belum dilihat.

Rakyat juga sepatutnya merasa kesal dan bersalah apabila memilih dan mengundi BN dimana pemimpinnya hanya tahu mengguna sumber kewangan untuk mengejar pangkat dan kedudukan, sepatutnya kewangan itu digunakan untuk membantu rakyat, memulihkan ekonomi dan melaksanakan agenda pembangunan sebagaimana yang dijanjikan.

Bila puak Amno dan BN menang pilihanraya dan memerintah negeri dan negara mereka hanya sibuk memfaraitkan harta dan kekayaan negara untuk kesenangan sendiri, sedangkan rakyat hidup menderita dibawah paras kemiskinan tetapi bagi pemimpin Amno mereka lebih pentingkan untuk menabur fitnah dan mencarai jalan untuk menyekat kemaraan pakatan rakyat sehingga sanggup merampas kerajaan yang didirikan hasil pemilihan dan undian rakyat dengan membelakangkan perlembagaan, dalam masa yang sama mereka bercakap tentang rukun negara.

Amno bagai cacing kepanasan bila kehilangan kuasa, kerana itu mereka tidak akan mengiktiraf negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan rakyat samalah sebagaimana Mahmood Abas dari parti Fatah tidak mengiktiraf kemenangan Hamas di Palestin, dan inilah sikap dan pendirian sebenar pemimpin Amno dan BN terhadap pakatan rakyat, tetapi mereka bercakap soal demokrasi, rupanya demokrasi berlaku bila mereka menang, bila kalah demokrasi terus hilang dalam pertimbangan mereka, maka mulalah nak mengamuk, menyiasat, menuduh dan menangkap pemimpin untuk melumpuhkan pakatan rakyat.

BN Mabuk Kuasa

Amno tidak mabuk kuasa sehingga sanggup bertindak merampas atau memonopoli kerusi yang diagihkan kepada parti-parti komponen untuk dipertandingkan dalam pilihanraya, Amno juga tidak menuntut kerusi itu walaupun menyedari hakikat kawasan berkenaan mempunyai pengundi majoriti orang melayu, kata Datuk Najib.

Tambahnya lagi tiada desakan ambil kerusi Bukit Selambau, namun perkara yang lebih utama sekarang ialah kuasa, tiada gunanya kalau tuntut kerusi kalau BN tiada kuasa.

Menurut Datuk Najib, soal kerusi juga bukan keutamaan memandangkan BN kini perlu mendapat keyakinan rakyat bagi membolehkan kerajaan terus mengekalkan kuasa dengan stabil.

Amno yang menjadi kuda tunggangan MIC terpaksa akur dengan kehendak MIC yang tidak ingin melepaskan kerusi Bukit Selambau walaupun MIC sedar mereka kalah dalam pilihanraya umum lalu dan kini terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan pengundi.

Najib terpaksa bercakap sedemikian lantaran beliau sendiri sedar sokongan terhadap MIC dibawah pimpinan Samy Vellu telah hilang pengaruh dan sokongan dari masyarakat India, kemungkinan dari itu yang menyebabkan Samy Vellu tidak hadir majlis pengumuman calon DUN Bukit Selambau walaupun calonnya dari parti MIC.

Amno tidak mabuk kuasa tetapi merampas kuasa di Perak dengan cara yang cukup keji dan tidak bermaruah seolah-olah merampas kapalterbang yang sedang dalam penerbangan.

Amno juga telah hilang pertimbangan, asalkan BN menang, slogan memperjuangkan bangsa, agama dan negara diketepikan malah langsung tidak disebut oleh Najib semasa pengumuman calon DUN Bukit Selambau kerana keutamaan beliau adalah mendapatkan kuasa.

Bagaimana amno boleh terus berkuasa sekiranya kerusi DUN atau Parlimen telah dikuasai oleh parti komponen mereka yang lain, melainkan amno hanya terpaksa menjadi tunggangan dan pak turut kepada MIC, MCA dan Gerakan.

BN Umum Calon Pilihanraya Kecil

Biarpun penamaan calon bagi pilihanraya kecil telah ditetapkan pada 29 mac, namun Barisan Nasional hari ini mengumumkan nama calon untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang,Perak, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Dewan Undangan Negeri Batang Ai Sarawak. Dua minggu lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh SPR.

Ismai Saffian 49 bekas Ketua Penerangan Amno yang juga Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dicalonkan di Bukit Gantang.

Datuk S Ganesan pula merupakan timbalan pengerusi MIC Kedah yang juga merupakan bekas Adun Lunas pula dicalonkan sebagai calon DUN Bukit Selambau Kedah, manakala Malcolm Mussen ak Lamoh dari parti PRS mewakili BN sebagai calon DUN Batang Ai.
Pencalonan Ismail dan S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, manakala Malcolm Mussen pula diumum oleh Ketua Menteri Sarawak selaku pengerusi BN Sarawak.

Seperti juga pilihanraya kecil Kuala Terengganu, BN mengambil langkah mengumumkan calon lebih awal bagi menyelesaikan beberapa kemelut yang mungkin berlaku ekoran terdapat beberapa calon yang menawarkan diri sebagai calon juga kekalutan yang masih belum pulih selepas pemilihan jawatan diperingkat Cawangan dan bahagian.

Dalam pilihanraya kecil kali ini sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Timbalan Perdana Menteri tidak lagi percaya kepada dasar pembangunan yang sering dibawa setiap kali pilihanyara berlaku dengan mengumumkan tidak ada lagi pembangunan dan peruntukan segera.

Semasa pilihanraya pun rakyat tidak dapat menikmati pembangunan apatah lagi selepas pilihanraya.